Anda di halaman 1dari 4

SOLAT TAUBAT

Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka


hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan
yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala. Hal ini telah diperintah oleh Allah
Subhanahu wa Taala sebagaimana firman-Nya:



Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat
Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang
yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka
berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-
gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan
limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8

Di antara perkara yang disyariatkan bagi mereka yang ingin bertaubat adalah
mengerjakan solat Taubat.


DALIL DISYARIATKAN SOLAT TAUBAT

Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dan ianya disandarkan kepada
hadis daripada Ali radhiallahu anh, dia berkata:

.

Maksudnya:

Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu Bakar radhiallahu
anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia berkata: Aku pernah mendengar
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Tidak seorang hamba pun yang
telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna,
kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat tersebut)
dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan
mengampunkan dosanya. Kemudian baginda membaca ayat:



Maksudnya:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri
sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka
dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,
sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Aali Imran (3) : 135). -
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafsir al-Quran, no: 2932.

WAKTU PERLAKSANAANNYA

Solat Taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu
melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat darinya. Ianya boleh dilaksanakan
walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu
Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu al-Fatawa (jilid 23, ms. 215):

Seorang Muslim boleh sahaja mengerjakan solat Taubat pada waktu terlarang
sebab taubat harus segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus ke dalam
dosa, sementara untuk mengerjakan solat dua rakaatnya adalah hal yang
disunnahkan. rujuk Sholaatul Mumin karya Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani, ms.
317-318.


RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Anda mungkin juga menyukai