Anda di halaman 1dari 9

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

(TILAWAH AL-QURAN)
MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Nikmt Kurniaan Allah
Iman
Islam
Akal
Kesihatan tubuh badan
Cara bersyukur
Anggota Cara
Hati Sentiasa mengingati Allah
Lidah Mengucapkan alhamdulillah ketika mendapat nikmat
Tubuh Badan Menggunakan nikmat untuk kebaikan (zakat, sedekah)

Kemusnahan kaum Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hud
a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh
a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan
diterbalikkan negeri mereka
Sebab umat terdahulu dibinasakan
1. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
2. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
3. Melakukan kemungkaran dan maksiat
4. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
Tugas manusia sebagai khalifah
beribadat kepada-Nya
menegakkan agama Islam
melaksanakan amar makruf nahi mungkar
membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
manusia mesti bersyukur nikmat Allah
orang tidak bersyukur diazab Allah
LATIHAN
1. Nyatakan 2 langkah yang perlu dilakukan supaya nikmat sentiasa bertambah
2. Nyatakan 2 ikhtibar yang patut diambil oleh generasi kini daripada peristiwa yang menimpa kaum
terdahulu
HADIS
(MAKANAN YANG BAIK)

Ciri makanan yang baik
Makanan mengandungi pelbagai zat
Dari jenis yang halal menurut syarak
Tumbuhan yang halal kecuali yang memudaratkan
Haiwan yang halal dan disembelih
Hikmat memilih makanan yang baik
Menjaga kesihatan badan
Memelihara kewarasan akal
Dimakbulkan doa
Menjauhi seksaan neraka
Sebab doa tidak dimakbulkan Allah
Pengambilan makanan dan minuman yang haram
Berpakaian tidak menutup aurat
Solat yang dilakukan tidak sempurna
Rukhsah makan dan minum yang haram
Terdapat makanan dan minuman yang haram sahaja
Makanan dan minuman sekadar menyelamatkan nyawa
Makan dan minum bukan untuk kenyang

AKIDAH
(PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN)

Maksud iman
Dari segi bahasa ialah percaya
Menurut ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan dihati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan
anggota
Keperluan iman dalam kehidupan
Membentuk insane muslim sejati
Supaya istiqamah dalam ibadat
Bertanggungjawab dan amanah
Melakukan kebaikan
Sabar dan redha menghadapi kesusahan
Perkara-perkara yang membatalkan iman
a) syirik ( syirik jail dan syirik khafi)
Syirik bermaksud menyekutukan allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan afalnya (perbuatan)
Syirik jail bermaksud perlakuan syirik secara terang-terangan (contohnya: Menyembah berhala) ia
membatalkan iman atau akidah
Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
(contohnya: riak, ujub dan takbur) iman atau akidah tidak terbatal tetapi merosakkan iman atau akidah.
b) Kufur (kufur hakikat dan kufur nikmat)
kufur bermaksud tidak percaya kepada allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi
Muhammad.
Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah. (contohnya: menolak hokum yang terdapat dalam al-Quran)
Kufur nikmat bermaksud mengingkari allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk
ciptaannya. (contohnya: boros membelanjakan harta)
c) Riddah
Maksudnya berpaling atau keluar daripada agama Islam.
Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui:
CARA HURAIAN
Itikad Berniat hendak meninggalkan agama Islam
Perkataan Mengistiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
Perbuatan Menganut agama selain daripada agama Islam

Kesan daripada perbuatan riddah
Hubungan suami isteri terfasakh
Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
Haram dikebumikan diperkuburan Islam
Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang murtad
Memberi nasihat supaya dia bertaubat
Membari perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
Menguatkuasakan hukuman Islam iaiti dibunuh
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
Membari amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan
Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam
Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara
Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan agama Islam
d) Khurafat
Ia bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam
sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat
mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
mempercayaai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
Membuang ancak bagi menghalau hantu
Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat.
Kesan mempercayai dan mengamalkan khurafat
menyebabkan syirik dan batal imannya
membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia
menyekat akal berfikir secara logic dan sistematik
masyarakat akan menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan.
e) Sihir
Ia bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan
bantuan syaitan atau jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia.
Cara mengelakkan daripada terkena sihir
Beriman sepenuhnya kepada kekuasaan allah
Sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada terkena sihir
Sentiasa membaca al-Quran
Beribadah dengan ikhlas
f) Nifak (Munafik)
Ia bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada allah.
Orang yang melakukan sifat ini digelar munafik.
Akibat buruk munafik
Menghilangkan sikap percaya mempercayai
Melemahkan perpaduan masyarakat
Menghancurkan kekuatan umat Islam
Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan di akhirat
Menghalang usaha pembangunan dan memajukan masyarakat Islam.
IBADAT
(KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH)

Haji dan umrah ialah rukun Islam ke 5.
Wajib ditunaikan sekali seumur hidup
Perbuatan berhutang atau bergadai harta dengan tujuan untuk menunaikan fardu haji adalah tidak menepati
kehendak syariat.
Pengertian haji dan umrah

Bahasa Istilah
Haji Mngunjungi tempat
yang mulia
Mengunjungi baitullah al-haram di mekah kerana mengerjakan ibadah
tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu
Umrah Ziarah Menziarahi batullah al-haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada
bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.

UPAH HAJI
Ia bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
Ditunaikan oleh warisnya atau orang lain
a) meninggal dunia
seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang
halangan atau uzur syarI kemudian dia meninggal dunia kewajipan haji tetap tidak gugur.
Hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.
b) tidak mempunyai keupayaan fizikal
Iaitu orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, tua dan sebagainya.
Orang yang mengambil upah haji mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu.
HIKMAH UPAH HAJI
Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dapat mengupah orang lain
mengerjakan haji bagi pihaknya.
Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibubapa atau keluarga yang telah
meninggal.
HIKMAH HAJI
INDIVIDU MASYARAKAT
Menghapuskan dosa-dosa kecil Saling berkenalan sesame umat Islam
Membersihkan jiwa daripada maksiat Membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam
Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh
Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan
kesihatan
Meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam

CARA MENYEMPURNAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

Syarat wajib haji
Islam (Tidak wajib ke atas orang kafir dan murtas)
Baligh (Tidak wajib ke atas kanak-kanak)
Berakal (Tidak wajib ke atas orang gila)
Berkuasa (Tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan menunaikannya)
Merdeka (Tidak wajib ke atas hamba)

Rukun haji dan umrah
Semua rukun adalah dalam bentuk perbuatan kecuali niat
Tertinggal salah satu rukun maka hajinya tidak sah
1. Niat ihram
Iaitu berniat menunaikan haji di miqat setelah memakai ihram
2. Wuquf di padang arafah
Walaupun hanya sekejap di antara gelincir matahari pada 9 zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 zulhijjah
3. Tawaf
Iaitu mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah
Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.
Jenis-jenis tawaf
a. Tawaf qudum
o Iaitu tawaf selamat datatang. Ia disunatkan bagi mereka yang baru sampai ke mekah
b. Tawaf ifadah atau tawaf rukun
o Iaitu tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadah haji.
c. Tawaf wadak
o Iaitu tawaf selamat tinggal. Ia sunat dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkan kota mekah
d. Tawaf sunat
o Iaitu tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa
4. Saie
Iaitu jalan berulang-alik dari bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat saie
a. Hendaklah dimulai dari safa dan berakhir di marwah
b. Dilakukan sebanyak 7 kali
c. Dilakukan selepas tawaf rukun (tawaf ifadhah)
d. Dilakukan dengan perjalanan biasa
e. Memulakan niat saie semasa mula di safa.
5. Bercukur
Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai setelah selesai saie.
6. Tertib
melakukan rukun haji mengikut sususan
Perbezaan antara rukun haji dan umrah
Rukun Haji Rukun Umrah
1. Niat melakukan haji 1. Niat melakukan umrah
2. Wukuf di Arafah 2. Tiada ibadah wukuf

WAJIB HAJI DAN UMRAH
Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dan atau denda mengikut kadar
yang ditentukan
WAJIB HAJI
1. Berniat ihram di miqat
miqat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah
Miqat terbahagi kepada 2 iaitu:
a. Miqat zamani (masa).
o Ia bermula dari bulan syawal hingga sebelum terbit fajar kedua (fajar sadiq) pada hari kesepuluh
bulan zulhijjah.
b. Miqat makani (tempat)
2. Bermalam di muzdalifah
Terletak antara arafah dan mina
Pada selepas separuh malam ke 10 zulhijjah iaitu selepas wukuf di arafah dan sebelum terbit fajar.
3. Melontar jamratul aqobah
Selepas bermalam di muzdalifah.
Melontar selepas tengah malam pada 10 zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari pada 13
zulhijjah.
Waktu afdhal ialah pagi 10 zulhijjah.
4. Bermalam di Mina
Pada hari tasyrik iaitu 11, 12, 13 zulhijjah.
Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
Melontar di jamratul ula, jamratul wusto dan jamratul aqobah dengan menggunakan 7 anak batu pada tiap-
tiap jamrah
Dilakukan selepas gelincir matahari pada hari rasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 zulhijjah hingga
terbenam matahari.
6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
Sekiranya melakukan juga dia wajib membayar dam

WAJIB UMRAH

1. Berniat ihram di miqat (sama dengan miqat haji)
2. Meninggalkan perkara2 yg dilarang semasa ihram.

SUNAT-SUNAT HAJI

- Mandi ketika hendak berniat ihram di miqat
- Sembahyang 2 rakaat sebelum berniat ihram
- Memaikai pakaian ihram bewarna putih
- Memotong kuku sebelum ihram
- Membanyakkan ucapan talbiah semasa ihram sehingga melontar di jamrah aqobah
- Mandi ketika hendak meninggalkan kota mekah dan ketika hendak wukuf di padang arafah.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM

- Memakai pakaian yg berjahit bg lelaki
- Memakai wangi-wangian
- Memotong kuku
- Memotong rambut atau mana-mana bulu pd anggota badan
- Menutup kepala bagi lelaki
- Menutup muka dan 2 tapak tangan bg wanita
- Memakai minyak rambut di kepala atau janggut
- Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram
- Berburu binatang buruan darat
- Bernikah atau menikahkan
- Melakukan perkara2 yg merupakan permulaan kepada persetubuhan
- Bersetubuh

HIKMAH DIADAKAN LARANGAN IHRAM

- Manusia sama sahaja di sisi Allah
- Menguji keimanan dan kesabaran manusia dlm melakukan ibadah kpd Allah
- Melatih manusia supaya lebih berdisiplin.

CARA MENGAERJAKAN HAJI

1. Mengerjakan haji ifrad
- Haji ifrad bermaksud mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan, sama ada
melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan
umrah.
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah ia lebih afdhal dan jemaah haji tidak dikenakan
dam (denda)

2. Mengerjakan haji tamattuk
- Haji tamatuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan
mengerjakan haji
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah memberi kelapangan dan keselesaan kpd
jemaah dlm mengerjakan ibadah haji. Mereka boleh meninggalkan ihram umrah tetapi dikenakan
dam.

3. Mengerjakan haji qiran
- Haji qiran bermaksud mengerjakan ibadah haji dan umrah secara serentak.
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini memberi kesenangan dan kemudahan kpd jemaah
haji. Mengerjakan haji ini mengambil masa yg singkat tetapi dikenakan dam.

Anda mungkin juga menyukai