Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Memandangkan UiTM kampus kuantan menerima ramai penuntut baru untuk Asasi Undang-Undang dan Asasi TESL , pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah membuat keputusan, untuk mengadakan satu majlis berbentuk kerohanian dalam suasana keIslaman.Tambahan pula ,warga UiTM bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan sillaturrahim antara pelajar baru dan pelajar yang sedia ada serta hubungan yang telah terjalin antara staf UiTM. Memandangkan kampus ini kecil dan tidak dilengkapi dengan fasiliti yang pelbagai,ianya terpaksa diadakan di kedua dua kampus. Di samping itu, program ini juga dapat mengisi masa pelajar dengan aktiviti berunsur ibadat ketika bulan puasa terutamanya ketika berjauhan dengan keluarga. Dengan itu, adalah diharap agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, samada secara langsung atau tidak. Wassalam.

OBJEKTIF
Program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah disepakati. Antaranya ialah; 1. Mengeratkan hubungan silaturrahim, antara pelajar-pelajar Part 1 Tesl & undang-undang serta pelajar part 3 undang-undang dan staf UiTM. 2. Memberi peluang kepada pelajar melaksanakan ibadat ketika bulan Ramadan. 3. Mengisi masa pelajar dengan aktiviti kerohanian bagi membentuk pelajar yang mempunyai jiwa islam yang mantap. 4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan program. 5. Meluangkan masa bersama-sama rakan se-program sebelum berpisah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 6. Melahirkan siswa-siswi yang cerdas dan mahir dalam tatacara Islam. 7. Mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf UiTM.

TEMA
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. - (Surah Al-Baqarah: 183

TARIKH &TEMPAT
Cadangan tarikh Cadangan Masa Cadangan tempat : 20 OGOS 2011 : 6.00 Petang hingga 11.00 Malam : UiTM Kuantan Kampus 1 dan 2.

JAWATANKUASA PENGELOLA
Sila rujuk LAMPIRAN 1.

SASARAN PENYERTAAN
Semua Pelajar Asasi Undang-Undang & Asasi TESL (Part 1). Semua Pelajar Asasi Undang-undang (Part 3) Staf UiTM Kampus Kuantan

TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk LAMPIRAN 2.

 ANGGARAN BELANJAWAN
Sila rujuk LAMPIRAN 3.

PENUTUP Dengan adanya penyertaan pelajar terhadap majlis ini maka kerjasama dan kefahaman terhadap Islam yang lebih mendalam dapat dilahirkan dalam kalangan warga UiTM kampus Kuantan disamping dapat mengukuhkan ukhwah antara pelajar..Kami juga berharap agar prgoram ini mampu memberi impak yang mendalam serta kenangan indah terhadap peserta-peserta yang mengambil bahagian. Disediakan oleh, .............................. (KHAIRUL NAIM BIN RAFIDI) Pengarah, Majlis Berbuka Puasa perdana 2011, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, UiTM Kampus Kuantan. Disokong oleh, .......................... (ENCIK NORAZMI BIN ANAS) Penasihat 1, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana 2011, Jawatankuasa Perwakilan Kolej. UiTM Kampus Kuantan

Disokong oleh,

(CIK HANISAH ABDUL HALIM) Penasihat 2, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana 2011, Jawatankuasa Perwakilan Kolej. UiTM Kampus Kuantan.

Disahkan oleh, .......................... (PROF MADYA DR JELANI BIN SULAIMAN) Koordinator, UiTM Kampus Kuantan.

LAMPIRAN 1 : JAWATANKUASA PROGRAM.


Penasihat 1 Penasihat 2 Pengarah Naib Pengarah Setiausaha Bendahari : Encik Norazmi Bin Anas. : Cik Hanisah Abdul Halim. : Khairul Naim Bin Rafidi. : Nurhanan Kamalia Binti Zulkifli. : Fatin Aqilah Binti Nor Fuad. : Nor Ain Karina Binti Marzuki.

Ahli Jawatankuasa : y Jawatankuasa Pengendali Majlis/Aktiviti o Azhar Bin Rozali. o Amirah Izzati Binti Ramli. o Wan Zulhelmi Bin Wan KamarulZaman. y Jawatankuasa Pengangkutan o Efa Sakinah Binti Razak. y Jawatankuasa Makanan o Syarfa Binti Abdul Aziz. o Muhammad Alimi Fahmi Bin Zakaria. y Jawatankuasa Persiapan Tempat & Teknikal o Alif Bin Tarmizi. o Khairul Kabir Bin Abdul Kadir. y Jawatankuasa Penajaan & Hadiah o Nurul Azyan Binti Mohammed Ismail. o Nur Inani Binti Wan Othman. o Tengku Intan Adlina Binti Tengku Adli. y Jawatankuasa Tugas-tugas Khas dan Keselamatan o Mohd Sadiqi Bin Hashim. o Azyan Syazwani Binti Rozik

LAMPIRAN 2 : TENTATIF PROGRAM.

Bil.

Tarikh & Masa

Acara/Pertandingan

20 Ogos (5.30pm)

Pelajar berkumpul di Kampus yang telah ditetapkan. ( Program akan dilaksanakan di Kampus 1 dan 2.Pelajar dari Indera Mahkota 5 akan ditempatkan di Kampus 1.Manakala, Pelajar dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam akan ditempatkan di Kampus 2. )

2 3

20 Ogos (6.00pm-7.00pm) 20 Ogos (7.00pm-7.30pm) 20 Ogos (7.30pm-7.45pm) 20 Ogos (7.45pm-8.30pm)

Majlis Khatam Quran.

Berbuka Puasa.

Solat Magrib Berjemaah.

Ceramah.(Keistimewaan Bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri Dalam Islam yang akan dikendalikan oleh Pensyarah CTU)

20 Ogos (8.30pm 11.00pm)

Solat Isyak Berjemaah. Solat Terawih Berjemaah. Majlis Bersurai

LAMPIRAN 3

ANGGARAN BELANJAWAN
Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah

Makan Berbuka Puasa

650 unit

RM 6.00

RM 3900.00

Pulut Kuning Untuk Majlis Khatam Quran (Peralatan dan keperluan program)

15 unit

RM 2.00

RM 30.00

Bayaran Untuk Penceramah.

Gred 45 dan 52

RM 150.00

RM150.00

Banner

1 unit

RM 70.00

RM 70.00

JUMLAH

RM4150.00

Anda mungkin juga menyukai