Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA Sebagai sebuah tumpuan


pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan Tanah Melayu tentunya
pernah menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang
daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran
populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di sini (Malaysia).
Kebanyakan ahli sejarah dan anthropologi sosial bersetuju bahawa struktur
susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan
pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di
Semenanjung Malaysia. Lim (1973) menyatakan bahawa tahun 1786 hingga
1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik,
ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.
2. Definisi Masyarakat Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang
membentuk sebuah sistem interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi
yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu
yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling
bergantung dan perlu memerlukan antara satu sama lain. Umumnya istilah
masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang
hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.
3. Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud
masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) adalah merujuk kepada suasana
kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam
sebuah negara sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti
Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada beberapa kelompok majoriti (1-3),
disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok minoriti) lain yang lebih kecil dan kurang
berpengaruh.
4. Kategori Masyarakat: Pengkelasan Baru Ada kalangan para pengkaji bidang
anthroplogi dan sosiologi moden yang cuba untuk mengklasifikasikan masyarakat
berdasarkan cara hidup mereka. Justeru lahir istilah seperti : masyarakat petani.
masyarakat industri. Masyarakat pasca-industri. masyarakat maklumat.
5. Konsep Masyarakat Majmuk Menurut Furnivall (1939) sebuah masyarakat
majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar
kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem
ekonominya. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam
dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok
berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak
bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan,
bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam
masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik
yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah
berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-
fungsi yang berlainan.
6. Ciri-ciri Masyarakat Majmuk J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial
Policy and Practice : A Comparative Study of Burma & Netherlands India
menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai berikut : Terdapat pelbagai
jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli
(bumiputera). Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu. Hidup
berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama. Setiap kumpulan
bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan kaedah
sendiri. Bertemu di pasar ketika membeli belah dan kemudian balik ke tempat
masing-masing. Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh
yang ketara mengikut kaum.
7. Ciri Masyarakat Majmuk (samb) Harry Eckstein (1966) dalam Division and
Cohesion in Democracy menulis bahawa masyarakat majmuk adalah
masyarakat yang terpisah kerana segmen-segmen yang berasingan yang
meliputi Ras/Kumpulan etnik Budaya Bahasa Kepercayaan agama Ideologi
8. Faktor Penghijrahan/ Kewujudan Masyarakat Majmuk Push and Pull factor
Penolak (negara Asal) Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi kebuluran dan
kemiskinan Masalah politik seperti revolusi dsb. Masalah alam semulajadi seperti
Kemarau, Banjir dan Gempa Bumi Penarik (Destinasi penghijrahan) Peluang
ekonomi Dasar kerajaan Inggeris di TM Keamanan Masyarakat Malaysia yang
dianggap baik. Perkahwinan politik cth: Sultan Melaka + Hang Li Po Faktor
Umum seperti mengembara, hanyut dan sesat
9. Definisi Budaya Istilah Budaya ( culture ) secara amnya memberi maksud cara
hidup manusia. Budaya juga dilihat sebagai satu proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat
dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud
"budi+daya"; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang
meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang
meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh
difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai
bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Budaya bermaksud cara hidup
sesebuah masyarakat. Budaya juga memberi maksud tamadun, peradaban dan
kemajuan
10. Definisi Budaya (samb) Modern Dictionary of Sociology mentafsirkan budaya
sebagai cara hidup manusia yang hidup berkelompok sama ada yang berbentuk
material (ciptaan manusia) dan bukan material (adat resam, kepercayaan,
undang-undang dll) Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebagai satu
himpunan Ilmu pengetahuan Kesenian Adat resam Kemahiran yang dimiliki dan
diamalkan oleh manusia dalam sesuatu masyarakat.
11. Definisi Budaya (samb) A.L Kroebor & Clyde Kluckdan mendefinisikan
budaya sebagai segala amalan, peneimaan dan kepercayaan oleh sesuatu
masyarakat yang dipraktikkan secara berterusan atau diulangi oleh generasi
yang seterusnya. A.L Kroebor & Clyde Kluckdan juga turut menyenaraikan
elemen-elemen penting yang membentuk budaya iaitu kelengkapan hidup, sistem
ekonomi, keagamaan, bahasa, kesenian dan ilmu pengetahuan
12. Struktur & Komposisi Masyarakat Malaysia Masyarakat Malaysia adalah
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai etnik/kaum/bangsa. Rumpun
bangsa utama yang membentuk masyarakat Malaysia ialah Melayu (termasuk
Bumiputera), Cina dan India di samping kaum-kaum minoriti yang lain.Di Sabah,
etnik terbesar ialah Kadazan, Dusun dan Bajau. Di Sarawak kelompok terbesar
ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabir dan juga Penan. Hakikatnya ini bukan
gambaran sebenar yang dapat menerangkan struktur masyarakat kerana
terdapat lebih 40 etnik berbeza di Sabah dan Sarawak. Mengikut statistik 2004,
jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 25 juta orang. (Melayu 54%, Cina
30%, India 13% dan lain-lain 2%) Kadar pertambahan penduduk Malaysia berada
pada kadar 2.4% setahun.
13. Penduduk Malaysia 2005
14. Penduduk Malaysia 2005 Mengikut Umur
15. Melayu, Cina, India 2005
16. Bumiputera, Lain-lain, Bukan Warganegara 2005
17. Melayu Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) mendefinisikan Melayu
sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam,
dan yang mengamalkan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (
cultural definition ), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia
Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tanpa mengira agama, bahasa,
dan adat istiadat yang masing-masing diikuti dan dipraktikkan oleh rumpun
masing-masing. Subetnik Melayu adalah terdiri daripada Melayu Bugis
(Sulawesi), Mendeling, Melayu Kampar, Jawa, Banjar, Minang, keturunan syed
termasuklah masyarakat bumiputra.
18. Cina Kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia berasal dari sebelah selatan
cina. Berhijrah sekitar abad ke 15 dan 19. Keturunan Hokkien yang berasal dari
wilayah Fujian, Hakka dan Kantonis yang berasal dari Kwangtung, Teochew,
Hailam termasuk masyarakat Baba dan Nyonya. Kategori pengijrah terdiri
daripada petani, pekerja ladang, pekerja lombong, pelarian yang menuntut suaka
politik dan ahli kongsi gelap.
19. India Kebanyakan masyarakat India yang datang ke Tanah Melayu adalah
berasal dari sebelah pantai Timur India. Berhijrah sekitar abad ke 18 dan 19
Golongan imigran terdiri dari keturunan Tamil (Tamil Naidu) Malayali
(Kerala/Pantai Malabar) Telegu (Andhra Pradesh) Sikh (Punjab) Tamil Chettiar
(Tamil Naidu) Gujrati (India Utara) Kategori pengijrah terdiri daripada golongan
pemodal (chetty), golongan profesional, askar, pekerja ladang dan landasan
keretapi.
20. Kepelbagaian Etnik sebagai kesan asimilasi budaya Melayu-Arab Peranakan
Cina India Muslim (masyarakat india yang datang dari India dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Peranakan Jawi (Hasil perkahwinan campur antara golongan IndiaMuslim
dengan wanita Melayu Pulau Pinang. Dikenali sebagai anak mami) Serani
21. Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli Terdiri daripada 3 kelompok utama
iaitu Negrito (Kensui di Baling, Kintak dan Lanoh di Hulu Perak, Bateq di Kuala
Lipis, Besut dan Kuala Krai) Senoi (Temiar di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan
Gua Musang, Semai di Kuala Lipis, Raub, Hulu Selangor, Semaq Beri di Jerantut
dan Hulu Trengganu, Mehmeri di Kuala Langat, Sepang dan Klang) Orang Asli
(Jakun di Johor dan Pahang, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Selatar di
sekitar Kota Tinggi, Batu Pahat dan Pontian) Mereka terlibat dalam penjualan
rotan, buluh dan sebahagiannya mengusahakan tanaman getah.
22. Perubahan Masyarakat Majmuk Perubahan boleh berlaku dalam konteks
masyarakat majmuk jika berlaku perubahan dalam Perubahan Sistem Pentabiran
dan Kepimpinan dalam negara seperti pada peristiwa Malayan Union.
Perlembagaan Perundangan Dasar Kerajaan Tolak ansur budaya Penyelarasan
sistem pendidikan Toleransi politik
23. Kesan Perubahan Masyarakat Majmuk Percampuran budaya Perubahan hak
(Pertambahan/Pengurangan) Perubahan status sesuatu masyarakat atau
bangsa. Satu bangsa satu negara Kehilangan budaya asal sesuatu kaum
24. Kebudayaan Malaysia Kebudayaan Masyarakat Melayu Kebudayaan Cina
Kebudayaan India Kebudayaan Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli
Kebudayaan Masyarakat Sabah & Sarawak Kebudayaan kelompok minoriti yang
lain Sikh Serani Keagamaan Perayaan Pakaian Makanan Seni bela diri Tarian
Adat Pertunangan Adat Perkahwinan Adat Menyambut Kelahiran Upacara
Kematian Perubatan
25. Hubungan Etnik di Malaysia Pada asasnya hubungan antara kaum adalah
baik. Bagaimanapun adakalanya hubungan antara kaum dan etnik boleh menjadi
tegang. Contoh peristiwa : 13 Mei 1969, Taman Medan 2000. Faktor
penyumbang kepada masalah integrasi atau faktor mempengaruhi hubungan
etnik di Malaysia Dasar Pecah dan Perintah Politik Perkauman (Communalism)
Perbezaan fahaman dan orientasi politik. Perbezaan agama, sistem kepercayaan
dan kebudayaan Penggunaan akhbar berbeza-beza Sistem persekolahan yang
beraneka ragam Sikap prasangka
26. Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan dan Integrasi secara umum
adalah merujuk kepada proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi
satu unit. Perpaduan Merujuk kepada hubungan luaran. (Campur) Proses
penyatuan pelbagai kumpulan etnik & latarbelang sosial serta budaya yang
berlainan ke dalam satu entiti fizikal yang dilaksanakan melalui struktur dan
peraturan yang diperkenalkan supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan
sayangkan tanah air. Integrasi berlaku dalam konteks yang lebih luas dan dan
lebih kukuh kerana ia adalah hasil daripada hubungan dalaman (Gaul) Proses
penyatuan kumpulan yang pelbagai latarbelakang ke dalam satu entiti yang
diikuti norma, nilai dan kepentingan yang seragam. Elemen terpenting dalam
integrasi adalah perasaan sense of belonging yang dimiliki oleh setiap individu
yang akhirnya akan mewujudkan ikatan dalaman yang lebih kukuh.
