Anda di halaman 1dari 13

bahasa istana

1. "Perdengarkan ......... sebuah syair," titah Sultan Mahmud kepada biduan


A beta B saya
C dia D kami
jawapan: A

2. Hamba mohon............ atas segala kesilapan sebentar tadi.
A maaf B ampun
C berkenang D bertitah
jawapan: B

3. Rakyat berdukacita kerana raja mereka sedang .......
A murka B marah
C santap D berang
jawapan: A

1. Baginda sedang makan bersama-sama rakyat jelata di balai rong seri.Tiada kesalahan
A B C D
Jawapan : B

2. Mengapakah tuanku bersedih hati"? tanya Tun Bida kepada Sultan
A B C
. Tiada kesalahan
D
Jawapan : D

3. Tuanku bersemayam di Istana Kayangan untuk satu per tiga malam bersama
A B C
penghulu balang yang lain. Tiada kesalahan
D
Jawapan : D



1. "........ tidak menyangka bahawa ........... rupanya yang menjadi petualang negara," titah baginda
kepada panglimanaya.
A Raja....kerabat
B Baginda..kamu
C Patik...tuan hamba
D Beta... tuan hamba
jawapan : D


2. Anak raja itu sngat marah apabila perintahnya tidak ditunaikan oleh ayahandanya.
A berang
B murka
C benci
D sakit hati
Jawapan : B

3. Baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling menghormati supaya perpaduan terus
terpelihara.
A Beta bertitah bahawa
B Patik menitah bahawa
C Baginda menitah bahawa
D Baginda bertitah bahawa
Jawapan : D


KATA GANDA

1. "tidak jemukah awak makan soto ayam itu ......... ?" tanya Izzat kepada ahmad.
A hari-hari
B lama-lama
C asyik-asyik
D kadang-kadang
jawapan : A

2. Pakaian yang dipakai oleh pengemis itu...........
A haru-biru B porak-peranda
C tunggang-tanggang C compang-camping
jawapan : D

3. pertani itu............. membawa keluarganya ke bandar untuk membeli-belah
A seolah-olah B sebanyak-banyaknya
C sekali-sekala D setidak-tidak
jawapan : C



1. Kanak-kanak itu begitu asyik bermain
A
kejar-mengejar di taman permainan itu.
B C
Tiada kesalahan
D
jawapan : B
2. Azizah sedang bermain layang-layang di padang sekolah bersama-sama rakannya.
A B C
Tiada kesalahan
D
jawapan : D

3. Ayam itu diperap dengan rempah-ratus sebelum digoreng. Tiada kesalahan
A B C D
jawapan : D

1. Kita perlu mengamalkan sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain agar hidup
kita sentiasa aman dan tenteram.
A hormat menghormati di antara
B hormat-menghormati antara
C saling hormat-menghormati
antara
D saling hormat-menghormati di
antara
jawapan : B

2. Jemaah menteri-menteri kabinet menghadiri persidangan Parliman pada pukul 2.00 petang
A Parapara menteri-menteri kabinet
B Jemaah menteri kabinet
C Seluruh orang menteri kabinet
D Jemaah menteri-menteri kabinet
jawapan : B

3. 'Hatinya menjadi keluh-resah bila terkenang peristiwa pahit yang menimpakeluarganya 10 tahun
yang lalu.
A gundah-gulana bila mengenang
B punah-ranah bila mengenang
C remuk-redam apabila terkenang
D keluh-resah bila terkenang
jawapan : C


AYAT AKTIF


1. Nurul ________________ dengan nyenyak di tilam baru itu.
A tidur B meniduri
C ditiduri D tidurkan
Jawapan : A

2. Setelah 10 tahun kehilangan ibu, Aaron tetap tabah ________________ kehidupannya.
A hadap B menghadapi
C dihadapi D terhadap
Jawapan : B

3. Anjing peliharaan Chong ____________ kucing betina yang cuba masuk ke dalam rumah.
A kejar B mengejar
C dikejar D terkejar
Jawapan : B

1. Cikgu Daus mengarang cerita untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah. Tiada
A B C
kesalahan.
D
Jawapan : D

2. Keluarga Halimah gemar makan malam di My Rasa Tomyam kerana lauk-pauknya
A B
sedap dan murah. Tiada kesalahan.
C D
Jawapan : B
3. Azmin akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak. Tiada
A B C D
Kesalahan
Jawapan : D

1. Emak menyediakan goreng pisang dan air teh suam sebagai hidangan minum petang.
A sedia pisang goreng
B menyediakan pisang goreng
C disediakan goreng pisang
D menyediakan goreng pisang
Jawapan : B

2. Kelas 2O akan diadakan jamuan bersama-sama guru tingkatan bersempena sambutan Hari Guru
selepas waktu rehat nanti.
A akan diadakan jamuan
B diadakan jamuan
C mengadakan jamuan
D akan mengadakan jamuan
Jawapan : D

3. Adik menangis terbahak-bahak setelah permainan kereta kawalan jauh yang baru dibeli telah
rosak.
A menangis terbahak-bahak
B menangis sedu-sedan
C menangis terkehel-kehel
D menangis teresak-esak
Jawapan : D


PENJODOH BILANGAN

1. Pemuda itu membeli se.............. serat khabar di kedai itu
A helai B keping
C lembar D naskhah
jawapan : D

2. Penjual itu menjual beberapa .......... jagung di tepi jalan
A biji B buah
C ulas D tongkol
jawapan : D

3. kakak membeli beberapa .............. buah tembikai di gerai itu
A biji B buah
C ulas D keping
jawapan : A


1. Saya hanya makan sekeping roti dan sebijik telur sebagai alas peruk.
A B C
.Tiada kesalahan.
D
Jawapan : D

2. Abang mengambil sebilah parang milik arwah atok setelah mendengar bunyi yang
A B
mencurigakan pada malam itu. Tiada kesalahan.
C D
Jawapan : D

3. Izzudin memberi sejambak bunga mawar untuk Yati sempena ulang tahun pernikahan
A B C
mereka. Tiada kesalahan.
D
jawapan : D
1. Sebilangan besar pelajar-pelajar yang telah menduduki STPM pada tahun ini mencapai keputusan
yang cemerlang.
A sebilangan besar pelajar-pelajar
B sebilangan pelajar
C sebilangan besar pelajar
D sebahagian besar pelajar-pelajar
Jawapan : C

2. Setiap orang peserta dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum
memasuki pertandingan tersebut.
A sebahagian orang peserta
B setiap orang peserta
C setiap peserta-peserta
D setiap peserta
Jawapan : D

3. Sepanjang perbincangan itu, tiada seorang pun yang dapat memberi sebaris pendapat yang
bernas.
A sebiji pendapat
B sebaris pendapat
C pendapat
D sebuah pendapat
Jawapan : C


















BAHAGIAN C

Karangan Jenis Keperihalan.

Soalan 1 ;
Kampung anda telah mengalami gangguan bekalan elektrik selama satu minggu.
Perihalkan keadaan anda dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Contoh Jawapan .
Pendahuluan.
- bekalan elektrik terputus satu minggu.
- Kerosakan besar di pencawang elektrik.
Isi-Isi Penting.
a) Kegiatan harian terjejas rumah-rumah pada masa kini banyak menggunakan peralatan
elektrik - serba tidak selesa.
- kerja-kerja rumah menjadi berat
- peti sejuk dan mesin basuh tidak berfungsi

b) Pelajar sukar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam - menggunakan lilin dan
pelita suasana pada malam hari amat gelap - tiada lampu jalan.

c) Sukar tidur kerana kepanasan kipas tidak berfungsi - akibatnya, masing-masing letih
pada keesokan harinya.

d) Timbul tekanan ketidakselesaan rasa bosan kerana televisyen dan radio tidak dapat
digunakan .
e) berlaku beberapa kes kecurian penjenayah mengambil kesempatan kerugian harta benda.

Penutup.
- menghargai pihak Tenaga Nasional yang bertungkus- lumus membaiki kerosakan
kejadian itu menginsafkan diri bekalan elektrik amat diperlukan.



soalan 2

Tulis suatu karangan keperihalan tentang pesta buku yang pernah anda kunjungi.

Contoh Jawapan.

Pendahuluan..
Cuti semester yang lalu mengunjungi pesta buku di bandar Melaka bersama-sama dengan dua
orang rakan.
Isi-Isi Penting.
a) banyak pengunjung pelajar serta orang awam yang lain ibu bapa juga sudah sedar akan
kepentingan buku.
b) pelbagai jenis buku dalam pelbagai bidang banyak majalah dan bahan bacaan lain
menghabiskan masa kira-kira empat jam melihat buku dan bahan bacaan dari dalam dan
luar negeri.
c) membeli beberapa buah buku mendapat potongan harga mendapat cenderamata
menarik turut membeli beberapa naskah majalah.
d) menyertai peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan - bernasib baik kerana
memenangi hadiah sagu hati.
e) terpaksa pulang waktu kunjungan berakhir belum cukup puas berada di pameran
-berasa kesal kerana tidak sampai lebih awal.

Penutup.
-berharap agar pesta buku ini menjadi pesta tahunan pasti akan datang lagi- seronok
dikelilingi buku dan bahan-bahan bacaan.


soalan 3

Semasa cuti penggal persekolahan yang lepas anda berpeluang melawat ke suatu tempat
yang menarik bersama-sama keluarga. Ceritakan pengalaman anda ke tempat tersebut.

Pendahuluan.
-setelah berbincang, kami bersetuju ke Pulau Langkawi dengan menaiki kereta.

Isi-Isi Penting.
a) Setelah di dalam kereta selama tujuh jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis, iaitu
menaiki feri ke Pulau Langkawi.
b) Apabila tiba, ayah menyewa sebuah kereta kemudian ke hotel.
c) -waktu malam kami menikmati kesegaran udara malam selain makan malam dan
membeli-belah .
d) Hari kedua kami melawat ke tempat-tempat menarik di Langkawi seperti Makam
Mahsuri,Dataran Helang, Kampung Buku, Galeri Perdana dan bermandi manda di Pantai
Dayang Tasik Bunting.
e) Ibu tidak melepaskan peluang membeli-belah kerana ibu berpendapat barangan yang
dijual begitu murah.

Penutup.
Suatu percutian yang menarik dan bercadang untuk pergi lagi ke Pulau Langkawi kerana masih
ada lagi tempat-tempat menarik yang belum habis dikunjungi.

Perbincangan

1. Disiplin di sekolah merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan seorang pelajar.
Bincangkan
JAWAPAN;

1. Perbincangan tentang disiplin di sekolah.

Pendahuluan
- Takrif disiplin iaitu undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang.
- Matlamatnya untuk melahirkan seorang individu yang bersahsiah tinggi.

Isi-isi penting
a) Dapat melahirkan individu yang berbudi pekerti mulia memiliki nilai-nilai murni yang luhur
menjadi warganegara yang berguna.
b) Pelajar-pelajar dapat menepati masa melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.
c) Percaya akan kebolehan tidak hanya bergantung pada orang lain.
d) Tidak melakukan salah laku sama ada di sekolah atau di luar sekolah menjadi model pelajar lain
lambat-laun akan memperoleh kecemerlangan.

Penutup
Disiplin merupakan tonggak utama untuk mencapai sesuatu kejayaan orang-orang yang berjaya dalam
kehidupan kebanyakannya memiliki disiplin yang tinggi.


Peribahasa

1. Peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan, sering disebut dalam kalangan masyarakat
kita. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Jawapan
Peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pendahuluan
Salim pencapaian dalam pelajaran kurang memuaskan rakan-rakan lain berjaya dalam kehidupan
menjadi doktor, ahli korporat dan peguam.

Isi-isi penting
a) Mengusahakan penternakan ayam dan menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan.
b) Menjual hasil ternakan dan sayur-sayuran kepada orang-orang kampung harganya berpatutan
banyak mendapat pelanggan.
c) Membina lebih banyak reban ayam tahi ayam digunakan sebagai baja sayur-sayuran.
d) Mendapat hasil yang lumayan mengambil beberapa orang pekerja.
e) Pasaran ayam dan sayur-sayuran lebih luas hingga ke bandar menjadi pengusaha yang berjaya.

Penutup
Kejayaan tidak dapat dicapai secara mudah.

BAHAGIAN D

Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar yang
berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




JAWAPAN
pendahuluan
Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita,terutamanya di kalangan murid-murid sekolah.
Terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan yang boleh kita amali bagi meningkatkan
prestasi kemajuan pelajaran kita,terutamanya bagi subjek yang susah.

isi 1
Antaranya,menubuhkan sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan. Dengan ini,kita boleh
berkongsi masalah yang dihadapi bersama-sama.

isi 2
kita juga patut menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan bertanyakan soalan
seandainya tidak faham.bak kata pepatah,"malu bertanya sesat jalan".

isi 3
Selain itu,kita patutlah mengulang kaji pelajaran seandainya ada masa terluang.Dengan ini,kita
akan lebih memahami subjek yang dipelajari.

penutup
Oleh itu,amatlah penting bagi kita mengamalkan kaedah belajar yang berkesan,sesungguh,"ilmu
pelita hidup".







BAHAGIAN E
RINGKASAN & PEMAHAMAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
faedah-faedah senaman. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Kecergasan ialah keupayaan untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan tenaga dan pergerakan
fizikal tanpa berasa letih dan mengah. Badan yang cergas bukan saja memungkinkan kita melakukan
sesuatu kerja dengan baik, tetapi juga memungkinkan kita berfikir dengan waras.
Untuk menjaga kecergasan badan, kita perlulah bersenam. Pada peringkat permulaan, kita boleh
lakukan senaman ringan, iaitu sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Lakukan senaman sebagai
mengisi masa lapang. Selain itu, senaman seperti berjoging, berenang, berbasikal atau berjalan kaki
bersama-sama dengan keluarga boleh menggembirakan ahli keluarga serta mengeratkan hubungan.
Amalan bersenam dapat juga meningkatkan fungsi tubuh badan dan meningkatkan kesihatan
mental. Badan yang berpeluh dapat merangsang denyutan jantung, melancarkan peredaran darah,
membakar kalori dan meningkatkan daya ketahanan otot. Apabila badan seseorang itu sihat, maka
perkembangan otak akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan para pelajar akan mudah menerima
pelajaran. Bagi para pekerja pula, prestasi kerja mereka akan meningkat dan seterusnya meningkatkan
produktiviti.
Apabila badan kita cergas, kehidupan kita akan lebih bermakna kerana dapat mengurangkan risiko
penyakit diabetes, obesiti, darah tinggi, strok, osteoporosis, gaut dan sebagainya. Bahkan bersenam secara
konsisten merupakan langkah positif untuk memiliki potongan badan yang lebih menarik, ramping,
langsing dan berketerampilan. Dengan ini, mereka yang cergas akan berfikiran lebih positif, aktif,
berkeyakinan dan emosi lebih stabil. Orang yang suka bersenam lebih tenang dan mendapat tidur yang
lena kerana memiliki gaya hidup yang betul.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Faedah-faedah Senaman,
Berita Minggu, 10 Disember 2006)










Pemahaman

Berdasarkan petikan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata senaman ringan? [2 markah]

2. Bagaimanakah aktiviti bersenam itu akan menjadikan para pelajar dapat mengikuti pelajaran
dengan baik? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah orang tidak memberi keutamaan aktiviti senaman
dalam jadual mingguan mereka? [4 markah]


JAWAPAN;

Ringkasan [20 markah]
Faedah-faedah senaman.

Kecergasan ialah keupayaan untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan tenaga dan pergerakan
fizikal tanpa berasa letih dan mengah. Badan yang cergas bukan saja memungkinkan kita melakukan
sesuatu kerja dengan baik, tetapi juga memungkinkan kita berfikir dengan waras.
Untuk menjaga kecergasan badan, kita perlulah bersenam. Pada peringkat permulaan, kita boleh
lakukan senaman ringan, iaitu sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Lakukan senaman sebagai
mengisi masa lapang. Selain itu, senaman seperti berjoging, berenang, berbasikal atau berjalan kaki
bersama-sama dengan keluarga boleh menggembirakan ahli keluarga serta mengeratkan hubungan.
Amalan bersenam dapat juga meningkatkan fungsi tubuh badan dan meningkatkan kesihatan
mental. Badan yang berpeluh dapat merangsang denyutan jantung, melancarkan peredaran darah,
membakar kalori dan meningkatkan daya ketahanan otot. Apabila badan seseorang itu sihat, maka
perkembangan otak akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan para pelajar akan mudah menerima
pelajaran. Bagi para pekerja pula, prestasi kerja mereka akan meningkat dan seterusnya meningkatkan
produktiviti.
Apabila badan kita cergas, kehidupan kita akan lebih bermakna kerana dapat mengurangkan risiko
penyakit diabetes, obesiti, darah tinggi, strok, osteoporosis, gaut dan sebagainya. Bahkan bersenam secara
konsisten merupakan langkah positif untuk memiliki potongan badan yang lebih menarik, ramping,
langsing dan berketerampilan. Dengan ini, mereka yang cergas akan berfikiran lebih positif, aktif,
berkeyakinan dan emosi lebih stabil. Orang yang suka bersenam lebih tenang dan mendapat tidur yang
lena kerana memiliki gaya hidup yang betul.



Pemahaman [10 markah]

1. Apakah maksud rangkai kata senaman ringan. (2 markah)
Latihan gerak badan yang mudah

2. Bagaimanakah aktiviti bersenam itu akan menjadikan para pelajar dapat mengikuti pelajaran
dengan baik? (4 markah)
-Tahap kesihatan mereka akan meningkat
-Menyebabkan perkembangan otak
-Mudah menerima pelajaran yang diajarkan oleh guru mereka
3. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah orang tidak memberi keutamaan aktiviti senaman
dalam jadual mingguan mereka? (4 markah)
-terlalu sibuk dengan urusan harian
-berpendapat bahawa lebuih baik berehat setelah penat bekerja
-faedah aktiviti bersenam tidak dirasai ketika itu

Anda mungkin juga menyukai