Anda di halaman 1dari 6

EKA TEKI PEKERJAAN ORANG

Pekerjaan ini sangat mulia, Merawat orang yang memerlukannya, Serba putih warna pakaiannya Ada sahaja nak dapatkan rawatannya.

Doktor

Maruah negara perlu dijaga, Ikrar dipegang sepanjang masa, Walau di sempadan di mana juga, Hidup berbakti kepada negara.

Askar

Posted by NurafidahHanum Ramli at 12:15 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Monday, March 7, 2011

TEKA TEKI NAMA BENDA


Pisang berangan dibuat pengat, Dicampur dengan gula melaka, Setiap detik setiap saat, Menghitung waktu tak kira masa.

Jam

Bunga melur bunga cempaka, Letak disanggul oleh sidara, Dipakai untuk melihat dan membaca, Ada pula untuk bergaya.

cermin mata

Matahari terbit sudahlah tinggi, Itulah tanda sudah dinihari, Selalu dipakai di bawah kaki, Untuk berjalan dan juga berlari.

kasut

Berbagai bentuk dan juga warna, Bila memakai bertambah jelita, Menutup aurat tujuan utama, Dapat pahala berganda-ganda.

tudung kepala

Di Pulau Mutiara menaiki beca, Melancung bersama ayah dan bonda, Selalu diselak dan juga dibaca, Agar penuh ilmu di dada.

buku

Wahai adik cubalah fikir, Dibawa ke sekolah setiap masa, Diguna untuk menulis dan mengukir, Kadang kala diguna untuk mengira.

pensil

Berbagai bentuk dan juga rasa, Perisa durian, coklat apa sahaja. Walaupun sejuk tidak terkira, Menjadi kesukaan si kecil juga dewasa,

ais krim

Selepas mandi memakai baju, Terus pergi ke rumah datuk, Dahulu dipakai pahlawan melayu, Hujungnya tajam tepinya berkeluk-keluk.

keris

Pelbagai warna pelbagai rupa, Terbang tinggi menari-nari, Menjadi kegembaran tua dan muda, Awas! datang ribut terputus tali.

Warna biru cantik menawan, Warna merah warna kegemaran. Semasa kecil menjadi kawan, Sudah besar menjadi lawan.

Unggun Api

Raja sehari duduk di takhta, Bagai pinang di belah dua, Tempatnya dihias ibarat raja, Untuk ditatap rakan dan keluarga.

Pelamin

Anda mungkin juga menyukai