Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si nyamuk Aedes Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar mari fikir-fikirkan. Kawan-kawan, memandangkan kes demam denggi ni sudah semakin meningkat, jadi ada baiknya jika kita berkongsi sedikit maklumat mengenai nyamuk pembunuh ini. Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek iaitu (ads), yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning. Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. Wah..lihat kawan-kawan..dashyat bukan. Hanya dalam masa yang singkat nyamuk tersebut dapat membesar. Rakan-rakan sekalian, seperti kita juga, nyamuk aedes mempunyai ragam yang tersendiri. Nyamuk Aedes isi senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya. Nyamuk Aedes juga biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja. Dan nyamuk Aedes akan membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah kita. Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes ini senang diketahui, lihat saja di sekeliling kita. Contohnya kawasan dalam rumah seperti akuarium , perangkap semut, pasu bunga, timba air, tempayan, kolam mandi atau kolah dan tempat air peti sejuk. Manakala kawasan luar rumah pula adalah seperti tayar buruk, tempurung kelapa, bekas botol yang mengandungi air, daun-daun pokok yang besar, longkang yang tersekat, dan tangki air terdedah.

Apabila bila asyik bercerita mengenai nyamuk ini, saya teringat sebuah cerita tentang ganasnya nyamuk Aedes ini. Cerita mengenai seorang nenek tua yang tinggal di dalam hutan bersendirian. Kawasan rumah nenek tersebut memang dipenuhi dengan rimbunan pokok-pokok besar dan ada juga rumah lama yang tidak didiami lagi. Situasi ini mungkin menyebabkan ada takungan air yang boleh membiakan nyamuk Aedes. Pada suatu hari, nenek tua itu jatuh sakit. Dia membiarkan sahaja penyakitnya itu kerana dia sangkakan hanya demam biasa walhal itu adalah demam Denggi. Ditambah pula nenek itu memang sering demam. Selang beberapa hari, nenek itu menyedari yang ini bukan demam biasa kerana badannya sangat lemah dan berasa sejuk serta menggigil. Badannya berpeluh dan suhu badan meningkat tinggi. tapi dia masih tidak menghiraukan sakitnya dan hanya memakan ubat yang biasa dimakan apabila demam. Selang dua minggu, demamnya masih belum sembuh dan akhirnya dia meninggal dunia bersendirian di rumahnya. Rakan-rakan dan guru-guru yang dikasihi, lihatlah sendiri betapa bahaya gigitan nyamuk Aedes ini. Gigitannya boleh menyebabkan kita mengalami demam yang teruk. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghindarkan diri daripada serangan nyamuk ini. Saya berbesar hati untuk berkongsi kepada rakan-rakan semua beberapa perkara untuk mencegah pembiakan nyamuk. Contohnya, salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. Buangkan air dari alas pasu bunga seminggu sekali. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat. Bekas yang tidak digunakan lagi hendaklah dibuang atau ditanam. Bersihkan saluran bumbung rumah dengan kerap supaya air tidak tersekat dan bertakung. Bagi rumah yang menggunakan perangkap semut, masukkan 2 sudu teh garam untuk mencegah pembiakan nyamuk. Dan bagi yang mempunyai hobi memelihara ikan, peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik. Dan yang terakhir, masukkan ubat jentik-jentik ke dalam semua bekas menyimpan air. Jika boleh, masukkan tiga bulan sekali.

Baiklah rakan-rakan semua, Setakat ini saja dari saya untuk kali ini. Saya berharap kita semua dapat mengambil ikhtibar daripada cerita tadi sebagai teladan. Sama-samalah kita mencegah pembiakan nyamuk Aedes ini yang ternyata akan menghantui hidup kita jika dibiarkan ianya terus membiak di sekeliling kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai