Anda di halaman 1dari 2

NURUL IMAN KAMILA BINTI MARZUKI (910417-02-5872) PISMP SEM 6 BM/PJ/PSK(A) Isu : Mencari Penaja Hadiah Pertandingan Memancing

Pada 6 Oktober 2013, telah diadakan pertandingan memancing anjuran Kelab Joran IPG Perlis semperna Hari Kokurikulum IPG Perlis. Pengendalian program pertandingan memancing memerlukan persiapan dan perancangan yang rapi bagi membolehkan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilakukan sebelum pertandingan seperti tempahan tempat pertandingan memancing, mencari peralatan, mencari umpan, mencari penaja dan sebagainya. Namun begitu setiap program yang dianjurkan pasti ada masalahnya. Di dalam pertandingan menancing, antara masalah yang timbul iaitu mengenai pencarian penaja. Mencari dan mendapatkan penaja adalah amat penting bagi semua jenis program. Hal ini kerana penaja merupakan sumber kewangan dalam menjalankan sesuatu program. Tanpa penaja sesuatu program itu akan menjadi sukar untuk dijalankan kerana kekurangan kewangan untuk mendapatkan keperluan program tersebut. Penajaan bukan sahaja di dalam bentuk kewangan malah berbentuk hadiah. Oleh itu, penajaan amat penting dalam menyediakan hadiah bagi pertandingan memancing. Isu mengenai mencari penaja timbul di dalam program pertandingan memancing kerana kelemahan dalam pengurusan serta kerjasama yang tidak memuaskan daripada semua ahli jawatankuasa (AJK) pertandingan memancing. AJK tidak bertindak dengan lebih awal dalam mencari penaja tetapi bertindak pada saat-saat akhir sebelum pertandingan memancing berlangsung. Malah tidak semua AJK bertindak untuk mencari penaja dan hanya bergantung kepada AJK hadiah sahaja. Hal ini menyebabkan peluang untuk mendapat penaja adalah rendah. Proses mendapatkan penaja memakan masa yang lama kerana pihak penaja memerlukan kelulusan dari pihak atasan mereka terlebih dahulu malah ada yang perlu membawanya ke dalam mesyuarat mereka. Keputusan memperoleh penajaan memerlukan masa lebih daripada seminggu. Selain itu, tidak semua tempat mempunyai peruntukan untuk memberi sumbangan. Bagi syarikat yang mempunyai peruntukan sumbangan kebanyakan sumbangan tersebut untuk program yang besar sahaja seperti program yang melibatkan seluruh negeri dan bukanya untuk program yang kecil dianjurkan oleh

NURUL IMAN KAMILA BINTI MARZUKI (910417-02-5872) PISMP SEM 6 BM/PJ/PSK(A) pelajar. Oleh itu, agak sukar untuk mencari syarikat yang dapat memberi tajaan kepada program pertandingan memancing ini. Bagi mengatasi isu mencari penaja, semua AJK pertandingan memancing perlu berganding bahu untuk mencari penaja pada awal perancangan program bagi meningkatkan peratus penerimaan penaja. Malah perlu mencari penaja di daerah yang berlainan serta bertindak dengan pantas bagi mengelakkan pertindihan pemohonan penajaan daripada program yang lain. Pemohonan penajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pertandingan memancing. AJK juga perlu mengenal pasti terlebih dahulu syarikat yang dapat memberi sumbangan serta kerjasama terhadap program yang dijalankan. Namun begitu, isu ini dapat diatasi dengan adanya kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program pertandingan memancing ini. Malah, semua AJK telah berjaya memperolehi sumbangan dan tajaan daripada beberapa pihak. Hadiah yang ditawarkan semasa pertandingan memancing adalah cukup lumayan serta dapat menarik perhatian orang ramai untuk menyertainya. Masalah yang dihadapi dijadikan sebagai pengajaran dalam pengendalian sesuatu

pentandingan pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai