Anda di halaman 1dari 1

Ketua Program DEP

Melalui
Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Sultan Azlan Shah 30 Disember 2011

Tuan,
Per: Justifikasi Kelayakan Sebagai Tenaga Pengajar Kursus EC 202 Computer Aided Design 1
Merujuk perkara di atas, saya dengan rasa rendah diri, ingin menyatakan justifikasi beberapa perkara
yang diharap boleh menguatkan lagi kelayakan saya sebagai tenaga pengajar kursus yang dinyatakan.
2. Berikut dimaklumkan kursus / latihan / kelayakan yang diperolehi semasa dalam tempoh menjadi
pengajar di jabatan.
i) Menjadi pengajar bagi subjek E 2004 Rekabentuk Terbantu Komputer 1 dari tahun 2004
sehingga 2009.
ii) Menghadiri Kursus Autocad 2004 pada 22 23 Mac 2004 (Lampiran 1).
iii) Menghadiri Kursus Autocad 3D pada 27 Februari 1 Mac 2008. (Lampiran 2)
iv) Menghadiri Kursus AutoCAD 2011 certification Programme pada 10 24 Mei 2011.
(Lampiran 3)
v) Lulus Ujian pentauliahan dan menerima kelayakan sebagai AutoCAD 2011 Certified Associate
(Lampiran 4)
3. Diharapkan dengan justifikasi kelayakan saya ini, dapat membantu pihak tuan dalam membenarkan
saya menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi kursus tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

(ZAINUL ANWAR BIN AHMAD ZAWAWI)
Pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Anda mungkin juga menyukai