Anda di halaman 1dari 21

Permbentukan Perkembangan Kerohanian

dan Moral awal kanak-kanak



Teknik pengajaran:
Latihan Amali
Hafazan
Pensyarah: Dr. Roslina Binti Suratnu
Disediakan oleh:
Nur Khairunnisa Binti Md Miskan
Christine Yew Chiew
Kaedah amali merupakan salah satu kaedah
pengajaran yang berkesan dalam
pembelajaran.

Kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala
iaitu antara guru dengan pelajar dalam
sesuatu pengajaran yang disampaikan.
Dalam kaedah ini, penyertaan dan
pemerhatian pelajar secara langsung pada
sesuatu projek ataupun proses pengajaran
adalah diutamakan.

Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada pelajar sepanjang pengajaran
menggunakan kaedah ini.
Melalui kaedah ini, guru akan membacakan,
menerangkan, atau melakukan perbuatan
mengenai pengajaran, manakala murid akan
menumpukan sebaik mungkin apa yang
ditunjukkan, kemudian meniru atau
melakukan semula perbuatan pengajaran
seperti mana yang diajar oleh guru tersebut.
Pendekatan demonstrasi dan kaedah amali
adalah antara kaedah yang paling banyak
digunakan oleh Rasullullah S.A.W. dalam
pengajaran dan pembelajaran ibadah.

Sebagai contoh Rasullullah S.A.W mengajar
tentang berwuduk dan solat.


Dalam mengajar wuduk sebuah hadis menyatakan :


Maksudnya : Daripada Humrann Maula Uthman bin Affan, sesungguhnya
melihat Uthman bin Affan meminta air euduk, lalu dia menuangkan ke atas
tangannya daripada bekas air, maka membasuh kedua-dua tangannya sebanyak
3 kali. Kemudian memulakan sebelah kanan dalam berwuduk kemudian
berkumur dan memasukkan air ke dalam lubang hidung seterusnya
menghembuskannya ,kemudian membasuh mukanya sebanyak tiga kali dan
membasuh tangannya sehingga ke siku sebanyak tiga kali, kemudian menyapu
kepalanya dan membasuh kedua-dua kakinya sebanyak tiga kali, kemudian
beliau berkata aku melihat Rasulullah S.A.W. berwuduk seperti aku lalu Baginda
S.A.W. bersabda: Siapa yang berwuduk seperti aku berwuduk, kemudian solat
dua rakaat tanpa ada hadas padanya, maka Allah mengampunkan baginya dosa
yang lalu. (Hadis riwayat al-Bukhari 1994:55 /1)


KEPENTINGAN TEKNIK
LATIHAN AMALI
UNTUK PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
PRASEKOLAH.
Kaedah amali memberikan
pelajar-pelajar peluang
untuk berinteraksi secara
terus dengan isi dan situasi
pembelajaran.
Kaedah latihan amali ini juga
menggalakkan
pembelajaran secara aktif
kerana pelajar bersama-
sama guru membuat aktiviti
yang sama.
Kaedah latihan amali juga
mampu menarik serta
mengekalkan minat pelajar
dalam sesi pembelajaran
kerana mereka berasa
seronok dan terhibur dapat
bersama sama melibatkan
diri dalam aktiviti praktikal
Pelajar-pelajar akan
memperoleh pengalaman
langsung dalam
memperoleh kemahiran,
pengetahuan, kesimpulan
dan celik akal dalam unit-
unit pembelajaran tersebut.
Kaedah ini juga membantu
pelajar mengukuhkan
ingatan mereka pada
pengajaran yang
disampaikan kerana mereka
sendiri sudah melihat,
mengikuti segala proses,
peristiwa yang dialami
KEPENTINGAN
TEKNIK LATIHAN
AMALI UNTUK
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
PRASEKOLAH.
Pelajar-pelajar mudah
mengingati dan menghafal
perkara yang dipelajari
kerana kaedah amali
membuatkan pelajar lebih
dekat dan mereka
mempelajari sendiri
peristiwa sewaktu sesi
pembelajaran
Kaedah ini turut
meningkatkan kemahiran
memerhati dan kemahiran
mendengar murid-murid
Setelah melalui proses
pengajaran dan
pembelajaran dengan
menggunakan kaedah amali
,murid dapat memindahkan
pengalaman yang dipelajari
dalam situasi sebenar.
Mewujudkan kesungguhan
dalam diri pelajar kerana
dalam membuat sesi latihan
amali pelajar-pelajar akan
cuba bersungguh-sungguh
mengikuti demontrasi yang
ditunjukkan oleh guru serta
mereka akan cuba membuat
yang terbaik di kalangan
rakan-rakan.
Kaedah ini membolehkan
pelajar mencontohi sesuatu
dengan lebih mudah dan
tepat
Kaedah ini adalah kaedah
yang digunakan oleh
Rasulullah S.A.W ketika
Jibrail mengajar Baginda
berwuduk dan bersolat.
Penerapan
Kerohanian
Melalui Amali
Antara amali yang boleh diajar atau diterapkan
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah ialah:

Puasa
Membaca doa sebelum dan selepas makan
Cara mengambil wuduk
Solat
Memberi salam
Menghormati orang yang lebih tua
Puasa
Mengajar kanak-kanak prasekolah
membaca niat dengan betul
Menerangkan apa itu puasa
Menerangkan kelebihan berpuasa
Perkara yang dilarang semasa berpuasa
MEMBACA DOA SEBELUM DAN
SELEPAS MAKAN
Menerangkan perkara yang perlu
dilakukan sebelum makan
Mengajar doa sebelum makan
Menerangkan adab-adab ketika makan
Mengajar doa selepas makan
CARA MENGAMBIL WUDUK
Memberitahu niat sebelum berwuduk
Anggota badan yang terlibat
Cara mengambil wuduk dengan betul
SOLAT
Menerangkan apa itu solat
Niat di dalam solat
Cara melakukan solat
Kelebihan menunaikan solat
Hukum meninggalkan solat
MEMBERI SALAM
Memberi salam ketika masuk ke dalam kelas
Memberi salam ketika masuk ke dalam rumah
Memberi salam kepada orang yang lebih tua
Kebaikan memberi salam
MENGHORMATI ORANG YANG
LEBIH TUA
Semasa berjalan di hadapan orang yang
lebih tua, perlu menundukkan muka dan
badan sedikit sebagai tanda hormat
Tidak meninggikan suara semasa bercakap
dan menggunakan bahasa yang sopan
Salam dan cium tangan ibu bapa sebelum
pergi ke sekolah
Salam dan cium tangan guru sebelum
pulang ke rumah
Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting dalam
kehidupan umat Islam. Matlamat terpenting pendidikan
al-Quran adalah mendidik manusia supaya mengabdikan
diri kepada Allah S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda
arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan
mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda
yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan
profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-
Quran.
Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting dalam
mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang
digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Menghafaz
memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang
melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari
dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang
paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.
Tiga peringkat hafazan:
a. Hafazan serta merta
b. Hafazan jangka pendek
c. Hafazan jangka panjang

Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang
daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam
beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka
panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah
dialami semenjak lahir lagi.
Teknik menghafaz ayat hafazan:

a. Memperdengarkan ayat al-Quran
b. Murid menghafaz secara individu
c. Murid menghafaz secara berpasangan
d. Murid menghafaz dalam kumpulan
e. Murid menghafaz secara beramai-ramai
f. Secara Talaqqiy dan Musyafahah
g. Latih tubi menghafaz


SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai