Anda di halaman 1dari 12

Sajak: Pasar Perasaan

Nurul Nasri n Bi nti Morshi di


Si ti Ai syah Bi nti Japani e
Zal i l a Ati fah Bi nti Sahni

Rangkap 1:
Penyajak memperkatakan sikap pemilik sebuah warung
dan pengunjungnya yang begitu mengikut perasaan.
Rangkap 2:
Di warung itu, mereka meluahkan pendapat yang bukan
daripada akal yang waras tetapi daripada perasaan sendiri.
Rangkap 3:
Pendapat yang dikemukakan oleh golongan ini sudah
ketinggalan zaman, tidak bernas, dan mudah untuk
dipatahkan.
Maksud
Rangkap 4:
Pendapat mereka semuanya tidak bermakna atau tidak
berasas.
Rangkap 5:
Warung itu hanyalah tempat orang berakal sempit dan
tidak berilmu.
Rangkap 6:
Apabila penyajak berada dalam kalangan mereka, dia
berpendapat bahawa mereka bukan golongan yang
bijaksana.
Maksud
Rangkap 7:
Warung itu lambang kecetakan ilmu yang hanya penuh dengan
isu-isu yang tidak berasas dan tidak membawa apa-apa erti.
Perbi ncangan kosong di mej a kopi
Segolongan masyarakat begitu lantang bersuara di warung-
warung kopi tanpa menggunakan saluran yang betul.
Penyajak menegur sikap mereka yang menyuarakan
pendapat mengikut perasaan semata-mata dan tidak
menggunakan fikiran yang waras. Semua pendapat dan
idea mereka sudah lapuk, tidak bernas, dan mudah
dipatahkan oleh orang lain. Kerenah mereka
melambangkan kecetekan ilmu mereka.
Tema
Persoalan emosi yang berkecamuk menyebabkan tindakan yang dibuat hanya
mengikut perasaan
Segelintir pengunjung di warung berada dalam keadaan tidak tenang
dan tidak mampu untuk berfikir dengan betul ketika berhujah tentang
sesuatu isu.
Persoalan kecetekan ilmu dalam kalangan masyarakat
Masyarakat yang mempunyai ilmu yang cetek sering menyuarakan
pandangan yang tidak bernas sehingga mereka tidak sedar bahawa
hujah mereka tidak membawa apa-apa makna.
Persoalan asas fikiran yang waras menjamin kesejahteraan hidup
Akal fikiran yang waras datang daripada ketinggian ilmu pengetahuan.
Gunakan ilmu dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan hidup yang
sempurna dan jangan sesekali menyalahgunakan ilmu.
Persoalan
Persoalan keimanan yang kukuh dapat mengelakkan masalah kecelaruan
fikiran
Masyarakat perlu mempunyai iman yang kukuh kerana hal ini akan
membantu mereka membuat keputusan yang bijak. Fikiran yang
bercelaru akan menjadi tenang dan mampu berhujah dengan bernas.
Persoalan menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan pandangan
Penyajak berpendapat bahawa pandangan yang disuarakan oleh
segelintir pelanggan di warung-warung hanya mengikut perasaan
kerana pemilik warung itu tidak akan membantu menyelesaikan
masalah mereka.
Persoalan
Sajak ini mempunyai tujuh rangkap.

Rangkap 1, 4 dan 5 (tiga baris)
Rangkap 2 (empat baris)
Rangkap 3 dan 6 (lima baris)
Rangkap 7 (dua baris)

Semua baris merupakan maksud.

Jumlah suku kata bagi setiap baris adalah antara enam hingga empat
belas.

Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah antara tiga hingga lima
patah perkataan.

Sajak ini berbentuk bebas.
Bentuk
Asonansi
ini pasar perasaan (perulangan vokal a)
yang sering dikunjungi pembeli emosional (perulangan vokal e)

Aliterasi
di dalamnya mengalir sungai manusia (perulangan konsonan m)
di tengah-tengah penjual dan pembeli (perulangan konsonan n)

Rima akhir
Rangkap 1 abb ; Rangkap 2 abcd ; Rangkap 3 abbcd ;
Rangkap 4 abc ; Rangkap 5 abc ; Rangkap 6 aaabb ;
Rangkap 7 - ab
Unsur Bunyi
Anafora
yang terbit daripada kalbu
yang rapuh dan lapuk
yang mudah dipatahkan
(Perulangan berselang)

Responsi
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan

Simile
bagai kayu buruk
bagai ranting kering

Metafora
pasar perasaan
sungai manusia
Gaya Bahasa
Si ni s
Penyajak menyindir sikap segelintir masyarakat yang
gemar berhujah di warung tentang sesuatu isu yang tidak
berfaedah, malahan hujah yang dilontarkan oleh mereka itu
tidak bernas.
Nada
Ke bi j aks anaan
Seseorang haruslah bijaksana apabila berhujah agar
dihormati oleh masyarakat.
Ke s yukur an
Manusia haruslah mensyukuri akal yang dianugerahkan
oleh Tuhan.
Ke r aj i nan
Sikap rajin mencari ilmu perlu diamalkan untuk menguasai
kemahiran.
Nilai Murni
Ra s i o na l
Masyarakat seharusnya membincangkan sesuatu isu dengan
fikiran yang rasional dan memberikan hujah-hujah yang bernas
secara tenang, bukannya emosional supaya pendapat mereka
dihargai oleh orang lain.
Kita harus bertenang dan tidak emosional apabila melontarkan sesuatu
idea.

Kita haruslah mengeluarkan hujah berdasarkan pemikiran yang sihat.

Kita haruslah memberikan idea yang bernas apabila berhujah.

Kita haruslah menyuarakan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita hendaklah mengejar ilmu pengetahuan kerana ilmu yang
mendalam membolehkan idea kita diterima oleh masyarakat.

Kita hendaklah pandai membawa diri apabila bergaul dengan
masyarakat.

Kita hendaklah mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti yang
berfaedah.
Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai