Anda di halaman 1dari 14

Hak

Asasi
Wanita
DEFINISI
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai
individu yang boleh memberi sumbangan
dalam pembangunan keluarga, masyarakat
dan negara.


CIRI-CIRI
1. Menghormati kaum wanita.
2. Memberikan layanan yang baik dan sama rata
kepada kaum wanita.
3. Memberikan galakan kepada golongan wanita
agar melibatkan diri dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan, perniagaan, sukan,
teknologi dan lain-lain.
4. Mengiktiraf golongan wanita di atas
sumbangan yang mereka berikan.

Akta dan undang-undang hak
wanita
1. Dasar Wanita Negara :
TUJUAN:
1. Memberi panduan dan hala tuju dalam
segala usaha perancangan dan pelaksanaan
program pembangunan negara agar
kepentingan dan penyertaan wanita tidak
terabai.
2. Mendukung cita-cita negara dan
perlembagaannya bagi menjamin kedaulatan,
kemakmuran, keadilan, kebebasan dan hak
asasi wanita di negara ini.

MATLAMAT:
1. Mendapatkan hak yang sama rata antara lelaki
dan wanita melalui perkongsian saksama dalam
memperoleh kemudahan sumber, maklumat,
peluang penyertaan dan manfaat pembangunan.
2. Mengintegrasikan wanita dalam semua sektor
pembangunan negara selaras dengan
kemampuan dan kehendak wanita.
3. Memberi peluang kepada wanita
mengemukakan pendapat dalam penggubalan
dasar negara terutama dari aspek pendrafan
undang-undang.
4. Memberi kebebasan kepada wanita untuk
menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi,
sosial, politik dan budaya.

2. Hak Wanita di bawah Akta Pekerja
1955 :
Melarang wanita bekerja dibahagian industri dan
pertanian dari 10 malam hingga 5 pagi dan
mereka tidak boleh bekerja lebih dari 11 jam.

Wanita juga dilarang bekerja di lombong dan di
bawah tanah.

Memberi hak cuti bersalin kepada pekerja wanita
selama 60 hari bergaji penuh sehingga anak
kelima.
Wanita kini bukan sahaja memonopoli bidang kerjaya
seperti guru, jururawat, kerani dan setiausaha, malah kini
mereka berani menerokai pelbagai kerjaya yang lebih
mencabar yang dahulunya hanya diceburi oleh kaum lelaki
seperti jurutera, juruterbang, arkeologis dsb.

Sumbangan wanita dalam pelbagai bidang pembangunan:
a) politik - Tan Sri Aisyah Ghani, Datuk Seri Rafidah Aziz
b) ekonomi - Datuk Maznah Hamid
c) sosial - Pn. Elizabeth Vaz
d) sains & teknologi - Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman
e) budaya - Pn. Azah Aziz
f) Kehakiman - Datuk Siti Norma Yaacob
3. Akta Perlindungan Wanita dan
Gadis, 1973:
Akta ini ialah untuk melindungi wanita dan
gadis dari digunakan utk pelacuran dan
perkara-perkara yang lucah. Ia memberi kuasa
menahan wanita dan gadis yang terlibat untuk
diberi perlindungan. Wanita dan gadis yang
boleh diberikan perlindungan ialah mereka
yang berumur di bwh 21 tahun.
CONTOH
1. Hak untuk memilih
- Wanita diberi hak istimewa untuk memilih
calon politik pilihan mereka.

2. Kebebasan untuk pendidikan tinggi
- Wanita diberi hak atas pendidikan dan bercita-
cita untuk sebuah college atau universiti di
bawah bidang pelajaran pilihan mereka.

3. Perlindungan dari kekerasan dalam rumah
tangga
- Perempuan memiliki hak untuk mencari
bantuan dan keadilan

4. Hak untuk mendapatkan cuti hamil sekurang-
kurangnya 4 minggu

5. Hak untuk mengajukan cerai
- Wanita memiliki kebebasan untuk
membebaskan diri dari urusan perkahwinan
goyah kerana perbedaan yang tidak dapat
didamaikan.

6. Sama gaji untuk kedua jenis kelamin
- Ketika datang ke tempat kerja, wanita memiliki
hak untuk menerima gaji setara dengan lelaki-
lelaki.
Cara-cara untuk mengiktiraf jasa
wanita:
a) Menganugerahi mereka pingat.
b) Mencatat nama mereka dalam Buku Rekod
Malaysia.
c) Mengisytiharkan Tokoh Wanita Berjasa
Negara.
d) Mengabadikan nama mereka pada nama
sekolah, jalan atau bangunan.


TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai