Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2010

1. Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual


- Agenda
a. Pencapaian target Peperiksaan 2010
-strategi
b. Jadual Waktu dan masa pengajaran dan pembelajaran
c. Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian
d. Penyediaan Buku Rancangan Mengajar
e. Pencerapan
f. Peperiksaan dan Ujian
g. Lain-lain-Cadangan buku rujukan
-Aktiviti Panitia PSV 2010
2. Program Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran PSV
-Untuk guru-guru yang mengajar PSV
Topik
a. Asas-asas Senireka
b. Kraf tangan - Batik
- Anyaman
- Ceramik
- Ukiran
3. Minggu PSV
a. Pertandingan Melukis
b. Pameran
c. Kuiz
d. Pertandingan Melukis Mural
e. Pertandingan Lanskap / Taman
4. Bank Soalan
5. Lawatan Sambil Belajar
6. Pendedahan Pelajar Kepada Seni
-multimedia
-pekerjaan
-hasil-hasil seni

KE ARAH PENGURUSAN PANITIA PSV YANG CEMERLANG

A. PENGURUSAN PANITIA PSV
1. Pengenalan
Dalam struktur organisasi sebuah sekolah menengah, Guru
Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
hal Pengurusan kurikulum.Walau bagaimanapun, Pengetua
adalah bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan
tentang pelaksanaan kurikulum di sekolahnya untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, adalah
wajar bagi Pengetua menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Kurikulum di sekolahnya dengan PK 1 sebagai Naib Pengerusi.

2. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah badan yang
menentukan dasar-dasar sekolah yang berkaitan dengan
kurikulum. Fungsi JKS ialah untuk merancang dan menyelaras
segala hal berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum di
sekolah. Ahli-ahli JKS adalah terdiri daripada Ketua Bidang dan
Guru-guru Kanan @ Ketua Panitia Mata Pelajaran .

3. Panitia Pendidikan Seni Visual
3.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua
guru yang mengajar PSV di sekolah. Ketua Panitia ialah
seorang guru kanan yang dilantik oleh Pengetua.Manakala AJK
dilantik oleh panitia sendiri.
3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat
memperlihatkan,
a. Perancangan yang teliti
b. Pengelolaan yang sistematik
c. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamik
d. Pengawasan yang berkesan
3.3 Melalui badan ini, guru-guru PSV berpeluang untuk mencari
penyelesaian kepada masalah dalam bidang pengajaran,
motivasi dan sikap serta tabiat belajar yang dimiliki oleh pelajar
disamping dapat memupuk kerjasama, berkongsi fikiran,
pengalaman dan kepakaran untuk mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh
ketua panitia kepada Pengetua untuk mendapat penyelesaian
atau makluman.

4. Tugas-tugas Panitia PSV
4.1 Sukatan Pelajaran
Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa,
memahami
sukatan dan huraian sukatan.
4.2 Rancangan Pelajaran.
Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas
mengikut
tingkatan .
4.3 Rancangan Harian
Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran
semasa.
4.4 Alat dan Bahan
Merancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua
tingkatan.
4.5 Buku-buku rujukan
Mencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan
Bilik PSV.
4.6 Alat Bantu Mengajar
Mengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV
dalam P & P.
4.7 Ujian dan Peperiksaan
Menyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.
4.8 Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Menganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk
mengesan kelemahan
dan cara mengatasi.
4.9 Kertas Soalan
Mengadakan bank soalan.Mengumpul soalan sekolah lain
untuk kajian.
4.10 Sudut PSV
Mengadakan sudut PSV dibilik darjah , perpustakaan dan
tempat-tempat
tertentu.
4.11 Mesyuarat
Mengadakan mesyuarat formal dan tidak formal.
4.12 Hal-hal lain
Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu
panitia.

5 . Tugas-tugas Ketua Panitia

5.1 Mesyuarat Panitia
-mempengerusi semua mesyuarat PSV
-mengadakan mesyuarat secara berkala atau perjumpaan tidak
formal.
-menyelenggarakan fail-fail,minit mesyuarat, laporan,surat
menyurat dan
dokumen yang berkaitan dengan kemaskini.
5.2 Penyeliaan Panitia
5.3 Sukatan Pelajaran
-mendapat dan membekalkan Sukatan PSV untuk panduan
semua ahli.
5.4 Buku stok
5.5 Bilik Seni dan peralatan
5.6 Perkembangan staf
-menyediakan dan mengadakan perkembangan staf bagi guru-
guru PSV
5.7 Perbelanjaan Tahunan
5.8 Rancangan Pengajaran
-menyelaras dan menyemak rancangan pengajaran semester.
5.9 Analisis Peperiksaan
5.10 Kemajuan Diri
-mempertingkatkan kualiti kerja amali untuk menguasai
kemahiran PSV
5.11 Pencerapan
-membantu pihak Pengetua dalam pencerapan guru PSV
5.12 Koleksi BBM
-mengadakan koleksi BBM secara kolektif.
5.13 Pemilihan Guru
-mencadangkan kepada pihak Pengetua pemilihan guru PSV
5.14 Guru Sumber
5.15 Tugas-tugas lain yang berkaitan
-menerima dan menjalankan tugas lain dengan penuh
kerelaan.

Anda mungkin juga menyukai