Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI PEMBELAJARAN RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH

Aktiviti pembelajaran yang diadakan semasatempoh pengajianialah:



(a) Bahan Pembelajaran

Pembelajaran kendiri melalui bahan yang ditulis khas (modul), buku teks terpilih atau E-book. Pelajar
akan dibekalkan denganmodul sebagai bahan pembelajaranatau kadpassword untuk E-book.

(b) Kelas Sidang Video

Kelas sidang video interaktif dikendalikan sendiri oleh pensyarah di PPPJJ melalui perkhidmatan sidang
video(kecuali pelajar Sabah dan Sarawak yang hanyadapat melihat rakaman melalui portal pembelajaran
di Internet ataupun menonton siaran sehala juga melalui internet). Pelajar akan mengikuti kelas sidang
videodi Pusat Wilayah masing-masing.

Kelas sidang video bukanlah untuk penyampaian kuliah tetapi kelas perbincangan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari pelajaran merekadi pusat-pusat wilayah. Oleh itu,
pelajar perlu menyediakandiri terlebih dahulu sebelumhadir ke kelas sidangvideo.

(c) Portal E-Pembelajaran

Portal E-Pembelajaran disediakan untuk pelajar mengakses maklumat pembelajaran dan juga berinteraksi
dengan pensyarahdan rakan sekelas. Alamat portal E-Pembelajaran: http://el.usm.my

(d) Kelas Amali

Terdapat beberapa kursus Biologi, Fizik dan Kimia yang mempunyai komponen amali. Kelas amali akan
dijalankan di Pusat-Pusat Wilayah yang berkenaandan jugadi kampus USMsemasaKursus Intensif.

(e) Penilaian Berterusan dan/atau Tugasan.

Semasa dalam pengajian, pelajar juga dikehendaki menyelesaikan tugasan dan/atau menduduki penilaian
berterusan yang diadakan semasa Kursus Intensif.

(f) Program Orientasi bagi Pelajar Baharu

Program Orientasi akan diadakan selama seminggu pada sekitar bulan Julai. Semua pelajar baharu yang
memilih pusat wilayah di Semenanjung diwajibkan hadir dan berada di Kampus Induk USM Pulau Pinang.
Manakala pelajar Sabah/Sarawak akan menjalani Program Orientasi di Pusat Wilayah Sabah/Sarawak.
Aktiviti Program Orientasi termasuklah pendaftaran kehadiran, taklimat-taklimat pengajian/pendaftaran,
Majlis Sambutan/Ikrar Pelajar dan kuliah pengenalan. Permohonan cuti untuk menghadiri Program
Orientasi adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

(g) Kursus Intensif

Kursus Intensif akan diadakan selama 2-3 minggu pada sekitar bulan Januari/Februari. Semua pelajar
RPJJ diwajibkan hadir dan berada di Kampus Induk USM di Pulau Pinang. Aktiviti kursus intensif
termasuklah kuliah, tutorial, amali, penilaian berterusan dan membuat rujukan di perpustakaan.
Permohonan cuti untuk menghadiri Kursus Intensif adalah di bawah tanggungjawabpelajar sendiri.

(h) Peperiksaan Akhir

Peperiksaan Akhir diadakan pada bulan Jun di beberapa tempat di seluruh Malaysia yang ditetapkan
sebagai Pusat Peperiksaanuntuk pelajar-pelajar RPJJ.

Anda mungkin juga menyukai