Anda di halaman 1dari 19

PENILAIAN PERISIAN PPBK

1.0 Pendahuluan
Strategi menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran banyak
digunakan dalam institusi pendidikan . Pengajaran berasaskan komputer
meninggalkan beberapa kesan positif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran telah
memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di
samping dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Oleh
kerana penggunaan komputer dalam pengajaran semakin diperluaskan ,
penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer perlu dilaksanakan
dengan sebaiknya agar ianya benar-benar dapat memberikan kesan yang
mendalam dalam proses pengajaran pembelajaran. Penilaian bertujuan untuk
mengukur sama ada tercapainya objektif pembinaan perisian PPBK. Penilaian
perisian PPBK ini memerlukan satu perancangan yang teliti seperti apa yang
hendak dinilai, bagaimana menilainya serta siapa yang akan menjalankan
penilaian ini serta sasaran penilai. Penilaian perisian pembelajaran PPBK ini
dijalankan agar bahan yang dihasilkan benar-benar dapat menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu bagi pereka perisian atau
pembinanya ,proses penilaian ini akan menjamin mutu penghasilan bahan untuk
mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu. Penilaian perisian PPBK ini
merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk pengajaran ,grafik ,cirri-ciri
teknikal dan instrumen penilaian yang disediakan untuk kegunaan penilai.

2.0 Rancangan Penilaian

Menurut Alessi and Trolip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa
langkah iaitu,
a) melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting
b) mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari
dokumentasi yang dilampirkan untuk disalin ke borang penilaian.
c) Menggunkan perisian kursus pada komputer dari awal hingga
akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada .
d) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.

Menurut Norhashimah (1996) tumpuan penilai apabila menilai
sesebuah perisian kursus ialah
a. ) senang untuk diedarkan kepada pelajar.
b. ) mempunyai dokumentasi yang lengkap.
c. ) mempunyai panduan pengguna yang jelas.
d. ) skrin yang ramah pengguna.
e. ) menggunakan ruang ingatan yang optima.
f. ) dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.

Proses penilaian perisian kursus PPBK bertajuk asas perkakasan
komputer ini mengambil kira isi kandungan perisian yang dibina.
Aspek-aspek seperti kesesuaian isi kandungan kepada pelajar,
mencapai objektif topik dengan jelas secara eksplisit atau implisit,aspek
nilai-nilai murni dan ketepatan isi kandungan. Aspek pedagogi
juga dipertimbangkan seperti maklumbalas perisian terhadap pelajar
semasa berinteraksi dengan komputer. Perisian yang baik juga mudah
digunakan dan cukup menarik kepada pengguna. Penilaian perisian
kursus ini akan dilaksanakan melalui penilaian sumatif dan penilaian
formatif.
Menurut Flagg(1990) penilaian formatif ialah koleksi
maklumat yang sistematik untuk tujuan membuat keputusan bagi
merekabentuk dan memperbaiki sesuatu perisian atau bahan.Penulaian
terhadap perisian ini dijalankan semasa pembangunan dan juga
semasa proses pembaikan perisian melalui kaedah
temubual,pemerhatian dan analisa rekod. Pengunpulan data akan
dilakukan secara tidak formal dan ianya dilakukan secara berterusan
bagi setiap langkah pembangunan perisian. Penilaian formatif
dilakukan untuk menilai bahan-bahan interaktif seperti
hiperteks/hypermedia dan ianya menekankan kepentingan
maklumbalas dan interaksi dikalangan pengguna. Penilaian sumatif
pula akan digunakan untuk mengumpul maklumat dan
menggunakannya untuk membuat keputusan tentang penggunaan .
Penilaian ini akan dijalankan selepas tamat penghasilan dan
penggunaan sesuatu perisian. Dalam penilaian sumatif kaedah yang
digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan untuk
penilaian ini ialah item-item soal selidik yang berdasarkan jawapan ya
atau tidak dengan ruangan komen akan disediakan untuk diisi oleh
sasaran penilaian. Penilai sasaran terdiri daripada
a) Pelajar ( peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam
Pendidikan
b) Guru / Pengajar / pensyarah
c) Pengkali / penulis
d) Pakar pengaturcaraan

a) Satu senarai semak akan digunakan bagi menilainya dan
diedarkan kepada penilai sasaran iaitu 40 orang peserta kursus
KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan ,pensyarah dan
pakar pengaturcaraan perisian PPBK di salah sebuah
maktab perguruan. Satelah selesai menggunakan perisian
PPBK bertajuk Asas Perkakasan Komputer ini, borang penilaian
akan diedarkan dan penilai sasaran ini akan mengisi
borang menjawab menjawab beberapa soalan dan item yang
dikemukakan dalam senarai semak yang terdapat dalam borang
penilaian ini.
b) Penulis akan membuat pemerhatian dan mendapatkan beberapa
maklumat atau maklumbalas melalui temubual yang
dilakukan terhadap beberapa lima pelajar yang menggunakan
perisian ini, dua orang pensyarah yang mengajar subjek dan dua
orang pakar pengaturcaraan perisian PPBK yang dikenalpasti di
kalanagan tenaga pengajar yang ada.
c) Guru atau tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran matapelajaran perkakasan Komputer juga
akan memberikan maklumbalas mengenai perisian ini dengan
mengisi borang senarai semaka yang disediakan. Satu sesi
temubual akan dilakukan oleh penulis dengan guru berkenaan
untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai mutu perisian,
kesesuaian kandungan ,grafik,audio , kesesuaian perisian .
d) Beberapa orang pakar pengaturcaraan perisian PPBK dan
matapelajaran akan membuat penilaian terhadap perisian ini.
Penilai akan memberikan maklumbalas dari segi mutu,kualiti
kandungan perisian,persembahan,rekabentuk pengajaran dan
teknikal. Satu instrumen penilaian akan digunakan oleh
jawatankuasa ini.

3.0 Kaedah Pengumpulan Maklumat

a) Temubual
Pada peringkat awalnya penulis akan membuat temubual secara
terancang dengan beberapa orang peserta kursus dan juga pensyarah
atau guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
subjek asas perkakasan komputer . Tujuan temubual ini dilakukan ialah
untuk mendapatkan maklumbalas dan juga sebarapa banyak maklumat
yang tepat dan berkaitan dengan masalah yang wujud dalam proses
pembelajaran sekarang. Maklumat yang diperolehi itu akan
dikumpulkan dan direkodkan .Soalan- soalan yang akan dikemukakan
itu berdasarkan kepada satu senarai semak yang mengandungi item-
item berikut.
i. Kandungan tajuk yang sedang dipelajari
ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
ii. Aktiviti dan latihan yang dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
iii. Bahan bantu mengajar yang digunakan.
iv. Proses penilaian yang dilakukan .
v. Bahan sokongan lain yang digunakan untuk proses pengajaran
pembelajaran

b) Pemerhatian
Preose pemerhatian akan dibuat oleh penulis terhadap perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran subjek asas perkakasan komputer . Satu
senarai semak akan digunakan oleh penulis semasa proses
pemerhatian ini . Melalui senarai semak ini pemerhati hanya perlu
merekodkannya pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke atas proses
pembelajaran asas perkakasan komputer bagi mendapatkan
gambaran yang tepat tentang proses pembelajaran di dalam kelas ini.
Pemerhatian berpandukan senarai semak yang telah dibina oleh
penulis yang merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah :
i. Tindakbalas pelajar semasa proses pembelajaran.
ii. Cara pensyarah merangsangkan pelajar.
iii. Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk memahami
proses kerja.
iv. Reaksi pelajar terhadap perisian ini yang menggunakan bahasa
Inggeris.
v. Cara pensyarah mengendalikan alat bantuan mengajar.
vi. Cara pensyarah menilai kefahaman pelajar.
vii. Respon pelajar terhadap contoh kerja yang diberikan kepada
mereka.
viii. Sifat kerjasama antara pelajar semasa membuat latihan.
xi. Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.
x. Kesan strategi pengajaran yang digunakan.

c) Senarai semak
Dalam penilaian perisian kursus ini senarai semak akan digunakan
oleh pengkaji semasa fasa reka bentuk .Senarai semak akan bertindak
sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses reka bentuk.
Panduan ini akan membantu pengkaji untuk membina perisian kursus
berdasarkan matlamat dan objektif yang telah dirangka. Ianya akan
digunakan oleh pengkaji sebagai proses refleksi semasa proses reka
bentuk dijalankan. Senarai semak yang akan digunakan semasa proses
reka bentuk adalah seperti di bawah :

i. Matlamat Dan Objektif kajian

Pembinaan perisian kursus PPBK ini dapat membantu pelajar
memahami tajuk perkakasan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran teknologi maklumat.
1. Penggunaan perisian PPBK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mengenai perkakasan komputer lebih menjimatkan
masa dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar berbanding
dengan kaedah tradisional .
2. Penggunaan perisian kursus PPBK mengenai perkakasan komputer
ini dapat membantu meringankan tugas guru dalam membantu
pelajar memahami tajuk yang disampaikan
3. Perisian ini dapat menyediakan suasana pembelajaran akses kendiri
mengikut tahap dan penguasaan pelajar.


ii. Kelebihan Menggunakan Komputer (teknikal) dan Perlaksanaan
Perisian PPBK

a) Penggunaan unsur-unsur multimedia yang interaktif seperti
grafik,audio,animasi
b) Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya penggunaan
hyperteks.
c) Menjimatkan masa dan kos dan sumber dapat disimpan dan
direkodkan

iii. Strategi Penggunaan Perisian
a) Perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk
matapelajaran asas perkakasan komputer
b) Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar akan menggunakan
perisian ini untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai
perkakasan komputer.
c) Strategi pengajaran pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri
dilaksanakan di mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer dan
perisian mengikut keupayaan masing-masing

iv. Sumber Sokongan Perisian
a) Perisian ini menyediakan panduan penggunaan dan maklumat
tentang spesifikasi keperluan perkakasan komputer yang diperlukan
untuk membolehkan nya digunakan
b) Perisian ini bersifat executable( exe) iaitu boleh dilaksanakan tanpa
bergantung kepada perisian asal atau mana-mana perisian lain.

v. Aspek Pendidikan Dalam Perisian

a) Matlamat pengajaran
Kandungan perisian tersebut sesuai dengan matlamat pengajaran dan
pembelajaran dan mencapai objektif.
Keseluruhan kandungan sukatan dalam perisian menepati kehendak
kurikulum pendidikan.


b) Objektif pembelajaran

Perisian ini sesuai atau boleh membantu mencapai objektif-objektif
pengajaran dan pembelajaran
Mempunyai maklumat yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran
yang boleh membantu pelajar memahami tajuk
Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
pembelajaran
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan adanya integrasi
elemen-elemen multimedia seperti animasi,audio.
Proses pembelajaran dijalankan mengikut keupayaan pelajar
Menyediakan latihan dan aktiviti susulan yang sesuai
.
c) Penerapan Nilai Murni
Terdapat penerapan unsur-unsur nilai murni dalam perisian seperti :
menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam
menyelesaikan sesuatu tugas
Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul
Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan
Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal
untuk mendapat dan menyampaikan maklumat
Memandang tinggi sumbangan multimedia

d) Pensebatian Unsur-Unsur KBKK

Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem komputer serta
menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut
perancangan yang dibuat dengan bantuan perisian
Kebolehan membuat bandinganbeza.

e) Kesesuaian Kandungan
Kandungan perisian menepati kandungan kurikulum
Isi kandungan menepati dan boleh mencapai objektif yang dinyatakan
Perisian ini tidak mengalami kesilapan fakta dan ejaan
Penggunaan bahasa Malaysia yang mudah dan sesuai dengan
sasaran
Perisian menggalakkan interaksi pelajar melalui latihan atau ujian untuk
menggalakkan maklumbalas oleh pelajar.
Perisian menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar dengan
bantuan guru atau sesama pelajar melalui pendekatan konstruktivisme
supaya pelajar lebih efektif.
Perisian yang dibina menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti
susulan yang boleh memperkembangkan kognitif pelajar.


f) Pedagogi
a) Perisian ini sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran
sepertimana yang telah digariskan oleh Gagne (1985) di mana terdapat
sembilan peristiwa pengajaran semasa mengajar seperti
mendapatkan perhatian
menyampaikan objektif pelajaran
mengingatkan semula pelajaran lepas
menyampaikan objektif pelajaran
memberikan contoh yang baik dan sesuai
memberikan latihan
mendapatkan maklumbalas
Memberikan ujian untuk mengukur prestasi
Menyediakan aktiviti pengayaan

b) Perisian yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaran
c) Maklumat yang terdapat dalam perisian adalah tepat dan relevan
dengan objektif pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi pelajar.
d) Perisian juga mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan
minimum daripada guru.
e) Perisian dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna
yang sesuai,animasi,grafik,audio dan sebagainya untuk meningkatkan
motivasi pelajar.
f) Perisian ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi
keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.
g) Kesuaian maklumbalas adalah sesuai dengan objektif pengajaran.
Jenis maklumbalas terdapat dalam perisian ialah bermaklumat,maklum
balas motivasi dan maklumbalas pengesahan.
h) perisian ini mempunyai simpanan rekod prestasi pelajar.
i) panduan pengguna disediakan bagi menerangkan cara-cara
menggunakan perisian .
j) Perisian mudah dikawal oleh pelajar untuk bergerak dari satu bahagian
ke bahagian lain dan boleh berhenti bila-bila masa dan boleh
meneruskan semula pelajaran.
k) Arahan atau panduan disediakan jelas,ringkas teratur ,konsisten .
l) Ujian atau latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan objektif
pengajaran.
m) Terdapat unsur-unsur kreativiti dan Inovarif dalam perisian
n) Mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas
bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan pengguna dan
komputer saling berhubungan antara satu sama lain. Interaktif yang
disediakan sesuai dengan objektif pengajaran.
o) Elemen navigasi menggunakan pendekatan metafora dinamik ,
perpetual unique navigation ,misalnya menu utama
menggunakan topik sebenar dalam sub menu, subtopik.

g) Reka Letak ( Gaya persenbahan)

a) Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan
dipaparkan pada skrin.
b) Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu banyak sehingga
menyukarkan pembacaan pelajar.
c) Teks yang berkaitan dan jelas . warna ,saiz font kontras dengan latarbelakang
disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan jelas.
d) Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu
pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi kandungan
perisian komputer. Imej statik digunakan untuk memberikan gambaran
tentang sesuatu objek,fakta atau konsep.
e) Pemilihan corak latarbelakang yang mengambilkira perkara berikut.
Kapasiti paparan warna pada monitor
Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.
Penggunaan video yang relevan dengan tema perisian
Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian
kursus.

f) Warna jelas,selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik
antara latar belakang dengan imej. Jumlah warna yang digunakan tidak
lebih daripada empat warna dalam satu skrin.

4.0 Semakan Proses Penilaian PPBK



Penilaian
Penilai Kaedah Instrumen
Proses Mentadbir Maklumat
Penilaian
Penilaian
Formatif
Peserta kursus KDP
14 Minggu Komputer
Temubual
Set senarai
semak
Lima orang peserta kursus
yang dipilih untuk ditemubual
terdiri daripada tiga peserta
lelaki dannm dua peserta
perempuan yang mempunyai
tahap pengetahuan dan
kemahiran komputer yang
baik


Pensyarah / tenaga
pengajar
Temubual
Set senarai
semak
Sesi temubual dengan
seorang pensyarah yang
mengajar asas perkakasan
komputer . Soalan yang
dikemukakan adalah
berdasarkan senarai semak
yang telah dibina


Pakar
Pengaturcaraan

Temubual
Set senarai
semak
.Salah seorang daripada
pensyarah yang
dikenalpasti mempunyai
pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang pengaturcaraan
perisian . Sesi temubual akan
dilakukan unrutk
mendapatkan maklumat dan
komen mengenai kesesuaian
perisian dalam pelbagai
aspek .



Peserta kursus KDP
14 Minggu Komputer
dan
Pensyarah / Guru
Pemerhatian
Set senarai
semak
Pemerhatian dibuat dibuat ke
atas satu sesi pembelajaran
asas perkakasan komputer
dan dari pemerhatian
tersebut beberapa maklumat
yang diperlukan akan
diambil untuk melihat
kekuatan dan kelemahan
sistem yang sedia ada dan
keberkesanan pebggunaan
perisian PPBK dalam
pengajaran pembelajaran
tajuk berkenaan.



Pakar
Pengaturcaraan
Perisian PPBK
Temubual
Set senarai
semak
Sesi temubual juga dibuat
pada pakar pengaturcaraan
perisian PPBK untuk
mendapatkan maklumat asas
tentang keperluan perisian
kursus PPBK dalam proses
pengajaran pembelajaran
asas perkakasan komputer.



Penulis Perisian
Pemerhatian
Set senarai
semak
Dalam proses
membangunkan perisian
penulis akan penulis akan
memerhatikan supaya reka
bentuk perisian PPBK yang
dihasilkan akan menepati
kehendak-kehandak dan
keperluan pembangunan
perisian PPBK bertajuk asasa
perkakasan komputer
berpandukan senarai semak
yang telah di bina.

Penilaian
Sumatif
Peserta kursus KDP
14 Minggu Komputer
Tinjauan Soalselidik
Empat puluh orang pelajar
yang sedang mengikuti
kursus KDP 14 minggu
Komputer dalam pendidikan
akan menjawab soalan yang
disediakan dalam borang
soalselidik.


Pensyarah /Guru

Tinjauan Soalselidik

Dua orang tenaga
pengajar yang telibat dalam
pengajaran asas perkakasan
komputer akan menjawab
soalselidik.



Penulis Perisian
Tinjauan Soalselidik

Penulis akan membuat
penilaian dengan menjawab
soslan-soalan
yang disediakan dalam
borang soalselidik .


Tinjauan Soalselidik
Pakar pengaturcaraan
perisian PPBK yang telah
dikenalpasti diminta

Pakar
Pengaturcaraan
Perisian PPBK
untuk menjawab soalselidik .


Jadual 1: Senarai Semakan
Penilaian Perisian PPBK

BORANG PENILAIAN PERISIAN
BAHAGIAN A

Nama Penilai :
Kumpulan Sasar :
Jawatan :
Matapelajaran :
Tarikh :
Keperluan Sistem Komputer :
Intel Pentium II 500 Mhz

Saiz Ingatan :
8 MB RAM

Sistem Operasi :
Windows 98

Strategi Pengajaran :
Tutorial



Perkara Ya Tidak
a) Adakah objektif perisian jelas dinyatakan dengan jelas pada awal
perisian?

b) Adakah objektif relevan dengan peringkat pembelajaran
pelajar?

c) Aspek kandungan yang bersesuaian secara bersiri atau
berturutan.

d) Adakah maklumat dalam kandungan kandungan perisian sesuai dan
terkini?

e) Adakah tahap kesukaran bersesuaian dengan tahap umur dan
peringkat
pembelajaran?

f) Adakah tutor boleh mengubahsuai isi kandungan?

g) Adakah terdapat cadangan aktiviti lain yang bersesuaian dengan
objektif?

h) Adakah kandungan dapat ditukar atau dipindahkan serta kesimpulan
yang
menyeluruh?

i) Adakah perisian menyediakan kepada pengguna panduan
penggunaan

j) Adakah perisian bebas daripada sterotaip?

k) Adakah kandungan pengajaran mengambarkan rangka kurikulum
daripada tajuk?

l) Adakah aras bahasa bersesuaian dengan aras pelajar?

m) Perisian ini menggunakan bahasa Malaysia dan tidak terdapat
sebarang kesalahan
ejaan?



a) Adakah maklumat yang dipersembahkan ada kaitan dengan
pengetahuan
lepas?

b) Adakah perisian memberi maklumbalas yang jelas dan
bersesuaian dengan pelajar?

c). Adakah maklumbalas yang diberikan dapat membantu pelajar?

d) Adakah perisian ini bersifat user friendly dan mudah dikendalikan oleh
pengguna ?

e) Adakah penggunaan paparan, warna,bunyi yang pelbagai dan mode
respon yang
bersesuaian?

f) Adakah bunyi boleh dibuka dan ditutup serta penggunannya
bersesuaian?

g) Rekabentuk dan paparan skrin sesuai dan menarik

h) Integrasi teks dalam perisian ini jelas dan membantu pengguna

i) Pemilihan fon ,saiz dan warna teks bersesuaian dengan paparan
skrin

k) Susunan tajuk dan sub tajuk mudah dikendalikan pengguna

l) Adakah perisian ini menyediakan butang bantuan ?

m) Adakah susunan soalan memudahkan pengguna menjalankan aktiviti
penulaian?




a) Adakah pelajar dapat menggunakan perisian secara bebas dan
tiada gangguan
teknikal?

b) Adakah penggunaan butang bantu(Help) dapat digunakan
dengan
berkesan?

c) Adakah pelajar dapat menjelajah ke mana-mana menu tanpa
mengikut prosedur
tertentu ?

d) Adakah panduan dan arahan penggunaan disediakan dengan
jelas.

e) Adakah gaya persembahan perisian ini dapat
menarik minat pengguna?

f) Ada aktiviti aktiviti pelajar dipelbagai ,sesuai dan menarik minat
pengguna?

g) Adakah dalam perisian terdapat unsur-unsur yang boleh
memotivasikan pengguna
dan memberikan rangsangan untuk terus menggunakan perisian
ini.

h) Adakah perisian ini akan terus dapat meningkatkan motivasi pelajar

i) Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran kendiri

k) Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran koperatif

l) Adakah perisian ini dapat menerapkan nilai-nialai yang baik
terhadap pengguna

m) Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan relevan dan mudah
dilaksanakan



Berdasarkan soalan dibawah , sila berikan komen anda .
a) Adakah kandungan perisian ini menepati sukatan dan objektif
penagajaran dan pembelajaran ?

b) Nyatakan beberapa elemen multimedia yang menarik tentang
rekabentuk perisian ini .


c) Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan dalam perisian ini sesuai
dengan tahap pelajar dan dapat membantu mengukuhkan pengetahuan
pellajar?


d) Berikan beberapa cadangan anda untuk membantu meningkatkan mutu
persembahan perisian ini

Hantar Semula


RUJUKAN

Gagne, Briggs and Wager. 1974. Dalam EdTech'98 Proceedings:Dalgarno
.
Mohd Nasarruddin Ahmad. 1990. Penghasilan dan penilaian satu perisian
penjana ujian: satu kajian. Universiti Sains Malaysia.


Norhashimah Abu Samah.1996. Pengajaran Bantuan Komputer.DBP.Kuala
Lumpur


Reeves, Thomas C. 1991. Ten commandments for the evaluation of
interactive multimedia in higher education. Journal of Computing in Higher
Education Vol. 2: 84-113.


Rozinah Jamaluddin.2000. Asas Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri
pengajian Dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd.


Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran.Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah
Alam

Anda mungkin juga menyukai