Anda di halaman 1dari 22

Objektif pembelajaran

Di akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:


Menyatakan definisi parasitologi perubatan
Menyatakan istilah asas yang penting dalam parasitologi
menerangkan patogenesis penyakit, faktor yang
mempengaruhi penyebaran infeksi parasit, diagnosis dan
rawatan
Menerangkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan

Parasitologi Perubatan

-Kajian sains tentang parasit dan perhubungan di
antara parasit dengan hos (perumah).

Atau;

-Satu bidang sains yg mengkaji organisma-organisma
yg memperolehi makanan drp perumahnya semasa
tinggal secara tetap ataupun sementara, samada di
dalam ataupun di luar tubuh perumahnya.
DEFINISI: ISTILAH-ISTILAH PENTING

i. Parasit - Sesuatu organisma yang hidup pada permukaan
badan atau di dalam organisma lain secara
sementara atau tetap dan memperolehi makanan
daripada perumah berkenaan.

ii. Perumah / host - Haiwan atau organisma yang menyokong/
menanggung kehidupan sesuatu organisma lain samada
pada permukaan atau di dalam badannya.

iii. Zoonosis -Evolusi penyakit dan infeksi yang
ditransmisikan secara semulajadi antara haiwan vertebrat
dengan manusia.
-Cth: Rabies oleh anjing gila.

iv. Vektor Pemindah parasit
Jenis
jenis
Parasit
Ektoparasit
Endoparasit
Parasit sementara
Parasit tetap
Parasit obligat
Parasit Fakultatif
Jenis Jenis Parasit
1. Ektoparasit - Parasit yang hidup pada permukaan perumahnya dan
mengakibatkan infeksi pd kulit atau mukosa.
Cth:Nyamuk

2. Endoparasit - -Parasit yang hidup di dalam badan
perumahnya dan mengakibatkan infeksi. Banyak terdapat pada;
-darah
-tisu
-rongga
-lain-lain organ
Cth: Plasmodium

3. Parasit Sementara
-Parasit yg kadang-kadang mengunjungi perumahnya setakat untuk
mendapatkan makanan sahaja.
-Cth: Nyamuk



4. Parasit tetap
-Parasit yg hidup di dalam atau di permukaan badan
perumahnya seumur hidup parasit itu.
-Cth: Cacing gelang

5. Parasit obligat
-Parasit yg tidak dapat menyempurnakan kitaran hidupnya
tanpa perumah (bergantung sepenuhnya pd hos).
-cth: cacing gelang

6. Parasit Fakultatif
-Parasit yang berupaya hidup bebas di luar hos.


Jenis
Jenis
Perumah
Perumah definitif
Perumah Fakultatif
Perumah Paratenik
Perumah Sarang
Perumah Kolam (reservoir)
Perumah Perantara
Jenis - Jenis Perumah
Perumah definitif (hos akhir)
- Perumah yang menyokong peringkat parasit dewasa dan
peringkat parasit yang membiak secara seks. Amnya ,
manusia merupakan perumah definitif bagi kebanyakan
parasit.

Perumah fakultatif
-

Perumah perantara
- Perumah yg menyokong perkembangan dan/ atau
penggandaan parasit peringkat larva .


3. Perumah paratenik
-Perumah yg menyokong sesuatu larva parasit yg
dapat hidup di dalam badan perumah tanpa pembesaran
parasit itu.

4. Perumah sarang
-Suatu perumah haiwan dalam mana infeksi berlaku .
Perumah ini menjadikan sumber infeksi yang boleh
ditransmisikan kepada manusia

5.Perumah Kolam (reservoir)
-haiwan yg mempunyai parasit yg sama seperti yg terdpt dalam
manusia.
-sumber jangkitan dan kawalan adalah sukar.



Hubungan Parasit Perumah
Paratisme Parasit yang menyebabkan kerosakan kepada
perumah
Contoh:

Komensalisme parasit yang m,endapat faedah daripada
perumah tanpa menyebabkan kerosakan yang ketara pada
perumah.
contoh: Entamoeba coli pada usus besar(kolon) manusia
Vektor
Vektor mekanik - pemindah parasit yang tidak
penting dalam kitaran hidup parasit

Vektor biologi- pemindah parasit yang penting
dalam kitaran hidup parasit.
-Kod Nomenklatur Zoologikal mengkelaskan
parasit kpd kelas-kelas berlainan berpandukan
ciri-ciri berikut;

1.Spesis
-asal dari satu unit klasifikasi
-satu kumpulan individu yg mempunyai watak yg
sama.
-mempunyai satu atau beberapa watak bandingan.
-wujud dari satu keturunan yg sama.
-boleh membiak diantara mereka dan
menghasilkan zuriat yg menyerupai keturunan
asal.



2.Genus
-dua atau lebih kumpulan spesis yg mempunyai
watak yg sama menjadikan satu genus.

3.Famili
-dua atau lebih kumpulan genus yg sama wataknya
menjadi satu famili.

4.Order
-beberapa kumpulan famili yg sama wataknya
menjadikan satu kumpulan order.

5. Kelas
-beberapa kumpulan order yg sama wataknya
menjadikan satu kumpulan kelas.

6.Filum (phylum)
-beberapa kumpulan kelas menjadikan satu filum
dan kesemua filum menjadikan kingdom.

Klasifikasi Parasit
1.Protozoa
-Haiwan yang terdiri daripada satu sel (Unisel)

2. Helminthes
-Cacing yang hidup sebagai parasit

3. Artropod
-Serangga dan haiwan invertebrata yang berkaki
ruas.

Protozoa
Helminth
Artropoda
BUKU RUJUKAN
a.Vijaya T.[1985].Parasitologi Perubatan.DBP:KL

b.Arbain Kadri[1989].Parasitologi Asas.DBP:KL.

C.Viqar Z &A.K.Loh[1994].Handbook of Medical
Parasitology [3rd ed]. K.C. Ang Publishing:Spore.

d. Haiwan sebagai agen dan vektor penyakit manusia.
Faust.Beaver.Jung terjemahan Kumpulan pensyarah
jabatan parasitologi Fakulti Perubatan UKM.







The beauty of the world can only be seen by happy
heart

Anda mungkin juga menyukai