Anda di halaman 1dari 2

2.

Pemimpin dan Pengurus Kurikulum


a) Mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa untuk mengesan keberkesanan
pengajaran Pendidikan Moral.
b) Menyiapkan rancangan kerja tahunan, semester dan harian untuk semua guru
Pendidikan Moral.
c) Membina item-item ujian kertas pensel bagi ujian sekolah dan PKBS.
d) Membina item-item untuk penilaian tidak formal bagi Pendidikan Moral.
e) Menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Moral.
f) Merancang projek yang boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral.
g) Bertukar-tukar pendapat dengan panitia Pendidikan Moral sekolah lain untuk
meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
h) Mengurus dan mengerakkan panitia.
i) Merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran dan pengajaran yang
akan dijalankan di dalam kelas supaya ia saksama dan adil kepada semua pelajar.
j) Mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak
bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral.
k) Mengurus jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral.
l) Mengurus bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral seperti bilik
audiovisual.
m) Melakukan tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan
pengayaan.

3. Memastikan kemajuan staf


a)
b)
c)
d)

Membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar moral.


Merancang dan melaksana program latihan dalaman.
Menilai program Pendidikan Moral di sekolah
Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel, dan kursus.

4. Menyediakan bahan
a) Menyediakan bahan bantu mengajar kepada guru-guru untuk digunakan di dalam
kelas.
b) Menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah.

Tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,


bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan
Negara serta masyarakat global.
Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2003.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak
mulia dan berintegriti.
Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk kepada satu program mendidik
murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan
menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral.

Objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KBSR (tanggungjawab guru)

Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.


Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.
Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan social bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, Negara serta alam sekitar.
Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam
membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.

Objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KSSR (tanggungjawab guru)


Memahami dan menghayati nilai-nilai universal.
Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia.
Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri
dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan Negara.
Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral


Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh
disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan
Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran
secara bersama.
Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan
pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan
sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata
pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan.
Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik
yang dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu
dibuat tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan
menggunakann bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat
oleh guru yang dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah.
Guru-guru perlu mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber
elektronik supaya pengajaran tidak terganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta
bantuan pembantu bilik sumber (jika ada) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas
digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya.
Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil.

Anda mungkin juga menyukai