Anda di halaman 1dari 27

..

buat putera dan puteri tercintamama


coretkan keperitan ini agar menjadi iktibar
untuk sayang mama semua di masa
hadapan..

Lisa Hilmi


OGOS 2002
Inilah tahun bermulanya aku menghambakan diri di dalam bidang perniagaan
internet sebagai seorang Internet Marketer (IM).

24.08.2002 genaplah setahun usia anak bongsu kami, Nurul Aisyah namanya.
Anak yang keempat hasil perkahwinan kami selama 8 tahun.

Anak-anak yang makin membesar dan tanggungjawab yang turut membesar
memaksa aku berhenti kerja sebagai seorang kerani guaman bagi menumpukan
sepenuh perhatian kepada empat orang putera dan puteri yang tercinta.

Hampir dua bulan aku berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada
rumahtangga kami yang mana sebelum ini tugas-tugas menjaga anak-anak kami
diserahkan kepada ibu mertuaku yang cukup memahami dan penyayang.

Tanpa apa-apa sumbangan pendapatan dari aku lagi kedudukan kewangan
keluarga kami mula terasa berat.

J ika dulu aku dapat menyumbangkan wang gaji ku sebanyak RM900 sebulan
bagi membantu meringankan beban suami tapi kini ianya tiada lagi.

Keperitan mula terasa bertambah apabila perniagaan suami ku agak merosot
sedikit akibat kekurangan projek untuk dijalankan.

Suami aku ketika itu menjalankan perniagaan ejen percetakan offset untuk
pejabat-pejabat kerajaan.





OKTOBER 2002
Aku bertemu dengan bekas rakan sepejabat, Ila namanya semasa membawa
anak bongsuku untuk mendapatkan suntikan pelalian di klinik kerajaan.

Kami bersembang panjang, pelbagai topik dibualkan. Aku turut menanyakan Ila
jika dia mengetahui apa-apa peluang untuk aku bekerja sambilan dari rumah.


Ila mencadangkan agar aku mencuba mencarinya di internet kerana menurutnya
dia pernah mendengar cerita dari beberapa orang rakan mengenai peluang kerja
sambilan melalui internet.

Pulang saja dari klinik aku mula melayari internet di komputer suami aku.
Menggunakan perkhidmatan 1515 TMnet aku mula melayari internet.

Di fikiran ku ketika itu hanyalah ingin mencari peluang-peluang kerja sambilan
melalui internet.

Pelbagai website aku buka pelbagai iklan aku baca. Akhirnya aku tertarik dengan
satu iklan yang berbunyi pendapatan RM500 seminggu dengan menghantar
email sahaja.

Aku mula berkira-kira. RM500 seminggu bermakna sebulan RM2,000. Wow!
Inilah peluang yang aku cari-cari.

Setakat menghantar email bagi aku adalah perkara yang cukup mudah bagi
orang yang buta IT seperti aku.

Seperti yang disyaratkan aku membayar RM70 sebagai yuran pendaftaran.

Dalam masa 2 jam aku menerima email dari mereka dan disertakan link untuk
aku download eBook Panduan.

Terlalu seronok rasanya perasaan aku ketika itu, tanpa sabar-sabar lagi aku
terus download eBook Panduan tersebut.




Pertama kali aku baca eBook tersebut, aku mula rasa hairan. Kenapa ceritanya
berbeza dangan apa yang diiklankan?

Aku baca lagi untuk kali kedua, aku mula merasa seperti dipermain-mainkan.

Manakan tidak, di dalam eBook tersebut cuma di ajar bagaimana untuk
menghantar email ke Yahoogroups dan berharap agar ada orang lain yang akan
membeli eBook tersebut dari aku pula.

Mana janji-janji? Mana email-email yang kononnya aku akan dibayar di atas
setiap email yang di hantar? Mana pendapatan RM500 seminggu dijanjikan?

Kecewa.

Apabila aku ceritakan perkara ini kepada suami, dia hanya mendengus sahaja
itulah awak senang-senang percaya dengan benda-benda yang mengarut, tak
pasal-pasal duit terbang..

Perkara pertama yang aku belajar di internet..

JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN IKLAN YANG MEMBERIKAN JANJI-
JANJI MANIS


NOVEMBER 2002
Semenjak tertipu dengan program email tersebut aku agak fobia dengan iklan-
iklan kerja sambilan di internet.

Selama beberapa minggu aku cuma melayari internet dengan melawat web-web
yang popular, bersosial di MySpace dan berbalas email dengan rakan-rakan.






Satu hari seorang rakan di MySpace mencadangkan agar aku membeli satu
eBook yang menurut dia eBook tersebut cukup bagus dan hebat untuk mereka
yang ingin mencari pendapatan di internet.

Disebabkan ianya merupakan cadangan dari rakan sendiri maka aku melawat
laman web tersebut.

Cerita di web tersebut memang agak menarik dan memberangsangkan.

Pemilik laman tersebut mendakwa beliau mempunyai rahsia yang cukup unik
bagaimana untuk menghasilkan RM100 dalam masa 60 minit.

Ditambah dengan testimoni-testimoni bergambar memberikan aku sedikit
keyakinan untuk membeli dan mempelajarinya.

Aku membayar dan menerima link untuk download eBook tersebut keesokannya.

Setelah habis membaca eBook tersebut sekali lagi aku menggeleng kepala.

RM100 dalam masa 60 minit hanyalah imaginasi si penulis. Rahsia yang
diperkatakan hebat itu hanyalah merupakan maklumat-maklumat asas yang
agak asing untuk orang yang buta IT seperti aku.

Ibarat seorang guru renang yang bercerita mengenai asas-asas cara berenang
dan kemudian terus mengarahkan anak muridnya berenang.

Tergantung.

Email-email aku kepada si penulis cuma sekali sahaja dijawab, itu pun katanya
..sila rujuk ebook saya

Aku kecewa lagi.

Rahsia RM100 dalam masa 60 minit hanya tinggal rahsia. Rahsia yang entah
wujud entahkan tidak.




DISEMBER 2002
Tiada apa-apa yang menarik berlaku di dalam bulan ini.


Aku seperti biasa melawat laman-laman web yang popular, bersosial di MySpace
dan berbalas email dengan rakan-rakan.


JANUARI 2003
Beban kewangan semakin terasa. Anak sulungku sekarang di darjah 2 manakala
anak keduaku memulakan alam persekolahan di Tadika. Ini semua menuntut
perbelanjaan yang tinggi.

Semasa mendaftarkan persekolahan anak sulungku aku terserempak dengan
Kak Zah, entah kuasa apa yang mendorong aku tiba-tiba menegurnya hari itu.

Tidak sangka pula teguran aku dibalas dengan penuh mesra oleh beliau.

Kak Zah sebenarnya tinggal di taman perumahan yang sama dengan aku.

Rumah beliau jenis corner lot.

Rumah yang paling popular di taman perumahan kami.

Dikhabarkan perbelanjaan beliau membuat ubahsuai (renovation) ke atas rumah
tersebut mencecah RM100,000.






Aku tidak mengenali Kak Zah secara rapat dan mungkin juga kerana
terpengaruh dengan cerita-cerita orang lain yang Kak Zah seorang yang angkuh
dan sombong.

Kami berbual panjang sambil menunggu poses pendaftaran anak sulungku siap.

Rupa-rupanya Kak Zah seorang yang peramah dan berpandangan jauh.

Label angkuh dan sombong yang diberikan oleh segelintir penduduk
perumahan kami nampaknya tidak berasas dan meleset sama sekali.

Kak Zah sebenarnya merupakan pemilik kepada beberapa buah butik kecantikan
dan beliau juga merupakan leader di dalam perniagaan MLM yang disertainya.

Oleh itu beliau boleh dikategorikan sebagai seorang Usahawan Wanita yang
berjaya.

Pulang dari sekolah aku termenung panjang.

Ada kata-kata Kak Zah yang benar-benar menyentuh hati aku. Kata-kata yang
terlalu dalam dan terlalu halus.

Aku bertanya kepada beliau satu soalan....apakah rahsia kalau saya ingin jadi
kaya seperti akak?..saya ada juga cuba mencari duit di internet tapi kena tipu
saja..

Kak Zah tergelak kecil mendengar soalan aku.

J awapan beliau :

zahirnya awak nak kaya dan awak nak duit banyak..tetapi dari segi
batinnya awak sebenarnya memilih untuk kekal dan terus hidup dengan
apa yang awak ada sekarang

Terkebil-kebil mata aku.

Zahir dan batin, satu ungkapan yang cukup mendalam.





Siang malam aku memikirkan bagaimana untuk hidup senang tetapi Kak Zah
dengan selambanya mengatakan dari segi batinnya aku sendiri yang memilih
untuk terus hidup susah.

Pening kepala aku memikirkannya.

Dengan lembut Kak Zah mula menjelaskan akan maksud ungkapan kata-kata
beliau tadi.

Bila sebut nak kaya..bila sebut nak hidup senang..semua orang nak..semua
orang mahu kaya

Maknanya dari segi Zahir..semua orang nak kaya

Tetapi

Itu semuanya impianangan-angan

Budak kecil pun mempunyai angan-angan

Masalahnya

Bagaimana menjadikannya kenyataan?

Adakah kita cuba merealisasikan angan-angan tersebut?

Jika kita hanya berangan-angan tetapi tiada apa-apa tindakan yang kita
ambil untuk menjadikannya kenyataan, itulah yang saya maksudkan tadi

Zahirnya awak ingin kaya

Tetapi

Batinnya awak masih memilih untuk terus hidup begini

Hujah Kak Zah dengan penuh semangat

Beliau menyambung lagi




Tadi awak kata pada saya..awak ada mencuba dua kali untuk mencari
pendapatan di internet..

Tetapi awak merasa tertipu dan awak hentikan usaha itu..

Sebenarnya..

Untuk berjaya di dalam sesuatu perkara yang kita impikan ianya ibarat satu
PERJALANAN yang panjang..

Perjalanan yang jauh..

Perjalanan yang bakal menempuhi pelbagai dugaan..

Halangan dan ranjau..itu ialah proses yang WAJIB kita lalui..

Kalau bercakap mengenai penipuan..saya sendiri pernah alaminya..

Semasa saya mula-mula membuka butik dahulu..saya pernah kerugian
RM8,000 ditipu oleh pembekal barangan salon yang sebenarnya tidak
wujud..berpunca apabila saya terlalu mempercayai orang tengah

Tetapi peristiwa tersebut tidak melemahkan semangat dan keyakinan
saya

Walaupun saya kerugian RM8,000 tetapi saya mempelajari sesuatu yang
lebih berharga iaitu JANGAN MUDAH MEMPERCAYAI ORANG LAIN TANPA
MENYIASAT TERLEBIH DAHULU LATAR BELAKANG BELIAUDAN
JANGAN BERGANTUNG HARAP KEPADA ORANG LAIN UNTUK
MELAKSANAKAN SESUATU PERKARA

Orang yang berjaya ialah orang yang pernah gagal dan belajar dari
kegagalan tersebut..

Hujah Kak Zah dengan panjang lebar.

Aku termenung dan termenung.





Benar kata Kak Zah, aku berangan nak kaya aku berangan nak hidup senang
tapi apa sebenarnya langkah-langkah yang aku dah ambil?

Tiada!

Tiada apa-apa pun yang aku buat sebenarnya, cuba sana tak jadi cuba sini tak
menjadi..aku berhenti

Ibarat kata orang..ahh..malaslah nak pening-pening kepala

Aku baca semula eBook yang aku beli tempohari.

Aku cuba fahamkan apa yang ingin disampaikan oleh si penulis.

Dan aku memulakan kajian.


FEBRUARI 2003
Aku dah mulakan kempen untuk menjual semula eBook yang aku beli tempohari.

eBook tersebut memberikan aku hak untuk jual semula.

Aku cuba untuk menjual semula eBook tersebut.

Aku berkempen di Yahoogroups dan beriklan di tapak-tapak iklan percuma
seperti yang di ajar.

Sehingga akhir bulan..aku masih gagal meraih sebarang jualan.




MAC 2003 DISEMBER
2003
10 bulan.

Sepanjang 10 bulan ini aku berjaya menjual semula eBook tersebut kepada 17
orang. Itupun setelah aku turunkan harganya kepada RM20.

Ini bermakna di dalam masa 10 bulan aku berjaya meraih pulangan sebanyak
RM340.00 iaitu purata pendapatan sebanyak RM34 sebulan.

Bukan angka itu yang aku impikan tetapi itulah hakikat yang perlu aku hadapi jika
ingin berjaya di dalam bidang ini.

Sepanjang 10 bulan ini juga aku mula mengenali dunia perniagaan internet
dengan lebih mendalam.

Pelbagai ilmu dan maklumat telah aku temui.

Pelbagai orang telah aku berkomunikasi.

J ika dahulu aku Buta IT sekarang nampaknya aku dah mula nak celik.


JANUARI 2004
Tiada apa-apa yang menarik pada bulan ini.

Aku berjaya menjual 2 salinan eBook dan mendapat RM40.

Ilmu perniagaan internet aku semakin bertambah.



FEBRUARI 2004
Aku mengenali Clickbank iaitu pengurus affiliate yang terkenal di dunia.

Terdapat beribu-ribu produk digital yang boleh dipromosikan untuk mendapatkan
komisen dari jualan yang terhasil di sana.

Keluarga suami aku ramai orang Singapura oleh itu dengan mudah aku
mendaftar Clickbank menggunakan alamat saudara suami aku di Singapura
(Clickbank ketika itu mengharamkan pendaftaran oleh rakyat Malaysia)

Aku mula mempelajari dunia Affiliate.

Aku melakukan pelbagai kajian.

Aku tak mahu gagal lagi.

Aku mula menjalankan kempen promosi.

Aku mula beriklan di pelbagai tapak iklan luar negeri.

Aku mula menyertai forum-forum perbincangan sambil meletakkan sig iklan aku.

Aku berjaya mendapatkan 311 klik bulan ini.

Tapi tiada jualan terhasil.

Maknanya, komisen aku masih RM0.00

Rasa macam nak patah semangat tetapi aku masih teringat kata-kata Kak Zah.

Aku harus kuat.




MAC 2004
Tiada apa apa perubahan.

Klik aku meningkat kepada 479. Hasil penat lelah siang malam.

Tetapi

J ualan masih 0. Tiada jualan.

Komisen =RM0.00. Masih telur lagi.

Tetapi..aku semakin mahir dengan kempen promosi. Aku semakin mengenali
dunia promosi affiliate ini.


APRIL 2004
Zapppibarat pedang memenggal leher

Aku mendapat tamparan yang hebat.

Seorang forumer dari USA telah memberikan komen yang cukup negatif kepada
aku.

Aku ditertawakan.

Aku digelar si bodoh.

Aku dikatakan cuba menjual produk yang sebenarnya mereka boleh dapatkan
secara percuma atau dalam erti kata lainboleh dicuri

Ibarat kaca terhempas. Aku mula membenci semua ini.




Buat itu tak jadi buat ini tak jadi..bila dah nampak jalan ada lagi masalah..ada lagi
yang tak kena..

Aku mula membenci.

Setelah aku kaji nampaknya kata-kata former USA tersebut ada benarnya.

Produk-produk yang dijual di Clickbank terlalu mudah untuk dicuri. Pergi saja ke
laman Torrent, pergi ke saja ke laman Warez, pergi saja ke laman File
Sharing..dengan mudah produk-produk ini boleh didapati percuma.

Bagaimana aku nak menjual, bagaimana aku nak menarik minat orang untuk
membeli jika sekiranya produk tersebut mereka boleh curi dengan mudah?

Termenung.

Aku termenung lagi.

Adakah aku perlu teruskan perjuangan ini.

Hampir 18 bulan aku menceburkan diri dalam bidang ini.

Tapi apa yang aku impikan masih kabur.

Masa berlalu pantas dan aku masih gagal mencapai impian.

18 bulan aku hanya berjaya meraih RM380.00 sahaja.

Aku berjumpa semula Kak Zah semata-mata untuk meluahkan isi hati aku.

Aku ceritakan semuanya pada Kak Zah.

Kak Zah hanya tersenyum dan kemudian mula mengeluarkan hujah-hujah
beliau.

Awak dah 18 bulan mencubatetapi masih gagal kaya

Sebab..di dalam hati awak setiap saat cuma menyebut..nak kaya..nak kaya
atau duitduitduit.

Awak jangan sesekali lupakekayaan atau duit adalah ketentuan Allah
SWT yang dinamakan rezeki.




Allah SWT yang tentukan rezeki kita.

Tugas kita ialah berusaha sedaya upaya dan bertawakal kepadanya.

Ibarat disambar petir. Aku rasa muka aku hangus ketika itu.

Malunya.

Sambung Kak Zah lagi..


Dalam masa 18 bulan ni..banyak tak ilmu yang awak pelajari dan perolehi?

Saya mengangguk.

Banyak juga kak..

Itu lah yang paling penting sebenarnya

ILMU

ILMU

ILMU

Ilmu yang sebenarnya boleh menjadikan impian kita kenyataan

Ilmu yang mampu mencorakkan masa depan

Tanpa ilmu ibarat pokok tiada berdahan..

Sepatutnya awak merasa beruntung sebab awak semakin banyak menimba
ilmu dan itu yang bakal mengubah hidup awak

Sungguh dalam kata-kata Kak Zah.

Aku mula sedar.

Aku nak kaya tapi aku biarkan nafsu yang mengawal fikiran.

Aku biarkan diri aku bercelaru.




Aku biarkan hidup aku sentiasa dibuai angan-angan.


MEI 2004
Aku terus belajar.

Aku terus mengkaji.

Aku hentikan kempen Clickbank aku sebab mengikut kajian aku pasarannya
agak kecil disebabkan terlalu mudah untuk dicuri produk-produknya.

Aku mula berkawan dengan Internet Marketer dari luar negeri.

Aku mula mencari mentor-mentor yang boleh membimbing aku.

Aku mula menggali sedalam-dalamnya ilmu di dalam bidang ini.


JUN 2004
Aku masih menggali.

Menggali ilmu-ilmu.

Ilmu-ilmu perniagaan internet.

Dan aku terus menggali.




JULAI 2004
Aku bertemu sesuatu.

Aku jumpa sesuatu.

Sesuatu yang aku cukup yakin boleh menjadi landasan yang tepat untuk aku
berjuang.

Aku temui Commission J unction (cj.com)

Kenapa Commission J unction?

Sebab ianya lebih kurang sama dengan Clickbank.

Sama bidang.

Bezanya, Commission J unction lebih banyak produk berbentuk fizikal.

Produk yang orang tidak boleh curi di internet.

Produk seperti kad kredit, insurans, webhosting, alat solek dan lain-lain.

Maknanya skop pasaran akan jadi lebih luas.

Lebih mudah untuk aku promosi.

Dan aku mulakan perjuangan ini.


OGOS 2004
Cukup sebulan aku berkempen.




Berjaya dapat 621 lebih klik.

Komisen masih kosong.

Masih RM0.00

Tetapi entah mengapa

Kali ini perasaan aku agak berlainan

Aku seperti tak kisah walaupun komisen masih RM0.00

Aku seperti lebih kisahkan kepada kempen dan klik.

Aku seperti lebih risau pada jumlah orang yang klik iklan aku dari jumlah orang
yang beli.

Nampaknya Kak Zah dah berjaya mengubah persepsi minda aku.

Aku rasa lebih tenang dan yakin.


SEPTEMBER 2004
Aku berjaya.

Aku berjaya menghasilkan jualan.

1 jualan.

Komisen USD$14.00

Bersamaan RM56.00 (kadar tukaran ketika itu)

J umlah klik sebanyak 847.

Aku semakin yakin.




Aku bertekad untuk menambahkan lagi ilmu aku.

Dengan ilmu yang masih kurang ini aku sudah berjaya mendapat
RM56maknanya

J ika ilmu aku lebih tinggi lagi aku pasti akan berjaya mencari lebih banyak dari
itu.

Ilmu..Ilmu..Ilmu

Benar kata Kak Zah.

Ilmu sahaja yang boleh mengubah masa depan kita.

Mata hati aku semakin celik dan bersinar.

Ilmukuncinya ialah Ilmu


OKTOBER 2004
DISEMBER 2004
3 bulan.

Cek pembayaran yang lepas semuanya telah selamat aku terima.

Dalam masa 3 bulan ini semakin banyak ilmu aku pelajari.

Komisen aku terima semakin meningkat.

Klik yang aku perolehi juga semakin maningkat.

Yang paling penting, ilmu-ilmu aku semakin meningkat.




Okt 2004 Komisen =USD$38 (RM152) Klik : 1207
Nov 2004 Komisen =USD$132 (RM528) Klik : 1811
Dec 2004 Komisen =USD$438 (RM1752) Klik : 3892

Nampaknya sesi brainwash Kak Zah ke atas aku dah mula menampakkan
hasilnya.


JANUARI 2005
Bulan ke 7 aku bersama CJ .com

Inilah bulan yang tidak akan aku lupakan.

Setelah berhempas pulas selama 7 bulan ini, akhirnya aku berjaya memperolehi
pendapatan 4 angka di dalam USD$.

Aku berjaya menghasilkan komisen USD$1,439 (RM5,756) dari 6,184 klik yang
berjaya aku dapatkan.

J ika dulu aku hanya berangan-angan tetapi kini ianya telah menjelma di depan
mata.


Tetapi aku tidak merasa terlalu excited.

Sebaliknya aku menjadi semakin yakin dan semakin optimis.

Aku jadikan USD$10,000 sebagai sasaran aku seterusnya.

Sasaran yang harus aku kejar dalam masa 90 hari.

Aku optimis dan aku yakin dalam masa 90 hari aku akan berjaya menghasilkan
pendapatan 5 angka pula.

Dan aku melipat gandakan lagi usaha aku.




J ika sebelum ini aku membuat sekurang-kurangnya 100 iklan sehari, sekarang
dengan bantuan suami dan adik ipar aku, aku gandakan iklan aku kepada 200
sehari.


FEBRUARI 2005-MAC
2005
Pendapatan aku semakin meningkat.

Klik sehari aku semakin banyak.

Komisen terkumpul untuk 2 bulan ini hampir mencecah USD$7,000.

Segala-galanya berjalan mengikut apa yang aku rancang beserta niat yang betul
aku sentiasa mendapat bantuan dari Ilahi.

Semakin banyak ilmu aku pelajari malah aku bersyukur Allah SWT telah
memberikan aku otak yang mudah menerima ilmu.


APRIL 2005
Aku mula berjinak-jinak dengan PPC.

Aku mula mempelajari Adwords.

Selama ini aku beriklan menggunakan kaedah percuma.

Sekarang aku menggabungkan kaedah percuma dan berbayar menggunakan
PPC untuk meningkatkan lagi perolehan pendapatan aku.


MEI 2005
Kaedah promosi menggunakan Adwords mula memberikan hasil yang positif.

Dari Adwords sahaja berjaya menyumbangkan 40% dari perolehan yang aku
terima.

Sasaran 5 angka USD$ semakin hampir tercapai walaupun aku gagal untuk
mendapatkannya dalam masa 90 hari.

Labih baik gagal dari tidak mencuba.


JUN 2005 JUN 2007
2 tahun

Sebenarnya aku tak tahu nak menulis apa untuk 2 tahun ini.

Setiap hari jadual kerja aku adalah sama.

Setiap hari aku terus mencari dan mendalami ilmu-ilmu perniagaan internet.

Setiap hari aku berusaha keras untuk kempen-kempen promosi aku.

Setiap hari aku tidak pernah lupa bertawakal kepadaNya.

Cuma yang agak menarik ialah aku telah berjaya melepasi sasaran 5 angka
USD$.

Setiap kali cuti sekolah kami sekeluarga pasti akan melancong samada di dalam
atau diluar negeri.

Anak-anak aku telah pandai menghafal nama-nama hotel yang kami duduki.



Malah anak bongsu aku telah hafal nama pramugari MAS yang telah secara
tidak sengaja menumpahkan kopi ke baju dia.


JULAI 2007
Bulan ini aku memulakan satu episod baru.

Aku mula mengajar.

Aku mula membimbing.

Aku mula mengajar rakan-rakan rapat aku bagaimana cara yang sebetulnya
mencari pendapatan di internet.

Aku mula membimbing rakan-rakan siber aku.

Rupa-rupanya perasaan itu lebih hebat.

Apabila aku membimbing dan mereka yang dibimbing dapat memahaminya, ia
merupakan satu perasaan yang hebat.


JANUARI 2008
Impian aku terlaksana.

Kami sekeluarga berpindah ke kondominium mewah.

Deposit 50% secara tunai dan bakinya pinjaman bank.

Hampir 6 tahun.




6 tahun aku menghambakan diri di dalam bidang ini.

Akhirnya aku dapat melihat pemandangan indah Selat Melaka melalui balkoni
kondominium milik aku sendiri.

6 tahun.

6 tahun perjuangan yang penuh dengan ranjau dan duri.


OGOS 2008
Tiada apa-apa lagi yang menarik untuk aku tulis.

Segala-galanya berjalan seperti biasa.

Aku semakin sibuk.

Semakin ramai yang menyertai pakej bimbingan aku.

Pendapatan aku di CJ .com kukuh dan stabil.

Semuanya atas izin dan keredhaan Ilahi.

Aku sentiasa berdoa agar rezeki yang aku terima ini akan terus kekal dan
berlipat ganda sehingga ke akhir hayat. Amin.


Lisa Hilmi
Ogos 2008




ADVERTORIAL


PAKEJ BIMBINGAN BERSAMA LISA Rahsia Menguasai Commission J unction
telah ditamatkan jualannya setelah jualannya melebihi kuota 1,000 jualan yang
ditetapkan.

Puan Lisa telah mengeluarkan satu lagi produk bermutu iaitu PAKEJ VIDEO
YOUTUBE.

Pakej ini akan membimbing anda bagaimana menghasilkan pendapatan
lumayan melalui program affiliate seperti Comission J unction, Clickbank,
Amazon dan lain-lain dengan menggunakan laman Youtube sebagai medium
promosi besar-besaran.

Maklumat lanjut boleh anda perolehi di :

http://lisahilmi.com/pakejvideo





apa nasihat dari seorang remaja berumur 18 tahun
yang pernah menggegarkan Malaysia kerana berjaya
memperolehi RM10,000 sebulan dari internet.

Realiti dan fantasi perniagaan Internet. Saya tahu bahawa anda juga seperti saya
yang mana begitu teruja untuk menjalankan perniagaan di Internet.

Namun ingin saya tegaskan di sini bahawa untuk menjalankan perniagaan Internet
anda perlu mempunyai jiwa sebagai seorang usahawan kerana perniagaan Internet
tetaplah satu perniagaan, dimana mempuyai untung dan rugi.

Ya, mengalami kerugian juga boleh berlaku dalam perniagaan Internet namun ia hanya
melibatkan jumlah yang agak kecil kerana modal untuk kita memulakan perniagaan
juga adalah kecil. Untuk mengelakkan kerugian dan mencapai kejayaan dalam apa
jua yang anda lakukan dalam dunia ini, anda perlulah cukup ilmu di dada.

Untuk mendapatkan ilmu perniagaan Internet ini anda perlu belajar daripada yang
pakar seperti Dr.Irfan Khairi, Patric Chan, Pn.Lisa dan ramai lagi yang tak dapat saya
sebutkan.

J ika anda tidak belajar daripada yang pakar maka anda akan mengalami seperti situasi
Si buta, memimpin yang buta. Pastikan sebelum bermula anda sudah mempunyai
persiapan yang kukuh dari segi ilmu, mental dan fizikal agar segala rintangan yang
anda hadapi tidak menjadi penghalang kepada anda!

Akhir kata, cuba renungi kata-kata ini Memiliki ilmu sahaja bukanlah kekuatan tetapi
ilmu yang dipraktikkan dan diaplikasikan adalah kekuatan

Labanon,
Team FlareBiz,
MajalahIM.com
http://majalahIM.com

Anda mungkin juga menyukai