Anda di halaman 1dari 1

TAJUK

ARAH ALIRAN KADAR INFLASI DI MALAYSIA DAN PERBEZAAN KADAR INFLASI


DI MALAYSIA DENGAN KADAR INFLASI DI INDONESIA DARI TAHUN 2006 HINGGA
TAHUN 2012

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan
membandingkan kadar inflasi antara negara Malaysia dengan negara Indonesia dari tahun 2006
hingga tahun 2012. Bagi mendapatkan maklumat, kaedah data sekunder digunakan. Dalam
kajian ini, ia menunjukkan bahawa kadar inflasi di Indonesia adalah paling tinggi pada tahun
2006, iaitu 13.11%. Hal ini berlaku disebabkan kenaikan harga minyak antarabangsa dan import.
Tambahan pula, harga bahan api pengguna di Indonesia juga naik melebihi dua kali dan inflasi
dua angka. Sebaliknya, kadar inflasi di Malaysia mencapai tahap tertinggi, iaitu 5.4% pada tahun
2008. Hal ini berlaku disebabkan lonjakan harga komoditi terutama minyak dan pangan. Kadar
kenaikan inflasi yang tidak menentu ini akan mempengaruhi nilai benar mata wang negara dan
terjadi keketatan likuiditas global. Untuk mengatasi masalah tersebut, kerajaan Malaysia
menggunakan dinar emas agar nilai simpanan wang tidak jatuh. Pada masa yang sama,
pemerintah Indonedia bersama Bank Indonesia mengatasi inflasi melalui kebijakan monetari,
iaitu menaikkan suku bunga acuan sampai dengan suku bunga dasar kredit perbankan. Dengan
langkah-langkah tersebut, kadar inflasi di Malaysia dan Indonesia mencapai tahap yang terendah
iaitu 0.58% pada tahun 2009 dan 4.28% pada tahun 2012. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah
pun menambah ilmu pengetahuan pengguna dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh
pengguna lain pada masa yang akan datang.

ii

Anda mungkin juga menyukai