Anda di halaman 1dari 22

Objektif pembelajaran

Di akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:


• Menyatakan definisi parasitologi perubatan
• Menyatakan istilah asas yang penting dalam
parasitologi
• menerangkan patogenesis penyakit, faktor yang
mempengaruhi penyebaran infeksi parasit, diagnosis
dan rawatan
• Menerangkan langkah-langkah kawalan dan
pencegahan
Parasitologi Perubatan
-Kajian sains tentang parasit dan perhubungan di
antara parasit dengan hos (perumah).
Atau;
-Satu bidang sains yg mengkaji organisma-organisma
yg memperolehi makanan drp perumahnya semasa
tinggal secara tetap ataupun sementara, samada di
dalam ataupun di luar tubuh perumahnya.
DEFINISI: ISTILAH-ISTILAH PENTING
i. Parasit - Sesuatu organisma yang hidup pada permukaan
badan atau di dalam organisma lain secara
sementara atau tetap dan memperolehi makanan
daripada perumah berkenaan.
ii. Perumah / host - Haiwan atau organisma yang menyokong/
menanggung kehidupan sesuatu organisma lain samada
pada permukaan atau di dalam badannya.

iii. Zoonosis -Evolusi penyakit dan infeksi yang


ditransmisikan secara semulajadi antara haiwan vertebrat
dengan manusia.
-Cth: Rabies oleh anjing gila.
iv. Vektor – Pemindah parasit
Ektoparasit

Endoparasit

Parasit sementara
Jenis
jenis Parasit tetap
Parasit
Parasit obligat

Parasit Fakultatif
Jenis – Jenis Parasit
1. Ektoparasit - Parasit yang hidup pada permukaan perumahnya dan
mengakibatkan infeksi pd kulit atau mukosa.
Cth:Nyamuk

2. Endoparasit - -Parasit yang hidup di dalam badan


perumahnya dan mengakibatkan infeksi. Banyak terdapat pada;
-darah
-tisu
-rongga
-lain-lain organ
Cth: Plasmodium
3. Parasit Sementara
-Parasit yg kadang-kadang mengunjungi perumahnya setakat untuk
mendapatkan makanan sahaja.
-Cth: Nyamuk
4. Parasit tetap
-Parasit yg hidup di dalam atau di permukaan badan
perumahnya seumur hidup parasit itu.
-Cth: Cacing gelang

5. Parasit obligat
-Parasit yg tidak dapat menyempurnakan kitaran hidupnya
tanpa perumah (bergantung sepenuhnya pd hos).
-cth: cacing gelang

6. Parasit Fakultatif
-Parasit yang berupaya hidup bebas di luar hos.
Jenis Perumah definitif
Jenis
Perumah
Perumah Fakultatif

Perumah Perantara

Perumah Paratenik

Perumah Sarang

Perumah Kolam (reservoir)


Jenis - Jenis Perumah
• Perumah definitif (hos akhir)
- Perumah yang menyokong peringkat parasit dewasa dan peringkat
parasit yang membiak secara seks. Amnya , manusia merupakan
perumah definitif bagi kebanyakan parasit.

• Perumah fakultatif
-

• Perumah perantara
- Perumah yg menyokong perkembangan dan/ atau penggandaan
parasit peringkat larva .
3. Perumah paratenik
-Perumah yg menyokong sesuatu larva parasit yg
dapat hidup di dalam badan perumah tanpa pembesaran
parasit itu.

4. Perumah sarang
-Suatu perumah haiwan dalam mana infeksi berlaku .
Perumah ini menjadikan sumber infeksi yang boleh
ditransmisikan kepada manusia

5.Perumah Kolam (reservoir)


-haiwan yg mempunyai parasit yg sama seperti yg terdpt dalam
manusia.
-sumber jangkitan dan kawalan adalah sukar.
Hubungan Parasit – Perumah
• Paratisme – Parasit yang menyebabkan kerosakan
kepada perumah
Contoh:

• Komensalisme – parasit yang m,endapat faedah


daripada perumah tanpa menyebabkan kerosakan
yang ketara pada perumah.
contoh: Entamoeba coli pada usus besar(kolon)
manusia
Vektor
• Vektor mekanik - pemindah parasit yang tidak
penting dalam kitaran hidup parasit

• Vektor biologi- pemindah parasit yang penting


dalam kitaran hidup parasit.
-Kod Nomenklatur Zoologikal mengkelaskan
parasit kpd kelas-kelas berlainan berpandukan
ciri-ciri berikut;

1.Spesis
-asal dari satu unit klasifikasi
-satu kumpulan individu yg mempunyai watak yg
sama.
-mempunyai satu atau beberapa watak bandingan.
-wujud dari satu keturunan yg sama.
-boleh membiak diantara mereka dan
menghasilkan zuriat yg menyerupai keturunan
asal.
2.Genus
-dua atau lebih kumpulan spesis yg mempunyai
watak yg sama menjadikan satu genus.

3.Famili
-dua atau lebih kumpulan genus yg sama wataknya
menjadi satu famili.

4.Order
-beberapa kumpulan famili yg sama wataknya
menjadikan satu kumpulan order.
5. Kelas
-beberapa kumpulan order yg sama wataknya
menjadikan satu kumpulan kelas.

6.Filum (phylum)
-beberapa kumpulan kelas menjadikan satu filum
dan kesemua filum menjadikan kingdom.
Klasifikasi Parasit
1.Protozoa
-Haiwan yang terdiri daripada satu sel (Unisel)

2. Helminthes
-Cacing yang hidup sebagai parasit

3. Artropod
-Serangga dan haiwan invertebrata yang
berkaki ruas.
Protozoa
Helminth
Artropoda
BUKU RUJUKAN
a.Vijaya T.[1985].Parasitologi Perubatan.DBP:KL

b.Arbain Kadri[1989].Parasitologi Asas.DBP:KL.

C.Viqar Z &A.K.Loh[1994].Handbook of Medical


Parasitology [3rd ed]. K.C. Ang
Publishing:S’pore.

d. Haiwan sebagai agen dan vektor penyakit


manusia. Faust.Beaver.Jung terjemahan
Kumpulan pensyarah jabatan parasitologi
Fakulti Perubatan UKM.
• “The beauty of the world can only be seen by happy
heart”

Anda mungkin juga menyukai