Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami : PSAS/UPLI/11/10/01 Jld.

( )
Tarikh : April 2014
Semua Pelajar Yang Menjalani Latihan Industri Pada Sesi Disember 2013
Saudara/Saudari
TARIKH PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI DAN
PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2013
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh saudara/saudari mendaftar pengesahan bagi
tamat latihan industri Sesi Disember 2013 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
adalah seperti butiran berikut ;
Tarikh : 28 April 2014 (Isnin)
Masa : 8.15 pagi hingga 10.15 pagi
Tempat : Jabatan masing-masing
3. Sehubungan dengan itu, semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri
saudara/saudari perlu membawa bersama perkara-perkara berikut;
i. Laporan Akhir Latihan Industri yang lengkap dan telah siap dijilid;
ii. Reflective Journal atau Buku Laporan Harian;
iii. Surat/Salinan surat pengesahan tamat menjalani Latihan Industri dari
Organisasi Latihan;
iv. Markah Practical Task Appendix 1 yang telah dilengkapkan (sekiranya
belum diserahkan ke Upli Psas);
v. Markah Reflective Journal Appendix 2 yang telah dilengkapkan
(sekiranya belum diserahkan ke Upli Psas);
vi. Salinan My Internship Reflection yang telah dilengkapkan (untuk
mendapatkan borang sila muat turun dari laman portal PSAS);
vii. Salinan soft copy-slide sebagai bahan bantu semasa pembentangan latihan
industri pelajar beserta komputer riba;
Tel : 05-454 4431
Faks : 05-454 4607
Laman Web : www.psas.edu.my
Facebook:politeknik.edu
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Behrang Stesen
35950 Behrang
PERAK, MALAYSIA
35 4
07
viii. *(WAJ IB Untuk Pelajar DKA-LISA sahaja) Salinan atau cetakan pengesahan
perlaksanaan kajian (melalui e-cetak dengan melengkapkan beberapa
maklumbalas di dalam www.LIpoly.my );
ix. Salinan bukti Pengesahan Penarafan Bintang (boleh diperolehi dengan
melengkapkan beberapa maklumbalas di dalam www.bintang.LIpoly.my/ );
x. Muat turun dan cetak borang penilaian App. 4 dan App. 5 (untuk
mendapatkan borang sila muat turun dari laman portal PSAS);
xi. Borang pendaftaran Pengesahan Tamat Latihan Industri yang telah
lengkap diisi (untuk mendapatkan borang sila muat turun dari laman portal
PSAS);
4. Tarikh pembentangan dan penilaian latihan industri akan dilaksanakan dari
28 April 2014 sehingga 30 April 2014. Sila rujuk laman portal PSAS bagi mengetahui
jadual pembentangan dan penilaian latihan industri secara terperinci.
5. Untuk makluman kepada semua pelajar, kemudahan bilik di Kamsis PSAS ada
disediakan sepanjang tempoh pembentangan dan penilaian latihan industri. Untuk
maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Pegawai di Jabatan
Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Yusri bin Abdul Rahim (019-9845393).
6. Segala kerjasama dan perhatian serta tindakan sewajarnya dari pihak
saudara/saudari, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(ABDUL AZIZ BIN AHMAD)
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p. Pengarah, Politeknik Sultan Azlan Shah

Anda mungkin juga menyukai