Anda di halaman 1dari 4

http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.

html

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia
yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan
menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat
demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya
membantu negara mencapai kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin
dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain
ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini
juga dianggap satu ibadah.

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak
mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat
dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh.

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan
pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar
para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika
perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-
1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnyadan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru
lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat
penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti
keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni
seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku
baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru
dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.
2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini
adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah
terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik,
ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam
memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai.
Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan
pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk
mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.
3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur
: Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah
berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama
mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan
tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan
peribadinya.
4) Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan
antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang
perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah
menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya
terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di
ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada
pelajar.
5) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut
keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam,
maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana
berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain
yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh
menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan
India.
6) Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat : sebaik sahaja
pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang
paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu
persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada
anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak
sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak
diperolehi ketika di rumah.
7) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru mesti melayan dan menyempurnakan
tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa
mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama
sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan
yang sama iaitu menuntut ilmu.
8) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang
berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka
dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka
menonjolkan potensinya.
9) Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan : guru sebagai
seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar
itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama
jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.
10) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan
seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.
11) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna : melengkapkan
pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan
warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
12) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus menjaga dan menyusun katanya
dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan
rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan
merendahkan martabat guru itu sendiri.
13) Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan
bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga
adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.
14) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan :tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru
lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi
kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja
pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga
kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.
15) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian :menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi
mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru
dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak
wasangka masyarakat sekeliling.
16) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya :sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah
bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun
mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di
pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan
sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan
selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.
17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab
yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa
mahupun masyarakat.
18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud bahawa dalam
pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik dan
maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.
19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa
mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan
diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara
mengampu pentadbir sekolah.
20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru
yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar
berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-
lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk
kebaikan dirinya.