Anda di halaman 1dari 2

WAJ 3104

ISL

WEEK 12

Aktiviti Lisan : Ucapan


Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara
yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis
perasmian, perhimpunan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu
kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.
Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan
khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan
disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan
disampaikan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan kemahiran
dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.
Definisi Ucapan
Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan
perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan melafazkan kata-kata
kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya. Ucapan juga dapat
diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau
pemberitahuan secara terbuka kepada khalayak.
Jenis Ucapan
Ucapan Rasmi
Ucapan dalam majlis formal
Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan
Berbentuk komunikasi sehala
Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi majlis tersebut.
Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang
ditetapkan
Ucapan Tidak Rasmi
Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur
Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus kepada maksud.
Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu pendengar boleh
menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa yang diujarkan oleh pengucap.

Contoh :

Ucapan tahniah
Ucapan takziah
Ucapan alu-aluan
Ucapan perpisahan
Ucapan perasmian
Format Ucapan Umum
Pendahuluan
Isi Kandungan Ucapan
Penutup/ Kesimpulan\
Pendahuluan
Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis
syarahan dan ceramah.
Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.
Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.
Isi Kandungan
Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan
perangsang kepada hadirin.
Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan
isi-isi ucapan.
Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati
sekalian.
Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu
menjadi lebih menarik.
Penutup/ Kesimpulan
Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .
Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan
ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.

Anda mungkin juga menyukai