Anda di halaman 1dari 20

MAJALAH KELUARAN KUMPULAN SYARIKAT RICHWORKS

#1
Edisi
MEI
Hikayat
www.azizanosman.com
SAMSUNG
KUNCI
Richard Branson
KEJAYAAN
URUS
MASA
Ala Jutawan
KUASAI
PENULISAN
Impian Jadi Nyata
Kehebatan Strategi
SUN TZU
2
Kehebatan Strategi
SUN TZU
Strategi Sun Tzu
merupakan salah satu
strategi yang sangat menarik
bila dibandingkan dengan
strategi-strategi yang pernah
muncul dari para pemikir
dunia yang lain.
Strategi Sun Tzu menjadi
terkenal apabila karya klasik
ketenteraannya dapat
mempengaruhi dunia. Strategi
pemikiran Sun Tzu memberi
banyak sumbangan kepada
duniadari segi bidang
kehidupan yang masih relevan
bila dilaksanakan dalam bidang
politik, ekonomi, pentadbiran
dan perhubungan awam,
pengurusan bisnes dan juga
kehidupan seharian.
Apa yang paling istimewa tentang
falsafah perang Sun Tzu adalah
cara mengalahkan musuh
sebelum terjadinya perang dan
bagaimana caranya supaya kita
tidak rugi.

Karya Sun Tzus Art of Business
memaparkan kajian kes-kes
bisnes yang menunjukkan
bagaimana para usahawan telah
menggunakan prinsip-prinsip
dalam Art of War untuk maju dan
berada di hadapan dalam
persekita- ran bisnes yang pantas
berubah dan serba mencabar.

Syarikat-syarikat ternama di
Asia dan Barat seperti Nissan,
Honda, Nokia, HP dan lain-lain
serta jutawan-jutawan terbilang
seperti Lee Iacocca, Andrew
Carnegie, John D. Rockfeller, Li
Ka-Shing dan sebagainya
mengaplikasikan strategi Sun
Tzu dalam bisnes. Ini
menunjukkan kredibiliti seni
strategi bis- nes Sun Tzu.
Dalam siri strategi Sun Tzu, kami
memperlihatkan bagaimana Art of
War dapat menjadi rangka bagi
menerangkan strategi-strategi yang
diguna pakai
3
oleh ahli-ahli korporat dunia. Ia
juga menjadi panduan penting
dalam mengambil iktibar daripada
kesilapan-kesilapan yang dilakukan
oleh mereka.
Namun, strategi ini tidak sepenuhnya
membawa nilai yang perlu sebagai
hamba Tuhan, dan peperangan sangat
tidak digalakkan. Ilmu ini adalah
pelajaran secara umum untuk
mengaplikasikan seni berbisnes secara
strategik. Apabila kita mengambil
manfaat apa yang baik dan
menjadikan apa yang buruk sebagai
sempadan, ini sebenarnya dapat
membentuk persekitaran bisnes
yang lebih sihat kerana kita fokus
pada menjadi lebih baik dan
bukannya demi menjatuhkan orang
lain.
Kita Adalah Jeneral Syarikat Kita
Seperti seorang jeneral yang menjaga
keselamatan dan keamanan sebuah
negara, seorang usahawan adalah
ketua syarikatnya. Dia memerlukan
pandangan yang luas bagi
keseluruhan situasi dan dalam masa
yang sama mengawal isu-isu penting
dan membuat keputusan yang tepat.
Usahawan Turun Padang
Memulihkan Syarikat Yang Sakit
Lee Iacocca diasak oleh Chrysler
Corporation selepas dia meninggalkan
Ford pada tahun 1978. Pada waktu itu,
Chrysler berada di ambang
kehancuran dan Lee menyertai Chrysler
untuk membina semula syarikat itu.
Jumlah hutang pada masa itu adalah
USD 4.8 bilion. Kerugian tahun 1979
adalah USD 1.1 bilion. Kerugian pada
tahun 1978 pula adalah USD204 juta.
Sebaik sahaja Lee tiba di Chrysler, dia
mengumumkan tidak akan
mengambil gaji tahunan sebanyak
USD360, 000 sehingga syarikat mula
mencatat keuntungan.

Lee mendapati pengurusan syarikat pada
masa itu pincang. Terdapat seramai 35
naib presiden yang sebenarnya tidak
perlu. Dalam tempoh tiga tahun
berikutnya, Lee memberhentikan 33
naib president. Lee juga mendapatkan
bantuan Kongres Amerika Syarikat
supaya memberi jaminan pinjaman
sebanyak USD 1.5 bilion.

Antara langkah mengurangkan kos
dan perbelanjaan, Lee memotong gaji
dan memberhentikan beberapa
pekerjanya.
Selepas 6 tahun, Chrysler menjadi
perintis industri apabila ia melancarkan
model convertible Dodge 400 pada
tahun 1982. Jualan melepasi angka
23,000. Selepas itu, pengeluar kereta
lain Ford dan General Motor mengikut
jejak Chrysler.
Ada dua aspek penting dalam mereka
bentuk kereta, iaitu penambahbaikan
teknologi dan reka bentuk. Lee
menjadikan penambahbaikan reka
bentuk sebagai fokus strategi Chrysler
kerana strategi ini lebih murah dan
memberikan hasil yang lebih cepat
dengan kitaran hayat produk yang
pendek.
Inovasi Chrysler diteruskan dalam reka
bentuk, warna dan fungsi yang sangat
dialukan pengguna.
Kesimpulan Kunci kejayaan sesebuah
syarikat adalah kreativiti, inovasi dan
transformasi. Strategi jualan dan
pemasaran yang unik bagi setiap
produk, menerapkan pengurusan
saintifik dan kepimpinan yang
berketerampilan dalam operasi adalah
ciri-ciri penting untuk setiap
usahawan. Pekerja perlu diperkasakan
dan digalakkan kerja berpasukan
secara kreatif dan berani lantas
merealisasikan prinsip yang terbaik
daripada setiap orang. Apabila prinsip
ini sudah diterapkan, syarikat yang
sakit dapat dipulihkan.
RICHARD
BRANSON
K U N C I K E J A Y A A N
4
Apabila memulakan
sebuah perniagaan baru,
amat mudah bagi anda
terbawa-bawa oleh impian
dan pelan perancangan
bagi memulakan pengem-
baraan perniagaan yang
menyeronokkan. Jika anda
seperti kebanyakan usaha-
wan lain, pada saat ini idea
anda akan menjadi dengan
jelas, mula merasai lonja-
kan adrenalin di dalam diri
dan ketika ini setiap minit
hidup anda telah
dikhususkan untuk menu-
karkan pelan perancangan
kepada bentuk gerakan
tindakan. Persoalannya
ialah, bolehkah anda
melakukannya? Per-
niagaan bernilai $7 tidak
akan bertukar menjadi
syarikat perusahaan jutaan
dolar dalam semalaman.
Terdapat banyak kerja
yang perlu dilakukan dan
sepanjang perjalanan pan-
jang ini, kualiti ketekadan
dan keberanian diperlukan
sama penting seperti
semangat dan keyakinan
diri. Mempunyai sasaran
matlamat di dalam
pemikiran merupakan
perkara yang utama; seka-
rang anda perlu menum-
pukan kepada perkara
yang kecil dahulu, di mana
ia mudah dicapai serta
akan membantu anda
mencapai matlamat
utama dan
k e m u d i a n
aplikasikan
ia di dalam
p e r -
ni a g a a n
seterusnya.
Anda perlu memahami apa
yang pelanggan mahukan.
Jika anda ingin memban-
gunkan sebuah gerai niaga
bagi menjual barangan,
penyelidikan pasaran perlu
dilakukan secara terus
dengan bertanyakan orang
ramai di sekeliling kawasan
tesebut, apa yang mereka
suka beli yang susah
didapati di kedai-kedai
tempatan dan gerai niaga
lain.
Dalam persediaan pelan-
caran perniagaan, anda
perlu memastikan segala
keperluan telah mencukupi
bagi menghadapi masalah
yang tidak diduga di
masa hadapan dan
mengambil kesem-
patan apabila
be r t e mbung
d e n g a n
p e l u a n g -
p e l u a n g
yang men-
guntung-
kan. Gerai
atau troli
n i a g a
mempun-
yai kelebi-
han dari
segi fleksi-
bi l -
iti, ia juga memudahkan
anda bagi mengenalpasti
jenis produk tertentu teru-
tamanya produk yang
paling laris jualannya. Sele-
pas mengenalpasti produk
laris, anda boleh
memindahkan segala tum-
puan dan mengembangkan
lagi kawasan produk terse-
but dengan mudah
berbanding dengan syarikat
besar. Ini bermakna men-
gubah idea asal anda boleh
menjadi mudah ataupun
sukar mengikut kesesuaian
keadaan banyak perniagaan
gagal kerana pemiliknya
keras kepala untuk mengu-
bah perniagaan mengikut
kesesuaian keadaan.
5
6
Situasi
seperti ini
memerlukan kretiviti
sebenar dan fleksibiliti, amat
berguna jika anda mula beralih
mendapatkan nasihat dari mentor
yang sepatutnya. Terdapat beberapa
usahawan di negara Afrika yang
berjaya, salah seorangnya adalah
Ashish Thakkar dimana beliau
baru-baru ini telah dinobatkan sebagai
Usahawan Muda Terbaik di Forum
Keusahawanan Dunia. (Saya juga
dinobatkan Usahawan Siri Tahunan
Terbaik, tetapi jangan fokus pada
saya.)
Dalam temubual bersama Forbes pada
thun 2012, Aishish, berasal dari Uganda,
telah memberi beberapa kata-kata
inspirasi dan praktikal yang mungkin
dapat membantu usahawan. Dia berkata
Saya percaya dengan semangat
ketabahan, sentiasa berfikiran (impian)
besar dan matlamat yang tinggi, dan
sudah tentu sentiasa positif. Beliau juga
mengatakan Sentiasa beringat di bumi
yang nyata dan mudah untuk didekati.
Apabila ego (sombong) menguasai diri
anda, semuanya akan musnah.
Sentiasa mengingati bahawa sebesar
mana kejayaan yang anda telah kecapi
ianya hanyalah ibarat setitik air jatuh di
dalam lautan yang luas. Ini merupakan
nasihat yang tepat, keupayaan mendengar
percakapan orang lain dan menyesuaikan
diri mungkin merupakan punca perbezaan
antara kejayaan dan kegagalan.
Mengembangkan perniagaan : Apabila
anda memulakan perniagaan dengan
bermodalkan kecil, kebiasaannya
keputusan anda akan dipengaruhi oleh
keuntungan jangka pendek. Keputusan ini
akan memberi kesan tidak jelas terhadap
keuntungan, kerana tidak kira betapa besar
ataupun kecil perniagaan, kunci kejayaan
adalah menarik pelanggan dan menjaga
mereka dengan baik agar datang membeli
kembali.
Apabila anda membantu pelanggan,
mereka merupakan satu sumber yang
berpotensi untuk bekerjasama dalam
pembiayaan kos dan penyebaran berita
perniagaan anda. Dengan menyediakan
perkhidmatan yang bagus boleh
menambahkan harapan keuntungan yang
lebih, jika anda melakukannya dengan cara
yang betul, maka besar kemungkinan
pelanggan yang banyak akan mula kembali
ke perniagaan anda.
Syarikat syarikat besar telah dibina
berdasarkan platform (asas) ini. Di Virgin
kami membuat pilihan yang sama
walaupun kami beroperasi pada skala yang
besar pada hari ini. Pada akhir tahun lepas,
selepas enam tahun yang mencabar,
syarikat penerbangan Virgin Amerika mula
membuat keuntungan secara konsisten.
Pada ketika itu kami fokus dalam memberi
tumpuan membina pelanggan yang
setia dan berminat dengan melalui
pasaran yang sukar. Ji ka kami
bol eh menyediakan perkhidmatan
yang terbaik dalam organisasi yang
besar, anda mungkin dapatkan
lakukan perkara yang sama.

Jadi berimpianlah besar! Bertukar
menjadi fleksbel dalam mencari
kehendak pasaran perniagaan, bantu
pelanggan selagi boleh dan lakukan dengan
gembira. Jika anda mengikuti
langkah-langkah ini, anda akan dapati
perniagaan kecil anda akan mengembang
menjadi perniagaan yang besar.
7
Kuasai
Penulisan
Pernahkah kita melihat bahawa seseorang yang serius
di dalam berkomunikasi, mereka akan lebih cenderung
untuk menulis maklumatnya dalam bentuk catatan.
Dengan menulis, kita dapat menjadikan diri kita lebih
fokus dan peka dalam melakukan sesuatu perkara.
Antara kelebihan kuasa penulisan....
1
Dengan penulisan anda akan kuasai impian
Penulisan Membantu Daya Ingatan
Pernahkah kita perasan, apabila kita menulis
senarai barangan membeli-belah, kita boleh
ingat hampir kesemua barang-barang dicatat
tanpa kita sedari.

Perbuatan menulis membantu kita dalam
menguatkan daya ingatan kita. Ingatan ini
boleh menjadi ingatan jangka pendek
ataupun jangka panjang bergantung sekerap
mana kita menulis serta membacanya.
8
2
Penulisan Maklumat Kekal
Dengan menulis maklumat perkara-perkara penting di dalam bentuk catatan nota,
maklumat tersebut telah menjadi maklumat kekal. Maklumat ini boleh direkod
dalam bentuk fail, memo, buku nota, diari, jurnal dan banyak lagi. Ia amat berguna
sebagai bahan rujukan akan datang bagi diri sendiri dan orang lain.
3
Penulisan Menunjukkan Kita Serius
Pastikan ia ditulis. Ini merupakan ayat yang sering
kita dengar apabila sesuatu komunikasi itu menjadi
serius.

Kebiasaannya penulisan serius ini membabitkan
perjanjian antara individu atau syarikat. Ia bagi
menunjukkan yang kita amat menghormati dengan
persefahaman yang dikecapi bersama.

Menulis matlamat diri juga dikategorikan sebagai
matlamat yang serius jika ia ditulis dan dihayati
dengan semangat yang tinggi.
9
4
Penulisan Mendisplin Diri
5
Penulisan Penyelesaian Masalah
Apabila kita berhadapan dengan masalah rumit atau situasi yang sukar dalam kehidupan, cuba tulis
mengenainya di atas sehelai kertas.

Penyelesaian masalah dengan hanya memikirkan sahaja tidak dapat membantu, ia hanya akan
memeningkan kita malah ia juga boleh mengundang masalah tekanan hidup.

Melalui kaedah menulis, kita dapat melihat gambaran situasi yang sebenar dengan lebih jelas lagi. Ia
juga dapat membantu kita untuk merangka jalan-jalan penyelesaian dengan lebih teratur dan logik.

Jika kita pernah mencuba untuk menurunkan berat
badan atau ingin mengurangkan perbelanjaan
bulanan. Menulis catatan dalam bentuk log
merupakan kaedah terbaik bagi mengesan kemajuan
serta keupayaan kita untuk mengaplikasikan apa
yang dirancang.

Maklumat secara bertulis juga dapat mendisplinkan
kita dari terus hidup berpura- pura dengan diri
sendiri. Ini kerana, kita dapat mengenalpasti samada
aktiviti yang kita harus lakukan itu telah ditunaikan
atau belum melalui catatan yang ditulis.

Kita pasti akan terpegun dengan perbezaan hidup
yang akan terjadi jika kita bertindak mengikut
matlamat yang telah ditulis mengikut tindakan
harian, mingguan mahupun bulanan.
10
Esok jerlah, Minggu depan
ada lagi, Bukan nak pakai seka-
rang pun Ayat yang sering kita
dengari apabila ia dibabitkan
dengan masa.
Masih ramai yang memandang
rendah dengan kuasa pengurusan
masa. Masa merupakan jangka
waktu mengikut saat, minit, jam,
harian, bulanan dan tahunan.
Menguruskan masa dengan
bijak bermakna kita telah mengu-
ruskan kehidupan dengan baik.
Pernahkah kita terfikir mengapa
sesetengah orang seolah-olah
dapat melakukan segala aktiviti
seharian dengan mudah tanpa
ada sebarang halangan pun.
Malah golongan ini merasakan
diri mereka mempunyai lebih
banyak masa terluang lagi
URUS
MASA
ALA
JUTAWAN
berbanding dengan orang sekelil-
ing mereka.
Sebenarnya, rahsia mengurus-
kan masa tidak terletak pada
waktu bekerja dengan lebih masa
dalam sesuatu perkara.
Rahsia masa adalah mengenai
bagaimana kita mengutamakan
perkara-perkara yang penting
terdahulu yang perlu dilakukan
dan belajar cara menggunakan
masa dengan lebih cekap dan
berkesan.

Ringkasnya, rahsia pengurusan
masa adalah bekerja dengan lebih
bijak, bukan bekerja dengan lebih
keras.
Di sini terdapat satu kaedah yang
kita boleh aplikasikan bagi men-
capai pengurusan masa yang
terbaik. Kaedah ini dipanggil
D.O.I.T.N.O.W.
11
D
O
I
T
N
O
W
DIVIDE (Membahagikan).
Bahagi dan mengawal tugasan atau perkara yang perlu dilakukan. Pecahkan
tugasan yang besar kepada tugas-tugas yang lebih kecil bagi memudahkan kita
mengawal aktiviti dan masa yang diperuntukan. Pastikan setiap tugasan yang
ingin dilakukan mempunyai tarikh sasaran untuk menyelesaikannya. Tarikh
sasaran mestilah realistik dan mampu dicapai.
ORGANIZE (Mengatur)
Mengatur kesemua tugasan mengikut keutamaan kepentingan. Tugasan juga
perlu diatur dengan kaedah bagaimana kita hendak melakukannya.
IGNORE (Abaikan)
Abaikan segala gangguan yang tidak kena mengena dengan tugasan yang hendak
kita laksanakan.
TAKE THE TIME (Ambil Masa)
Ambil masa dalam melakukan sesuatu perkara yang kita kurang fahami.
Mempelajarinya terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah timbul sewaktu tugas
ingin dilaksanakan.
NOW (Sekarang)
Bertindak sekarang! Bukan esok mahupun lusa. Jangan melengah-lengahkan
masa. Fast Action, Fast Result!
WATCH OUT TIME (Perhatikan Masa)
Sentiasa memerhatikan masa sasaran yang diperuntukan bagi suatu tugasan.
OPPORTUNITY (Peluang)
Apabila mendapat peluang yang menguntungkan, bertindak cepat untuk
mendapatkannya. Peluang bukan dari segi perniagaan sahaja, peluang juga boleh
dikaitkan dengan peluang masa. Jika sesuatu tugasan dapat dilaksanakan
dengan cepat dari tarikh sasaran, jangan lengahkan masa terus laksanakan
tugasan seterusnya.
FORMULA D.O.I.T.N.O.W.
12
H
I
K
A
Y
A
T
Samsung Mobile Phone telah wujud
sejak tahun 1983. Syarikat ini telah
beroperasi di Korea Selatan selama 70
tahun di dalam bidang perdagangan
dan penghasilan barangan elektronik.
Ramai yang tidak tahu bahawa Sam-
sung tidak seperti syarikat elektronik
lain, di mana pada permulaan per-
niagaannya Samsung tidak terlibat
langsung dalam pembuatan produk
elektronik.

Pada tahun 1938, pengasas Samsung
Byung-Chull Lee telah mendirikan
syarikat eksport di Korea bagi pen-
jualan bahan-bahan basah seperti
ikan, sayuran serta buah-buahan ke
negara China. Penamaan syarikat
Samsung ini berasal dari bahasa Korea
dan kemudiannya diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggeris yang bermak-
sud bintang tiga.

Dalam masa satu dekad sahaja, Samsung telah
mempunyai kilang pemprosessan tepung dan
mesin gula lalu menjadi sebuah syarikat peru-
sahaan bersama pada tahun 1951.
Tahun 1958, Samsung mula mengembang-
kan sayap perniagaannya ke industri kewan-
gan, media, bahan kimia dan pembinaan
kapal.

Selepas itu, pada tahun 1969 syarikat Sam-
sung Mobile Phone, Samsung Electronic ditu-
buhkan dan telah menghasilkan produk-pro-
duk keluaran Samsung yang terkenal dan
terkemuka seperti telefon bimbit, tv, radio,
komponen komputer dan peranti elektronik.

13
Tahun 1987, pengasas Samsung
Byung-Chull Lee telah meninggal
dunia dan Samsung telah di ambil alih
oleh pengerusi Kun-Hee Lee. Tanpa
melengahkan masa, pada tahun
1990 Samsung mula membina
kilang-kilang serta membina
empayar barunya di peringkat
global seperti di negara Amerika
Syarikat, Jerman, Thailand,
Mexico, Sepanyol dan China
sehingga tahun 1997.
Di Amerika Syarikat, Samsung
telah melakukan kerjasama
bersama syarikat Spirnt dalam
pengeluaran telefon jenis
compact dan nipis. Samsung
Mobile Phone telah
mengeluarkan telefon bimbit siri
SH-700 (tahun 1993) yang telah
memberi kebanggaan syarikat
dimana SH-700 ini telah direka
dengan mempunyai saiz yang lebih
kecil berbanding keluaran
sebelumnya, mempunyai bentuk
badan yang nipis dan kualiti audio
yang memberansangkan.
Dengan kualiti produk yang lebih
berkualiti serta kempen pemasaran
yang agresif, Samsung telah berjaya
monopoli separuh dari pasaran
telefon bimbit di Korea dari pihak
lawannya Motorola. Namun pada
tahun 1997 hampir semua perniagaan
di Korea telah mengalami
kemerosotan termasuklah syarikat
Samsung.

Akibat dari beban ekonomi ini,
Samsung terpaksa menjual beberapa
perniagaannya dan mengurangkan
bilangan pekerja bagi meringankan
hutang syarikat. Namun kekuatan
industri elektronik, Samsung
akhirnya telah berjaya dan terus
menerus mengembangkan empayar
perniagaannya ke serata dunia
sehingga ke hari ini.
Dengan mempunyai pusat
penyelidikan teknologi yang tinggi,
Samsung telah membangunkan satu
telefon pintar (smartphone) dengan
gabungan pemain mp3 menjelang
akhir abad ke-20. Pada suku ke-3
tahun 2008, buat pertama kalinya
dalam sejarah Samsung telah
menghantar lebih 50 juta telefon
bimbit ke serata tempat walaupun
pada saat itu dunia sedang mengalami
masalah kemelesetan ekonomi. Awal
tahun 2009, pasaran global Samsung
Mobile Phone telah memiliki lebih
17% pasaran kedua dari Nokia.
Samsung kemudian mendedikasikan
syarikatnya dalam perkembangan
industri teknolgi 3G seperti dalam
pembinaan teknologi video, telefon
kamera dan lain-lain lagi. Tahun 2009,
Samsung Mobile dan T-Mobile
memperkenalkan Memoir, ia
merupakan sebuah telefon bimbit
dengan kamera berkuasa 8
Megapiksel yang terbaik di kelasnya.
Hari ini nama syarikat Samsung telah
berdiri dengan megah dan telah
dinobatkan sebagai salah satu syarikat
pengeluar telefon pintar yang terbaik
di dunia.
14
30 Tanda
Mungkin Anda
U AHAWAN
Seorang
15
Usahawan adalah kumpulan orang yang unik. Mereka kebiasaannya berfikir
secara berbeza, dan bertindak secara berbeza. Jika anda tertanya-tanya samada
anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin
tidak mempunyai semua sifat-sifat atau kemahiran, tetapi jika anda mempunyai
beberapa dari sifat ini, ia adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda
mempunyai apa yang diperlukan
Anda mempunyai ahli keluarga yang tidak boleh bekerja untuk orang
lain. Ibubapa anda bekerja untuk diri mereka sendiri. Walaupun ini
tidak benar untuk setiap usahawan, ramai mempunyai sejarah keluarga
dengan satu atau kedua- dua ibubapa yang pernah bekerja sendiri.
1
Anda seorang yang sentiasa mempersoalkan mengapa orang melakukan
perkara-perkara yang mereka lakukan. Anda berusaha untuk membuat
perkara yang lebih baik dan bersedia untuk mengambil tindakan ke
atasnya.
2
Anda yakin pada diri sendiri. Adakah anda pernah bertemu seorang
usahawan yang pesimis atau benci dirinya? Lagipun, jika anda tidak
mempunyai keyakinan, bagaimana orang lain boleh percaya kepada
anda? Kebanyakan usahawan amat optimistik tentang segala-galanya di
sekeliling mereka.
3
Anda bersemangat. Akan ada masa apabila anda menghabiskan masa
berlebihan dengan tidak membuat satu Ringgit pun. Tetapi hanya minat
dan semangat yang akan membuat anda meneruskan usaha anda.
4
Anda tidak boleh menerima Tidak sebagai jawapan. Seorang
usahawan tidak akan putus asa.
5
Anda mempunyai keupayaan untuk membina perhubungan kerana
keupayaan anda untuk melihat sesuatu perkara dari sudut keseluruhan.
Orang cenderung dan tertarik kepada anda kerana anda seorang yang
disenangi. Ini adalah kerana minat anda.
6
Anda menghabiskan lebih banyak masa dengan pengasas daripada
bersama dengan pasangan anda.
7
16
Anda menghentikan pengajian seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark
Zuckerberg.
8
Berulang-alik setiap hari ke pejabat anda adalah dari bilik tidur ke
ruangtamu. 9
Anda sentiasa seorang pekerja tidak cemerlang dan mungkin telah
dipecat banyak kali. Jangan bimbang, anda tidak bersendirian. Jangan
mengambil ia sebagai tanda bahawa anda seorang yang tidak baik.
Kadang-kadang ia dalam DNA anda.
10
Anda sentiasa bertentangan dengan pihak berkuasa, itulah sebabnya
anda sukar bekerja lama di suatu tempat kerja.
11
Anda percaya bahawa terdapat lebih daripada satu definisi keselamatan
kerja. Anda menyedari bahawa tugas anda adalah selamat selagi anda
berada dalam kawalan berbanding dengan bergantung kepada bos yang
boleh merosakkan kerjaya anda selepas satu kesilapan.
12
Kebanyakan pakaian dalam almari anda terdiri daripada baju-T.
Sesetengah anda mungkin mendapat di pasaraya biasa. Baju lain pula
memaparkan nama atau logo syarikat.
13
Anda mempunyai sifat yang berdaya saing dan bersedia untuk kalah.
Anda sentiasa tahu bahawa anda boleh melakukan sesuatu yang lebih
baik.
14
Idea anda bercuti adalah hari kerja tanpa apa-apa mengganggu tugas
yang benar-benar perlu dilakukan.
15
Anda tidak bekerja dan kemahiran hidup adalah lebih berharga untuk
anda.
16
Anda bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, tetapi anda sebenarnya
boleh memperoleh lebih banyak wang ketika anda berada di sekolah
menengah.
17
17
Anda mahu berada dalam kawalan dan dapat berperintah dalam
syarikat anda sendiri. Anda biasanya suka mengawasi kebanyakan
perkara yang berlaku di syarikat anda.
18
Anda melihat peluang di mana-mana. Sebagai contoh, anda berjalan ke
dalam sebuah bangunan dan ingin tahu tentang nilai syarikat-syarikat di
situ.
19
Perkataan "pitch" tidak lagi mempunyai kaitan dengan besbol.
20
Anda seorang pemikir logik dengan idea-idea tentang bagaimana untuk
membetulkan masalah dan keadaan keseluruhan.
21
Bercakap tentang penyelesaian masalah, adakah anda mencari sama ada
aplikasi itu telah wujud? Mungkin anda telah mula mewujudkan satu
model perniagaan dan senibina perisian untuk melihat jika ia boleh
dilaksanakan.
22
Anda suka bergaul dan tidak mempunyai masalah berkomunikasi
dengan orang ramai.
23
Sebagai kanak-kanak, anda suka menjual barangan seperti di gerai air
limau. Apabila terdapat jualan kelas, anda mungkin salah satu daripada
penjual terbaik.
24
Anda seorang berinisiatif, bermakna anda tidak berputus asa sehingga
projek itu selesai. 25
Tidak kira apa yang anda lakukan setiap hari, anda sentiasa memikirkan
dari segi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.
26
Anda berfikir di luar kotak. Jika tidak, apa yang akan berubah?
27
18
Anda seorang yang menarik dan berkarisma.
28
Anda percaya dalam kecekapan dan akan mencari kaedah-kaedah untuk
membuat sesuatu perkara berjalan lancar.
29
Anda menyedari bahawa anda tidak boleh melakukan semua tugasan.
Anda mempunyai idea dan boleh mempromosikannya tetapi anda juga
tahu bahawa anda tidak mahir dalam setiap tugasan dalam menjalankan
perniagaan.
30
19
MASA
Berjalan...
Masa berjalan.....
Di manakah impian?
Di manakah jalan?
Di manakah tindakan?
Masa berjalan.....
Sehingga masa kita "jalan"
Adakah kita hidup di atas jalan?
Atau kita hidup berjalan-jalan?
Masa berjalan....
Di atas jalan banyak dugaan
Cabaran demi cabaran
Mana mungkin tidak ada pelan
tindakan
Itu namanya meraban-raban
Masa berjalan...
Dulu jalan seorang
Sekarang berteman
Setiap tahun isteri meneran
Dulu boleh berjalan
Sekarang mahu berkenderaan
Masa berjalan...
Kos makan kos kenderaan
Kos tak tertahan kos bangunan
Kos naik ongkos pinjaman
Hidup tekanan mati ditekan
Masa berjalan...
Yang tiada ilmu meraba-raba
Yang berilmu bergaya-gaya
Mencari imbangan neraca
Antara dunia dan di sana
Masa berjalan...
Pasti sampai hujungnya
Yang berduka adalah yang buta
Yang bahagia adalah yang berjumpa
Mengenal rahsia dunia
BertemuNya melaluinya....
Masa berjalan...
Langit di atas bumi dibawah
Sampai masa ke kotak tanah
Pinta gerbang ke alam bawah
Menjadi arwah bertemu arwah
Bertemu sapa menunggu Fatihah
Masa berjalan...
Hidup hanya untuk berlumba
Menunggang dunia mencapaiNya
Sebelum detik dan ketika
Dipertemukan semula
Setelah lepas lama merana
Mencari mana dan di mana
Masa berjalan...
Nukilan :
HambaNya DrAzizan Osman
10 Rabiul Awal/ 22 Jan 2013
20

Anda mungkin juga menyukai