Anda di halaman 1dari 6

Modul 1 : Menetapkan Lokasi Tapak Laman Web

Sebelum kita memulakan Program Macromedia Dreamweaver MX, terlebih dahulu kita perlu
membina satu folder untuk memudahkan memudahkan proses pengurusan fail serta melicinkan
proses upload semua fail ke server yang kita pilih.

Pada folder My Documents, cipta satu folder baru dan namakannya sebagai Laman Web
Dreamweaver seperti rajah berikut.


Untuk memulakan Program Macromedia Dreamweaver MX, kita terlebih dahulu perlu
menginstall Program Macromedia Dreamweaver MX. Setelah Program Macromedia
Dreamweaver MX diinstall, ikon seperti rajah berikut akan dipaparkan.


Klik berganda pada ikon Program Macromedia Dreamweaver MX tersebut, satu tetingkap seperti
rajah berikut akan dipaparkan.

Modul 1 : file:///D:/Modul KDPM KDC/Modul PP Pengurusan Sumber/Kursus ...
1 of 6 15-Jun-14 11:38 AM

Seterusnya, kita perlu menetapkan tapak laman web (Define Site) kita. Klik pada menu Site > New
Site seperti rajah berikut.


Setelah New Site diklik , satu tetingkap (Site Definition) seperti rajah berikut akan dipaparkan.

Modul 1 : file:///D:/Modul KDPM KDC/Modul PP Pengurusan Sumber/Kursus ...
2 of 6 15-Jun-14 11:38 AM

Di dalam kekotak teks ( di bawah teks What would you like to name your site?), kita perlu taipkan
satu nama yang sesuai bagi tapak halaman web kita, katakanlah MySite. Setelah selesai, klik pada
butang Next dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.


Untuk permulaan, kita hanya belajar bagaimana membina laman web yang statik, maka, kita pilih
No, I do not want to use a server technology.

Seterusnya, kita klik pada butang Next. Satu tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
Modul 1 : file:///D:/Modul KDPM KDC/Modul PP Pengurusan Sumber/Kursus ...
3 of 6 15-Jun-14 11:38 AM


Pada tag Basic, secara default, pilihan Edit local copies on my machine, then upload to server when
ready (recommended) telah dipilih.

Seterusnya, kita perlu tentukan lokasi untuk menyimpan tapak laman web kita (MySite). Untuk
latihan ini, kita akan tetapkan lokasi laman web kita dengan mengklik ikon folder di sebelah kanan
kekotak teks Where on your computer do you want to store your files?. Tetingkap Choose Local
Root Folder for Site MySite: akan ditunjukkan . Untuk latihan ini, kita perlu pilih Laman Web
Dreamweaver (Folder ini telah dibuka sebelum ini !) sebagai folder untuk menyimpan MySite kita
seperti rajah berikut.


Kemudian, klik pad butang Select dan diikuti dengan mengklik pada butang Next. Seterusnya, kita
pilih None seperti rajah berikut.

Modul 1 : file:///D:/Modul KDPM KDC/Modul PP Pengurusan Sumber/Kursus ...
4 of 6 15-Jun-14 11:38 AM


Dengan mengklik butang Next, tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.


Sekiranya, kita berpuas hati dengan spesifikasi yang telah dipilih, sila klik pada butang Done.
Perhatikan bahawa nama MySite telah dipaparkan dalam ruangan Site Panel seperti rajah berikut.

Modul 1 : file:///D:/Modul KDPM KDC/Modul PP Pengurusan Sumber/Kursus ...
5 of 6 15-Jun-14 11:38 AM

Modul 1 : file:///D:/Modul KDPM KDC/Modul PP Pengurusan Sumber/Kursus ...
6 of 6 15-Jun-14 11:38 AM

Anda mungkin juga menyukai