Anda di halaman 1dari 13

Perbezaan genre prosa dan puisi

prosa puisi
Seluruh hasil karya sastera lisan dan tulisan
panjang, baik yang berbentuk cerita
ataupun bukan cerita.
Merupakan sebuah warisan teras hati budi
masyarakat melayu yang penuh
kesantunan dan nilai-nilai luhur.
Tiga genre prosa yang sangat popular di
kalangan masyarakat iaitu cerita mitos,
lagenda dan dongeng.
Pengaruh daripada puisi tradisional
menggabungkan nilai etika bahasa dan
ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan
orang melayu.
Terbahagi kepada dua prosa tulis yang
berbentuk cerita, antaranya hikayat, epik,
sastera panji dan sejarah.
Diolah secara berentak dan berirama
dengan pemilih kata yang memikat hati.
Prosa tulis yang bukan cerita antaranya
ialah prosa tentang undang-undang, kitab
dan ilmu tradisional.
Contoh puisi sastera lisan ialah pepatah,
pantun, gurindam dan peribahasa.














CIRI-CIRI
PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN
1. Statis

Kalau kita baca Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,
Hikayat Si Miskin, Hikayat Bangsawan, dan prosa lama
yang lain, bentuknya selalu sama, pola-pola kalimatnya
sama, malahan banyak kalimat dan ungkapan sama betul,
tema ceritanya pun sama.

2. Diferensiasi sedikit
Cerita lama pada umumnya merupakan ikatan unsur-unsur
yang sama karena perhubungan beberapa unsur kuat
sekali.

3. Tradisional
Prosa lama memiliki pola-pola bentuk yang dijadikan
transisi. Kalimat-kalimat dan ungkapan-ungkapan yang
sama terdapat dalam cerita-cerita yang berlainan, bahkan
di dalam satu cerita juga sering diulang-ulang.

4. Terbentuk oleh masyarakat dan hidup di tengah-
tengah masyarakat
Kebanyakan hasil sastra dalam kesusastraan lama tidak
diketahui siapa pengarangnya. Kalau dicantumkan suatu
nama, itu hanya nama penyadur dan bukan nama
pengarang yang sebenarnya. Sebab cerita lama itu hidup
di tengah-tengah masyarakat yang diceritakan secara
turun-temurun.

5. Tidak mengindahkan sejarah atau perhitungan tahun
Rakyat
sentris (keadaan
masyarakat)
Dinamis(bisa
diubah)
Dipengaruhi
sastra Inggris dan
Belanda
Adanya
pengarang

1. Merupakan
puisi rakyat
yang tak dikenal
nama
pengarangnya
2. Disampaikan
lewat mulut ke
mulut, jadi
merupakan
sastra lisan
3. Sangat terikat
oleh aturan-
aturan seperti
jumlah baris tiap
bait, jumlah
suku kata
maupun rima

1. Bentuknya rapi,
simetris;
2. Mempunyai
persajakan akhir
(yang teratur);
3. Banyak
mempergunakan
pola sajak pantun
dan syair
meskipun ada
pola yang lain;
4. Sebagian besar
puisi empat
seuntai;
5. Tiap-tiap barisnya
atas sebuah gatra
(kesatuan
sintaksis)
6. Tiap gatranya
terdiri atas dua
kata (sebagian
besar) : 4-5 suku
kata.

Sejarah menurut pengertian lama adalah karangan tentang
asal usul raja dan kaum bangsawan dan kejadian-kejadian
yang penting, tanpa memperhatikan perurutan waktu dan
kejadian-kejadiannya (tidak kronologis). Nama-nama
tempat terjadinya perisitiwa juga tidak jelas.

6. Bahasanya menunjukkan bentuk-bentuk yang
tradisional


Banyak memakai kata penghubung yang
menyatakan urutan peristiwa, misalnya: harta, syahdan,
maka, arkian, sebermula, dan lalu.
Banyak memakai bentuk yang tetap sehingga
terdapat banyak pengulangan kata, misalnya: Kata sahibul
hikayat, ada sebuah negeri di tanah Andalas Palembang
namanya, Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya
daripada anak cucu Raja Sulan, Muara Tatang nama
sungainya. (dari Sejarah Melayu)
Banyak memakai bentuk partikel pun dan lah
Banyak memakai kalimat inversi, misalnya:
Syahdan maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat
Keling, lalu berperang. Lalu diceritakanlah segala kelakuan
tuan putri dengan nahkoda itu.

7. Pokok Cerita

Selalu raja-raja dengan istananya, pemerintahannya,
orang bawahannya, dan lain-lain. Tidak pernah
menceritakan orang kebanyakan, kalaupun ada, yang
diceritakan adalah orang kebanyakan yang luar biasa.
Misalnya, orang yang sangat dungu atau yang sangat
cerdik dan orang yang selalu malang.















Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i.Prosa
ii.Puisi
Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu:
i.Naratif
ii.Bukan Naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:
i.Naratif Lisan
ii.Naratif Tulisan
Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu:
i.Mitos
ii.Legenda
iii.Cerita Rakyat
Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu:
i.Cerita Jenaka
ii.Cerita Binatang
iii.Cerita Dongeng
Cerita Dongeng ialah:
i.Lipur Lara
ii.Cerita Teladan
Ada dua pengaruh di dalam Naratif Tulisan, iaitu:
i.Pengaruh Hindu
ii.Pengaruh Islam
Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre:
i.Sastera Panji
Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre:
i.Sastera Transisi
Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut:
i.Sastera Hikayat
ii.Sastera Sejarah dan
iii.Sastera Epik.
Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu:
i.Epik Kebangsaan
ii.Epik Melayu-Islam
Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Naratif ialah:
i.Sastera Kitab
ii.Sastera Ketatanegaraan
iii.Sastera Undang-Undang
iv.Sastera Sufi
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
i.Puisi Narati
ii.Puisi Bukan Naratif
Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikan kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari
sudut asal usulnya, iaitu:
i.Puisi Tradisional Warisan Melayu
ii.Puisi Tradisional Warisan Islam
iii.Puisi Tumpangan
Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i.Puisi Tumpangan Warisan Melayu
ii.Puisi Tumpangan Warisan Islam
Rajah 1.10 menyatakan dua kategori puisi tumpangan dan contoh-contohnya.





Puisi tumpangan

Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pula menumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi
Tumpangan Warisan Islam semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa Arab.

Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi sufi. Puisi jenis ini memaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi
jenis ini yang paling terkenal ialah Hamzah Fansuri.



2. Kesusasteraan Melayu Moden
Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini kita akan berbicara tentang novel,
cerpen, drama, sajak, biografi dan esei atau kritikan sahaja.

Rajah di bawah memperjelaskan lagi genre-genre di dalam kesusasteraan melayu moden.





Kesusasteraan Melayu moden


Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang
disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang
disampaikan itu terdiri atas:
i.Plot yang kompleks;
ii.Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;
iii.Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan
iv.Suasana serta latar ceritanya beraneka.


Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen. Istilah novel diambil daripada bahasa
Inggeris. Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda kecil yang baru.


Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya
tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang
pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat
lantaran sifatnya yang relatif.


Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian.
Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan
lain ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.

Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi
permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak
yang difokuskan.

Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da di dalam cerpen Kelapa Nan Sebatang karya Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam serba
kesusahan. Sewaktu menyeberangi sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da berhasrat mengakhiri derita dan kekecewaannya dengan
membunuh diri. Namun demikian, setelah mendapat semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da berjaya menyeberangi sungai itu.

Cerpen biasanya disiarkan di dalam akhbar mingguan dan majalah. Sungguhpun begitu, atas inisiatif pihak-pihak tertentu, cerpen-cerpen
pilihan dikumpul dan dibukukan. Contohnya, kumpulan-kumpulan cerpen Janji Sutinah selenggaraan Rosnah Baharuddin dan Kelapa
Nan Sebatang selenggaraan Ramli Isin dan Razak Mamat.

Ciri-ciri utama drama ialah:
i.Aksi;
ii.Konflik; dan
iii.Persembahannya sekali jalan sahaja.
Jenis-jenisnya ialah:
i.Tragedi;
ii.Komedi;
iii.Tragi-komedi;
iv.Opera;
v.Pantomin; dan
vi.Bangsawan.
Tragedi mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik,
tetapi dia tetap gagal. Contohnya Keris Laksamana Bentanoleh Shaharom Hussain. Drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu
watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. ContohnyaCam Ni Cam
Tu oleh Hafsham.

Ada pula drama yang menggabungkan unsur tragedi dengan komedi. Drama jenis ini dinamakan tragi-komedi. Contohnya Anak Kerbau
Mati Emak karya Bidin Subari. Opera mementaskan sebuah cereka dengan iringan muzik, nyanyian dan lakonan. Cerita-cerita yang
biasanya dipersembahkan ialah cerita daripada Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti Siti Zubaidah Perang China dan Jula Juli
Bintang Tujuh.

Sesebuah drama dapat juga dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi
menunjukkan aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama jenis ini dinamakan pantomin dan ia sering
dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.

Jenis drama yang terakhir ialah bangsawan yang merupakan pementasan yang bercorak tradisional dalam masyarakat Melayu.
Bangsawan amat popular pada era sebelum Perang Dunia Kedua hingga selepasnya. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh
kumpulan-kumpulan bangsawan ini diambil daripada kisah-kisah tentang raja-raja seperti Hikayat Indera Bangsawan.

Antara pengarang yang terkenal dengan karya berbentuk drama dan contoh drama mereka ialah:

i.Mustafa Kamal Yassin Atap Genting Atap Rumbia
ii.Usman Awang Tamu di Bukit Kenny
iii.Noordin Hassan Sirih Bertepuk Pinang Menari
iv.Abdul Rahman Napiah Pengadilan



Biografi bermaksud catatan hidup. Kata biografi ialah cantuman kata bio
yang bererti hidup dan grafi yang bermaksud catatan. Dengan kata lain,
biografi ialah cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah

hidup seseorang. Tokoh di dalam karya biografi biasanya terdiri daripada
pemimpin yang berjasa kepada masyarakat. Contohnya Riwayat Hidup Tun
Datu Mustafa yang ditulis oleh Abdullah Hussain. Lawan kepada biografi
ialah autobiografi, iaitu karya yang mencatat tentang diri sendiri. Contohnya
Hikayat Abdullah yang ditulis oleh Abdullah Munsyi.



Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkan kenyataan yang benar-
benar wujud. Tulisan jenis ini tidak mengandungi unsur khayalan.
Pengarangnya akan membentangkan persoalan kemanusiaan atau
kehidupan yang dihayatinya secara objektif mahupun subjektif berasaskan
niatnya. Di dalam konteks kesusasteraan, esei sastera membicarakan
segala hal yang bersangkutan dengan karya, tokoh, dan isu-isu semasa.


Kritikan bermaksud mempertimbangkan baik buruk sesebuah karya yang telah disiarkan atau dibukukan. Mereka yang menceburi bidang
ini dipanggil kritikus. Kritikus wajib mempunyai ilmu yang mapan untuk menangani sesebuah karya. Kedangkalan ilmu akan
menyebabkan kritikan yang diutarakan itu tidak adil dan saksama. Pada masa ini terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh
para pengkritik untuk menilai sesebuah karya sastera. Hal ini akan dibincangkan kemudian.


Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya
terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada
daripada Indonesia atau Barat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini,
Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi
pelopor puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan
sajaknya ke tengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara
termuat di dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa

Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.


Petikan di atas kelihatan seperti pantun kerana dapat dikesan rangkap dan rima akhirnya. Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan
berima a-b-a-b. Kedua-duanya ialah ciri-ciri pantun. Walau bagaimanapun, puisi di atas telah menyimpang daripada pantun dan syair
kerana tidak ada pembayang, semuanya maksud, dan rima akhirnya bukan a-a-a-a.

Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan kebebasan berkarya. Kebebasan itu bermaksud lari daripada puisi tradisional. Bertitik
tolak dari sinilah lahir sajak-sajak lain yang bebas daripada ikatan puisi tradisional dan menjadi satu genre Kesusasteraan Melayu Moden
yang popular. Sajak telah digunakan untuk:
i.Menyampaikan pemikiran;
ii.Meluahkan perasaan; dan
iii.Menggambarkan sesuatu kejadian.
Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, sajak memenuhi ruang akhbar dan majalah. Kesemuanya dihasilkan khusus untuk
meluahkan perasaan dan membangkitkan semangat juang menentang penjajahan. Selepas itu, sajak menjadi alat untuk mengisi
kemerdekaan, membentuk pemikiran, atau menggerakkan pembangunan. Antara penyair yang terkenal di tanah air sekarang ialah
Usman Awang, Muhammad Haji Salleh, A. Ghafar Ibrahim, Siti Zainon Ismail, A. Latif Mohidin, Kemala, dan T. Alias Taib.

Anda mungkin juga menyukai