Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin mengatakan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Segala sumbangan buah fikiran, tenaga dan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas saya iaitu kelas PISMP 3E amatlah saya hargai dan berterima kasih. Tidak lupa juga kepada Pensyarah bagi kursus Hubungan Etnik iaitu Puan Nor rul Azlifah Bt. Zulkafali kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Penerangan yang diberikan amat jelas dan mudah untuk difahami. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Pengakhir bicara, saya juga turut merasa bangga dan bertuah atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli keluarga saya, terutamanya kedua ibu bapa yang telah banyak membantu dari segi kewangan.

Dengan kesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa

sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Sehubungan dengan itu, saya Nur Khairunnisa Binti Md Miskan ingin mengucapkan sekali lagi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir kalam, saya berharap kerja kursus ini dapat memberi ilmu pengatahuan yang berguna kepada saya.

Sekian, wassalam

Anda mungkin juga menyukai