27. Tahap Hubungan Antara Kaum Secara Umum Tinggal Bersama (Stage of co-
existance) Kekerapan kontak luaran (Stage of frequent external contact)
sekerap mana mereka bertemu untuk suatu keperluan dan kepentingan tertentu
seperti berniaga dan mendapatkan barang keperluan asas bagi kehidupan
seharian Tahap Kompromi (Stage of Compromise) Tahap Perpaduan (Stage of
Unity) Tahap Integrasi (Stage of Integration)
28. Teori & Tahap Hubungan Kaum Proses Integrasi Mengikut Peringkat Rendah
- Tinggi (1) Segregation Asimilasi Struktur (2) Accomodation (4) Amalgamation
(3) Assimilation A+B+C=A Low Level of Integration High Level of Integration
Ai+B+C=Ai+Bi+Ci A+B+C=D A+B+C=A+B+C (Pluralisme) Ab+B+C=Ab+Bb+Cb
Asimilasi Budaya Acculturation
29. Hubungan Antara Etnik Hubungan etnik boleh dilihat dan diukur dari segi
tahap kedekatan atau darjah kehampiran. Di peringkat awal hubungan antara
etnik pada kebiasaannya bermula dengan satu bentuk hubungan yang
berasingan dan terpisah (segregasi) sehinggalah kepada satu tahap hubungan
yang berbentuk kukuh dan sebati (Amalgamasi) di peringkat akhir.
30. Tahap Segregasi Segregasi adalah merujuk kepada proses atau suasana
pengasingan dan juga pemisahan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan
etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa
keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau sebaliknya (seperti dasar aparthied di Afrika).
31. Akomodasi Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yang
lain tetapi pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing (Pluralisme) Formula: A + B + C = A + B + C dimana A, B & C adalah
merujuk kepada budaya
32. Akomodasi (samb) Proses Akomodasi berlaku apabila apabila kelompok-
kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan
konflik dengan mengadakan interaksi secara aman dan damai sama ada untuk
sementara atau kekal. Suasana kompromi ini seterusnya membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang
berasingan. Diamalkan secara meluas di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik
bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan
pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas
bagi tiap-tiap kelompok etnik). Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar
untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau
berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap
golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.
