Anda di halaman 1dari 1

Kepada :

Semua guru mata pelajaran Sejarah


Semua guru mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan
Penolong Kanan kokum Tingkatan 6

Tuan/Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PELARASAN AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Mesyuarat ini diadakan bagi melihat perkembangan aktiviti yang dirancang pada mesyuarat terdahulu.
Sehubungan dengan itu, guru yang terlibat diminta menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tetapan
mesyuarat adalah seperti yang berikut;

Tarikh : 3 September 2014
Masa : 11:30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

3. Selain itu, agenda lain yang akan dibincangkan adalah :
3.1 Ucapan
3.2 Perlantikan AJK bagi majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
3.3 Perancangan program majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
3.4 Hal-hal lain

4. Justeru semua yang terlibat dijemput hadir untuk bersama-sama merancang dan menjayakan program ini.
Kerjasama dari pihak anda amatlah dihargai.

Sekian dan terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,

..
MUHAMMAD HANIF AHMAD
PENGARAH PROGRAM
BULAN KEMERDEKAAN SMK PITAS
SMK PITAS,
PITAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PITAS
PETI SURAT 230, 89108, KOTA MARUDU, SABAH
TEL/FAX : 088-613244 / 088-613343

Anda mungkin juga menyukai