Anda di halaman 1dari 22

20 Kod Etika Keguruan

Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Menjayakan


Kod Etika Perguruan
Kumpulan 5
Alia Shafika Bt Alias
Loriana Jara Ak Philip
Mary Anne Dison
Michelle Mar Ak Philiip
Nurul Fatin Bt Kamarudin
Yusnitha Merang

1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga


boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.
Setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian
masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa.
Amat penting menjaga perlakuan agar tidak mencemarkan
kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru
yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya
bertingkah laku baik dan berakhlak mulia.
Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru
dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang


boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan
Etika ini melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila
memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan.
Selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan
melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya.
Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur,
berhati-hati dan tidak lalai kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian
juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung
kewangan terhadap guru tersebut.
Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang
guru yang tidak jujur dan lalai.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru


hendaklah menjalankannya dengan jujur
Ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar,
guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan
niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan
pelajar.
Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah
sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk
kesenangan peribadinya.

4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak


muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan
lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru
membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh
guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru
ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan.
Kerana, sudah menjadi tanggungjawab seorang guru itu untuk
melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika
disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain
harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi
perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan


memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak
mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

Tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama


mengikut keselesaannya.

Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama


Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar
Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa
sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai
berbanding pelajar Melayu.

Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan


tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.

6. Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu


bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid
ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
Sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah
merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk
menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu
persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat
menumpukan perhatian pada anak mereka.
Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya
seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat
menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di
rumah.

7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan


secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa,
warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan
politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lainlain
Guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata.
Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata
tanpa mengira status pelajar dihadapannya.
Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama, sama ada
dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke
sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan


individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan lain-lain
Semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu
yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan
pemahamannya.
Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar
tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan
potensinya.

9. Guru haruslah menghormati hak setiap murid


supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak
diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan
Guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh
dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu.
Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh
didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh
memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

10. Guru tidaklah harus menanam sikap yang


boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat
atau negara

Guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan


seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan
mencapai matlamat negara.

11. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik


terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan
berguna

Melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan


tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik
dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

12. Guru tidaklah harus menyatakan atau


membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya
Guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa
sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan
menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa.
Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu
sendiri.

13. Guru haruslah bertingkahlaku begitu


rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.
Guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan
bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik
kepada pelajarnya.
Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.

14. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran


daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran
tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan
Tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan
adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi
dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan
luar waktu sekolah.
Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah
dilarang.
Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

15. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk


kerja tuisyen atau pengajaran persendirian
Menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah
lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya.
Dalam erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apaapa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka
masyarakat sekeliling.

16. Guru tidaklah harus memaksakan


kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya
Sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya
adalah bebas menganut mana-mana agama.
Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi
pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya.
Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar
agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang
terbaik untuk diri mereka sendiri.
Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu
membuat keputusan sendiri.

17. Guru tidaklah harus meminta atau menerima


hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas profesionalnya

Setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas


tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa
mahupun masyarakat.

18. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik


guru lain.

Dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan
setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan
pelajar

19. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja


(iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan
Guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar
dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri dan taraf
pekerjaannya.
Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara
mengampu pentadbir sekolah.

20. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya


dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan.
Tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar.
Guru harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya.
Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan
berlumba-lumba menempa nama.
Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk
kebaikan dirinya.

RUJUKAN
Abdullah Seni Yahya (2007), Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishng Sdn. Bhd.
Say Fooi (2005) Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan
Profesionalism. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Malek Muhamat Said. (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah. Kuala Lumpur. PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai