Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke- 10 : 7 APRIL HINGGA 11 APRIL 2014 (Minggu 10)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7 APRIL HINGGA 11 APRIL 2014 2014 Tajuk Jurnal BERKUMPULAN : MASALAH KAWALAN KELAS SEMASA AKTIVITI

1. Masalah /Peristiwa: Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah dari segi kawalan kelas ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan. Beberapa orang murid kurang mendengar kata-kata dan arahan saya. Hal ini menyebabkan sesi pengajaran sedikit terganggu disebabkan oleh beberapa orang murid ini yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam kumpulan masing-masing. Sehubungan dengan itu, perasaan dan semangat saya juga terganggu. Konsentrasi saya untuk mengajar sedikit terganggu disebabkan murid-murid tidak mahu memberikan kerjasama apabila diberikan tugasan atau sesuatu arahan. Sebagai contohnya, pada hari Selasa (8 April) sewaktu penyeliaan bersama oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing saya, kawalan kelas saya adalah sangat lemah, dimana murid-murid tidak mendengar arahan yang saya berikan. Ada diantara mereka yang bergaduh untuk menulis dan mencatat segala maklumat jawapan pada kertas mahjung yang diedarkan. Keadaan ini menyebabkan aktiviti hands-on yang dijalankan secara berkumpulan itu sedikit kelam kabut. Saya terpaksa bergerak ke setiap kumpulan bagi mengawal masalah yang berlaku. Kedaan ini berlaku kepada murid-murid kelas 5 Cemerlang, mereka terlalu teruja dengan bahan yang saya edarkan. Selaian itu, keadaan yang sama juga berlaku kepada murid-murid Tahun 3 Cemerlang. Arahan dan kata-kata saya tidak mereka endahkan. Keadaan ini menyukarkan saya untuk mengawal mereka apabila melakukan aktiviti yang berbentuk kumpulan. Selain itu, saya juga perhatikan apabila hanya seorang murid

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


sahaja yang betindak sebagai ketua dan mengawal segala tugasan yang diedarkan ahli kumpulan yang lain hanya melihat dan bertindak pasif sahaja. Dan keadaan ini juga menyebabkan ada diantara ahli yang merajuk danbergaduh antara satu sama lain. 2. Analisis Setelah dikaji dan diteliti, saya dapati puncanya datang daripada diri saya sendiri. Saya terlalu memberi muka kepada mereka. Saya kurang tegas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain daripada itu, pembahagian murid dalam kumpulan yang tidak sesuai juga, menjadi punca segelintir murid-murid kurang memberi kerjasama dalam kumpulan mereka. Tetapi ada juga segelintir daripada murid-murid ini yang terlalu mengawal gerak kerja kumpulan mereka sehinggakan ahli yang lain tidak boleh membuat tugasan yang diedarkan. Kedaan ini menyebabkan keadaan kelas serta aktiviti kumpulan yang disediakan sedikit kelam kabut dan bising dengan pergaduhan yang berlaku di antara mereka. Selain itu, saya juga dapat perhatikan murid-murid ini mungkin teruja dengan bahan yang saya sediakan dan keadaan ini menyebabkan sebilangan murid yang bertindak sebagai ketua kumpulan itu akan mengawal segala gerak kerja dalam kumpulannya. Dengan kata lain, hanya dia seorang sahaja yang akan melakukan kerja. Kebiasaannya, bahan aktiviti yang saya sediakan itu adalah berbentuk bahan maujud yang mempunyai warna yang cantik, boleh dipegang dan disentuh. Sebagai contohnya, bahan yang saya sediakan sewaktu diseliakan baru-baru ini ialah penggunaan model gigi yang sebenar dan juga penggunaan gambar gigi yang besar dan ditampal pada kertas mahjung. Selain itu, saya juga kurang menegaskan bahawa mana-mana kumpulan yang tidak bekerjasama dalam kumpulan akan dipotong token kumpulannya. Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid menjadi lebih aktif apabila mereka dapat bergerak aktif dalam kelompok yang ramai. Setiap orang ingin menunjukkan kehebatan

tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dilakukan dalam bilik darjah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya akan selalu memperingatkan murid-murid mengenai denda yang saya akan lakukan sekiranya mereka melanggar arahan tertentu. b) Pada masa yang sama saya juga perlu menetapkan ahli kumpulan yang sesuai dan sama sepanjang aktiviti dijalankan agar kawalan kumpulan lebih terurus dan tersusun. c) Kemudian, saya juga akan membahagikan tugas-tugas yang perlu

dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan sebelum mereka memulakan aktiviti yang disediakan. d) Saya patut membaca semula buku Murid dan Alam Belajar. Kenalpasti langkah-langkah yang boleh digunakan dalam mengawal ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan. Saya juga boleh bertanya kepada guru kelas apa langkah yang boleh saya lakukan bagi mengawal murid-murid tidak mendengar arahan ini. e) Saya akan cuba bertindak lebih tegas dan saya juga akan cuba berkeras dalam mengambil tindakan terhadap kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Tempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula 12 April dan seterusnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing (major) Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..................................... Nama Tarikh :................................... :....................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :...........................................

Disemak oleh Guru Pembimbing (minor) Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..................................... Nama Tarikh :................................... :....................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :...........................................

Anda mungkin juga menyukai