33. Pluralisme Formula : A + B + C= A + B + C ABC kekalkan ciri kelompok dan
budaya masing-masing Konsep ini mempertahankan kepelbagaian kumpulan
etnik dalam masyarakat. Bertentangan dengan konsep asimilasi & amalgamasi
Berasaskan teori kepelbagaian punca kekuatan Percantuman pelbagai etnik akan
mengayakan lagi warisan sesebuah masyarakat 2 jenis : Pluralisme Kebudayaan
& Pluralisme Ubahsuaian
34. Pluralisme Kebudayaan Formula: Ab + Bb + Cb= Ab + Bb + CAb Masih
kekalkan kepelbagaian kump etnik tetapi serba sedikit terpengaruh dengan
budaya etnik lain hasil dari interaksi setempat Pengubahsuaian berlaku bila etnik
yang mempertahankan kepelbagaian menerima sedikit budaya etnik lain Proses
integrasi yang menekankan pengekalan kebudayaan pelbagai etnik termasuk
etnik minoriti Integrasi masih boleh dicapai walaupun setiap etnik cenderunguntuk
mengekalkan identiti kehidupan masing-masing Andaian asas: setiap etnik
punyai hak kekalkan warisan psikologi masing-masing. Lebih-lebih lagi
perbezaan & kepelbagaian budaya dalam masyarakat adalah sesuatu yang lazim
& susah dielak, Akhirnya kepelbagaian jadi pemangkin untuk kukuhkan negara
Antara faedahnya adalah kepelbagaian budaya menyebabkan Malaysia jadi
tumpuan pelancong
35. Pluralisme Ubahsuaian Berdasarkan Formula : A + B + C = A1 + B1+C1
A1,B1 & C1 merupakan etnik asal yang sudah mengubah amalan budaya asal
kesan interaksi sosial dengan masyarakat setempat Proses kepelbagaian cara
hidup dimana sesuatu kumpulan etnik terpengaruh dengan budaya lain Proses
integrasi yang paling banyak dan meluas di Msia Contoh dapat dilihat melalui
pertukaran budaya antara bangsa Melyu, Cina dan India dalam soalan pilihan
makanan. Orang Melayu menerima roti canai, Orang India dapat menerima Yong
Tau Fu, manakala Orang Cina dapat menerima nasi lemak
36. Asimilasi Proses Asimilasi adalah merupakan satu proses percantuman dan
penyatuan antara kelompok atau individu yang datang dari etnik dan kebudayaan
yang berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan. Satu proses
yang berlaku apabila mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan secara
berlainan, akhirnya bersatu dlm kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Formula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan
etnik minoriti. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
37. Asimilasi (samb) Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaks yang
erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.
Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:
Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.
Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. Terdapat banyak
persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat
dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti
dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
38. Asimilasi (samb) Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih
kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya
besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada
golongan majoriti sukar diasimilasikan. Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami
proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama)
disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai. Asimilasi terbahagi 2= Budaya &
Struktur
39. Asimilasi Budaya Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada
suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada
hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka
masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau
kedua-dua budaya tersebut. Formula : Ab + B + C = Ab + Bb+ Cb A mewakili
kelompok etnik majoriti ; B + C mewakili kelompok etnik minoriti; b mewakili
budaya Kelompok minoriti hanya pelajari & amal aspek budaya shj dr kelompok
majoriti. Cth adat resam, ilmu pengetahuan & bahasa Hasil daripada akulturasi
ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok
adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan
40. Asimilasi Struktur Formula : Ai + B + C= Ai + Bi + Ci A mewakili kelompok
majoriti B + C mewakili kelompok etnik minoriti i mewakili institusi Kelompok
minoriti menyertai institusi utama; Contohnya penyertaan dalam institusi politik,
sosial, ekonomi dan pendidikan. Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal
cuma mengalami perubahan dengan menyertai struktur majoriti - DEB, sekolah
kebangsaan, BN
41. Amalgamasi Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi
biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu
bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui
beberapa generasi. Formula: A + B + C = D A,B dan C mewakili kumpulan etnik
yg berlainan. D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B
dan C. Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan
kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup
melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).
42. Arah Pergerakan Dalam Hubungan Kaum
43. Sorotan Sejarah dalam hubungan Kaum di Malaysia antara 1500-2000
44. Halangan Integrasi Nasional Sifat Prasangka Fahaman perkauman
Perbezaan bangsa, bahasa, agama, budaya, pendidikan, fahaman dan orientasi
politik. Ethnosentrisme
45. Cabaran pembinaan negara bangsa Mewujudkan Perpaduan Kehilangan
budaya dan identiti kaum Cabaran mewujudkan identitit nasional Kekuatan dan
jati diri. Agihan kekayaan secara adil
46. Kaedah Menyatupadukan Masyarakat Malaysia 1. Strategi Perundangan
Peruntukan Perlembagaan Penguatkuasaan undang-undang yang berperanan
mencegah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan. 2.
Strategi Politik Politik perikatan Rukunegara 3. Strategi Ekonomi Agihan
kekayaan secara adil dan penghapusan jurang kemiskinan relatif. Cth: DEB.
47. Kaedah Menyatupadukan Masyarakat Malaysia (samb) 4. Strategi Sosial
Satu bahasa Satu akhbar Sistem persekolahan dan kandungan silibus yang
seragam Pengenalan matapelajaran wajib LAN Garis panduan penyiaran yang
seragam
48. Penutup Perbincangan berkenaan soal perpaduan dan integrasi diikuti
dengan pemahaman yang mendalam betapa perlunya keamanan negara
dipelihara dan dikekalkan adalah amat penting kerana secara umumnya tidak
akan ada kemajuan tanpa keamanan.
49. Rujukan Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan(1997). Kenegaraan
Malaysia. Serdang : Penerbit UPM. Furnivall, J.S. (1948) Colonial Policy and
Practices . London : Cambridge University Press. Nazaruddin Hj. Mohd Jali, et.al
(2003). Malaysian Studies : Nationhood and Citizenship. Edisi ke-1 Petaling Jaya:
Pearson Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai