Anda di halaman 1dari 2

ARTIKEL JURNAL

Panduan Menulis Artikel Berbentuk Penyelidikan


(http://www.ukm.my/jpbm/Default.aspx?pid=2)

1. Semua artikel/manuskrip perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
2. Artikel ditulis satu langkau (single spacing) dengan jumlah perkataan
di antara 3000 5000 patah perkataan sahaja (termasuk rujukan,
rajah, jadual, lampiran).
3. Artikel hendak ditulis dalam words dengan menggunakan font 11 huruf
Cambria (hanya jadual, rajah, lampiran ditulis menggunakan font 10).
4. Artikel perlu mengandungi tajuk dan nama penulis termasuk nama
penulis bersama beserta dengan alamat lengkap (alamat, e-mel,
telefon bimbit, telefon pejabat, faks termasuk penulis bersama).
5. Setiap artikel perlu mengandungi Abstrak dalam Bahasa Melayu dan
Inggeris termasuk lima kata kunci. Panjang abstrak di antara 250
300 patah perkataan sahaja.
6. Rujukan bagi setiap artikel tidak lebih daripada 25 rujukan terkini dan
ditulis mengikut Gaya American Psychologist Association (APA).
7. Mencadangkan dua (2) nama penilai artikel dalam bidang bahasa
yang dikaji (nama, alamat penuh, e-mel terkini, nombor telefon,
nombor telefon bimbit untuk mudah dihubungi).

Panduan Menulis Artikel Kertas Konsep/Teori
Sidang Editor JPBM juga menerima mana-mana artikel/manuskrip yang ditulis
dalam bentuk kertas konsep/teori dengan syarat:
1. Kertas konsep/teori yang ditulis ini perlu membincangkan perkara-
perkara berkaitan pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu sahaja.
2. Kertas konsep perlu menampakkan kesarjaanaan penulis dalam
bidang yang ditulis.
3. Perkara yang ditulis itu pula sesuatu yang baru seperti teori baru,
pandangan, pendapat, cadangan terkini yang tidak ada dalam kajian
pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu dan sebagainya.
4. Gaya penulisan artikel manuskrip ini sama seperti yang dicadangkan
panduan menulis artikel berbentuk penyelidikan.

Pengantarabangsaan JPBM
Sidang Editor JPBM turut berhasrat untuk mengantarabangsakan JPBM. Oleh
kerana pendidikan/pengajian Bahasa Melayu telah tersebar luas di serata
dunia, maka sudah tentu ramai pendidik/penyelidik Bahasa Melayu membuat
kajian berkaitan pendidikan dan pengajian Bahasa Melayu kepada pelajar-
pelajar asing yang mempelajari Bahasa Melayu. Oleh itu, Sidang Editor
mengalu-alukan artikel-artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, tetapi
membincangkan atau mengkaji pendidikan/pengajian Bahasa Melayu. Syarat-
syarat penulisan sama seperti yang terdapat pada Panduan Menulis Artikel
Berbentuk Penyelidikan di atas.

Panduan Menulis Artikel Berkaitan Penilaian Buku Ilmiah
Sidang Editor JPBM juga menerima artikel/manuksrip yang menilai sesebuah
buku akademik/ ilmiah yang membicarakan perkara-perkara berkaitan
pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu. Buku yang dinilai itu pula boleh
berbentuk buku penyelidikan ataupun teori. Syarat menilai sesebuah buku
tersebut adalah seperti berikut:
1. Perlu masukkan perkara-perkara berikut:

2. Panjang artikel menilai buku ini di antara 1500 2000 patah perkataan.
Sebaik-baiknya, penulis membicarakan kekuatan dan kelebihan buku
yang dinilai serta sumbangan buku ini dalam meningkatkan
pendidikan Bahasa Melayu/Sastera Melayu.
3. Sila lampirkan nama penulis termasuk alamat lengkap, e-mel, nombor
telefon, nombor telefon untuk mudah dihubungi.

Surat Pemberitahuan
1. Surat Penerimaan Sidang Editor akan menghantar secara e-mel
kepada penulis bahawa artikel/manuskrip telah diterima.
2. Surat Setuju/Ditolak untuk Penerbitan Sidang Editor akan
menghantar surat seecara e-mel kepada penulis sama ada artikel/
manuskrip yang dinilai oleh penilai diterima atau ditolak untuk
diterbitkan. Siding Editor berkuasa untuk menerima atau menolak
artikel yang telah dinilai setelah mendapatkan pandangan/komen
daripada penilai.
3. Surat Penerbitan Sidang Editor akan menghantar surat secara e-
mel kepada penulis bahawa artikel yang telah dinilai, dibaiki dan dibuat
pembetulan sudah diterbitkan dalam JPBM.





Buku (scan kulit depan buku yang dinilai)
Penulis
Tajuk
Penerbit
Tahun diterbitkan
Tempat diterbitkan
Bilangan muka surat
Harga
ISBN:

Anda mungkin juga menyukai