Anda di halaman 1dari 24

UNIT 1

PENGENALAN
PENULISAN ILMIAH
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
PENGENALAN
• Penulisan merupakan salah satu cabang komunikasi
yang penting kepada manusia.

• Kemahiran menulis melibatkan kemahiran menaakul,


membaca, mengumpul fakta, menilai, memilih dan
membina hujah.

• menulis memerlukan latihan yang konsisten agar


penulisan wacana yang dihasilkan lebih bermutu.
DEFINISI PENULISAN ILMIAH
• dikenali dengan beberapa istilah seperti penulisan
akademik, penulisan saintifik, penulisan bermaklumat
dan penulisan deskriptif.
• Menurut pandangan Sivachandralingam (2001),
penulisan ilmiah ialah penulisan yang dijalankan
secara ilmiah atau saintifik yang mengkaji secara
teratur dan teliti tentang sesuatu persoalan.
• Kaedah penghasilan penulisan ilmiah adalah dengan
menggunakan kaedah saintifik
JENIS-JENIS PENULISAN ILMIAH

Esei

Buku ilmiah Jurnal

Jenis-
jenis
penulisan

Kertas
Disertasi
persidangan

Tesis
TUJUAN MENULIS PENULISAN ILMIAH

•Menyampaikan maklumat tentang


sesuatu topik atau isu menerusi penulisan
Menyampaikan teks ilmiah, sama ada bersandarkan
maklumat kajian perpustakaan, uji kaji di makmal
atau kerja lapangan kepada khalayak
pembaca.

Menjelaskan •berkait dengan topik dan isu berkaitan.


•Hal ini termasuklah soal topik, konsep, istilah, metodologi
sesuatu idea hinggalah rasional penulisan ilmiah tersebut dihasilkan.

• Penulis menghasilkan sama ada esei ilmiah, tesis, disertasi atau


Menyatakan jenis penulisan ilmiah yang lain untuk membolehkan penulis
berhujah secara ilmiah.
• Penulis boleh membuktikan pernyataan, tesis, hipotesis atau
hujah sesuatu teori itu sebagai benar atau tidak benar dengan
menggunakan kaedah ilmiah yang telah diperakukan.
CIRI-CIRI PENULISAN ILMIAH

Maklumat yang benar dan sahih seperti fakta,


data, rajah dan carta.

Maklumat diperoleh menerusi sumber primer


atau sekunder.

Mempunyai format yang standard dari segi


Ciri-Ciri Umum kandungan teks, kutipan, rujukan/biblografi,
dan elemen-elemen mekanis

Gaya persembahan penulisan yang formal


meliputi aspek tatabahasa dan laras bidang.

Mengupas dan meneroka sesuatu isu secara


mendalam.
CIRI-CIRI PENULISAN ILMIAH
Fakta disampaikan secara sistematik.

Penulisan yang cermat, tepat, benar dan tidak


membuat andaian.
Tidak mempunyai unsur berat sebelah dan menulis untuk
memenuhi kehendak golongan tertentu.

Bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat


Ciri-Ciri dan tidak bersifat prejudis.

Khusus Tidak bersifat emosional dan perlu mengemukakan sebab


musabab dan pengertian sesuatu masalah atau persoalan.

Setiap pandangan yang dikemukakan disokong


dengan bukti yang nyata dan jelas.
Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan
kebenaran.
Tidak bersifat argumentatif dan persuasif tetapi berjaya
mengubah pandangan pembaca melalui fakta yang dilaporkan
LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN
PENULISAN ILMIAH

Penentuan dan pemilihan tajuk

Mencari dan mengumpul


maklumat

Menulis kerangka penulisan

Menyusun dan menulis

Menyunting
KERANGKA PENULISAN ILMIAH
Tesis/Disertasi
Perakuan Keaslian BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
Pengisytiharaan Status Tesis/Disertasi Pengenalan
Penghargaan
Isi/ Idea
Abstrak
Abstract Rumusan Bab (Pilihan)
Jadual Kandungan
Senarai Jadual BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
Senarai Rajah Pengenalan
Senarai Singkatan Reka Bentuk Kajian
Senarai lampiran
Populasi dan sampel/ peserta/subjek/kes
BAB 1 PENGENALAN Instrumen Kajian Rintis (Jika berkaitan)
Pendahuluan Prosedur Pengumpulan Data
Latar Belakang Kajian Kaedah/Teknik Menganalisis Data
Pernyataan Masalah Rumusan Bab(Pilihan)
Objektif Kajian
Soalan kajian
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
Hipotesis Kajian (Jika perlu)
Kerangka Teori Kajian/ Kerangka Konseptual Kajian
Kepentingan Kajian BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
Batasan kajian
Definisi Operasional
Rumusan Bab (Jika perlu)
Kertas Kerja Persidangan
Muka hadapan
- Tajuk (HURUF BESAR)
- Nama Penulis
- Nama Institusi
- Alamat Emel
- No. Telefon
- Abstrak (BM dan BI)
- Kata Kunci (Sekurang-kurangnya 5 kata kunci)

Kandungan
- Pengenalan
- Objektif
- Metodologi
- Permasalahan
- Analisis dan Perbincangan
- Dapatan dan Rumusan
- Rujukan

Gaya Rujukan
- American Psychological Association (APA)
Ilustrasi
- Lampiran
Esei
1.0 Pengenalan
2.0 Perenggan Isi
2.1 Isi 1/ Subtopik 1
2.2 Isi 2/ Subtopik 2
2.3 Isi 3/ Subtopik 3
2.4 Isi 4/ Subtopik 4 dan seterusnya
3.0 Perenggan Kesimpulan
Bibliografi/Rujukan
Lampiran (Jika ada)
Artikel Jurnal

Pendahuluan
Sorotan Literatur/ Kajian Lampau
Metodologi Kajian
Dapatan dan Analisis Data
Perbincangan
Kesimpulan
Kajian masa hadapan
Penghargaan (Jika ada)
Konflik Kepentingan (Jika Perlu)
Rujukan
Kertas Kerja Projek Ilmiah
Muka Hadapan 6.0 Senarai Nama Perasmi Program dan Tetamu Kehormat
- Tajuk - Penaung
- Tarikh/Hari - Penasihat
- Anjuran - Pengarah
- Setiausaha
(semua ditulis dengan HURUF BESAR)
- Bendahari
- Jawatankuasa Persiapan Tempat
1.0 Pengenalan
- Jawatankuasa Teknikal
2.0 Objektif - Jawatankuasa Jemputan dan Protokol
3.0 Justifikasi - Jawatankuasa Jamuan dan Kebersihan Tempat
4.0 Hasil Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah - Jawatankuasa Pendaftaran
5.0 Perlaksanaan - Jawatankuasa Dokumentasi
- Tarikh - Jawatankuasa Percetakan Sijil
- Hari 1.0 Kumpulan Sasaran/Peserta
- Tempat 2.0 Tentatif Program
3.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan Senarai Tugas
4.0 Anggaran Kewangan
5.0 Keperluan Peralatan
6.0 Penutup
Buku Ilmiah
Prelim
- Judul manuskrip
- Senarai Penulis
- Prakata
- Pengenalan
- Senarai Singkatan
Teks
- Bab-bab
- Bahagian atau sub bab
Akhiran
- Biografi Penulis (Sekiranya ada)
- Glosari (Sekiranya ada)
- Bibliografi
Indeks
PLAGIAT
• plagiarisme yang dilakukan oleh pelajar, profesor atau
penyelidik dianggap sebagai ketidakjujuran akademik atau
kecurangan akademik.

• Sesetengah institusi menggunakan perisian bagi mengesan


plagiarisme untuk mendedahkan plagiat dan menghalang
pelajar dari melakukan aspek plagiat.

• Sesetengah universiti menangani isu integriti akademik


dengan menyediakan pelajar dengan orientasi secara
menyeluruh, kursus penulisan dan kod undang-undang
kecurangan akademik yang jelas dinyatakan.
• Plagiarisme dianggap sebagai pelanggaran etika dan
pelaku yang tertangkap pada kebiasaanya menghadapi
langkah-langkah tatatertib.

• Bagi profesor atau penyelidik, plagiarisme dihukum


dengan pengantungan atau penamatan profesionalisme
bersama-sama dengan hilangnya kredibiliti dan integriti.

• Dakwaan terhadap pelajar dan profesor yang melakukan


plagiat akan dilaksanakan oleh jawatankuasa tatatertib
dalaman.
Faktor-Faktor Plagiat
-Tidak mengetahui cara membuat kutipan dengan betul.

-Tidak mengetahui cara membuat kajian dengan betul.

-Mempunyai rasa ragu-ragu sama ada mereka membina


penulisan ilmiah dengan tepat atau tidak.

-Tidak memahami konsep plagiarisme.

-Pengajar tidak menguatkuasakan peraturan.

-Pelajar tidak memahami matlamat pengajian.

-Plagiarisme telah terbudaya.


Bentuk Plagiat
-Menghantar tugasan seseorang sebagai tugasan mereka sendiri.

-Mengambil laluan mudah daripada kerja sendiri yang telah


disemak ke dalam tugasan baharu tanpa menambah petikan/
kutipan.

-Menulis semula hasil kerja seseorang tanpa memberi sumber


yang betul.

-Menggunakan petikan/kutipan tetapi tidak meletakkan sumber.

-Meletakkan pelbagai sumber tetapi tidak meletakkan kutipan.

-Memetik beberapa sumber, tetapi tidak semua petikan diberi


sumber yang berkait.
-Menulis satu bahagian petikan dengan betul, tetapi
gagal untuk mengubah struktur dan kata-kata idea
mengikut kaedah yang ditetapkan.

-Menterjemahkan suatu bahasa dengan bahasa yang


lain tanpa meletakkan sumber yang bersesuaian.

-Terlalu banyak bergantung pada hasil kerja orang lain.

-Membeli penulisan daripada mana-mana individu atau


syarikat penulisan.
Cara Mengelakkan Plagiat

Membuat kutipan
langsung daripada
sumber yang dirujuk.

Membuat kutipan tidak


Cara Mengelakkan langsung, iaitu membuat
Plagiat parafrasa dan
meringkaskan maklumat.

Meletakkan senarai
rujukan atau bibliografi
pada akhir penulisan
LATIHAN KENDIRI
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai