Anda di halaman 1dari 11

PERANAN GURU MORAL

DALAM FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Tugasan Berkumpulan

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

"Pendidikan

di

Malaysia

memperkembangkan

lagi

adalah

satu

usaha

potensi

individu

berterusan

secara

ke

menyeluruh

arah
dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,


masyarakat dan negara."

INTIPATI FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN
Pendidikan sebagai satu usaha berterusan
Bermula dengan pendidikan asas yang
berperingkat(rumah dan tadikasekolah rendah dan
sekolah menengahinstitusi pendidikan tinggi tempat
bekerja dan komuniti)

Memperkembang potensi individu


Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial (JERIS)

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan


bersepadu
Aktiviti kokurikulum harus diberi penekanan selain aktiviti
akademik di bilik darjah.
Perkembangan potensi individu tidak lengkap jika dilakukan secara
berasingan.
Potensi diperkembangkan secara optimum dengan
menginterasikan bakat dan kebolehan yang saling berkait di antara
satu sama lain.

Insan yang seimbang dan harmonis

Memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri,


keluarga dan negara.
Memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan
kesejahteraan dalam jiwanya.
Merasa syukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup
serta sentiasa berikhtiar mengatasi masalah hidup.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan


Melahirkan individu yang yakin adanya pencipta
alam.
Sanggup memikul tanggungjawab kepada
penciptaNya untuk mentadbir dan memakmurkan
alam ini.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan


Diri individu perlu ada sikap suka membaca,
cintakan ilmu pengetahuan serta akan
menggunakan untuk manfaat diri dan orang lain.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan


Rakyat sanggup memberi sumbangan demi kemajuan
negara.
Dapat melaksanakan tugas dalam jangka masa yang
singkat, cekap dan sempurna.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia


Memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin
dan diamalkan dalam kehidupan harian.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati


kesejahteraan diri
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh
akan membolehkan individu memiliki jiwa yang
tenteram untuk memahami keperluan dirinya,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi


sumbangan
Melalui latihan yang diterima dan kesungguhan
individu, tenaga mahir yang produktif dan inovatif
dapat dilahirkan untuk meningkatkan daya
pengeluaran ke arah pembangunan negara.

PERANAN GURU

Guru sebagai pendidik

Guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan dalam FPK.
Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin, tugas mendidik ini adalah

tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru.

Guru sebagai pemimpin

Guru perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. (murid)


Murid yang masih muda akan mudah tersilap langkah dalam kehidupannya

sekiranya tidak dipimpin.

Guru sebagai seorang yang produktif


Guru perlu menggunakan segala sumber tenaga dan masa dengan bekesan

sama ada di sekolah dan selepas waktu persekolahan.


Tugas guru bukan hanya tertakluk kepada waktu sesi persekolahan. Mereka

sebenarnya menjadu guru sepanjang masa.


Seorang guru akan tetap dipanggil guru walau di mana mereka berada hatta

walaupun mereka sudah bersara.

Guru perlu sentiasa bersikap positif dan kreatif

terhadap anak muridnya

Guru perlu sentiasa meluangkan masa kepada anak muridnya yang kurang

mahir tanpa rasa leceh.


Kreativiti akan sentiasa menjadi sumber tarikan kepada anak murid terhadap

pembelajaran dalam kelas.

Guru sebagai professional


Guru perlu memiliki sikap professional. Sikap ini boleh ditonjolkan melalui

cara mereka bekerja.


Seorang yang professional selalu menjaga disiplin, menepati waktu,

berketerampilan menarik dan lain-lain lagi.


Bekerja secara professional mampu memartabatkan kembali kerjaya ini

agar terus dipercayai dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai