Anda di halaman 1dari 2

Nama: Tan Rui Ying

Kumpulan: PISMP 8E

Tutorial 12: Jurnal Reflektif tentang Pengalaman Sepanjang Belajar Kursus Asas
Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru
Kursus Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3083)
merupakan salah satu kursus yang telah saya pelajari semasa semester 8 di Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu.
Terlebih dahulu, saya berasa bersyukur atas segala ilmu pengetahuan tentang kursus ini
yang pensyarah saya, iaitu Puan Shariza binti Said berikan. Antara pengetahuan yang Puan
Shariza telah berikan termasuklah konsep mengajar sebagai satu profesion, kod etika dan
akauntabiliti keguruan, isu etika guru, peringkat perkembangan guru, peranan guru sekolah
rendah, kepemimpinan guru, struktur organisasi pendidikan dan perkembangan profesional
guru. Selain itu, beliau juga telah memberikan ilmu pengetahuan tentang kursus ini tetapi tidak
dapat dijumpa dalam buku kepada kami agar pengetahuan kami yang berkaitan dengan kursus
ini agar dapat dipertingkatkan.
Segala ilmu pengetahuan tentang kursus ini telah diperkukuhkan dengan soalan-soalan
tutorial yang Puan Shariza bagikan. Di samping itu, ilmu pengetahuan saya tentang kursus ini
juga dipertingkatkan semasa membuat kerja kursus Asas Kepemimpinan dan Perkembangan
Profesionalisme Guru dengan saya merujuk maklumat kepada Internet, buku rujukan,
berbincang dengan kawan dan sebagainya. Oleh itu, ini telah memperkukuhkan pengetahuan
saya dan membolehkan saya mengaplikasikan pengetahuan-pengetahuan yang bermakna
tersebut dalam profesion keguruan kelak agar dapat menjadi seorang guru yang berkualiti dan
berjaya kelak.
Di samping itu, pembentangan soalan-soalan tutorial kursus ini telah mempertingkatkan
keyakinan saya semasa bercakap di depan orang ramai serta membantu saya memperkasakan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kesimpulannya, diharapkan pengetahuan-pengetahuan yang saya peroleh melalui
kursus ini dapat menjadi asas pegangan saya sebagai seorang guru kelak dan saya juga
berharap saya dapat mengaplikasikan pengetahuan-pengetahuan tersebut dengan baik supaya
dapat meningkatkan profesionalisme diri saya sebagai seorang guru. Bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta, oleh itu, saya sebagai seorang bakal guru akan menghayati
pengetahuan-pengetahuan yang telah saya pelajari sepanjang mempelajari kursus ini supaya
saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru dengan cemerlang pada masa

depan serta berjaya melahirkan modal insan yang berguna dan dapat mencurahkan bakti
kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai