Anda di halaman 1dari 5

Laporan Individu Lawatan ke Borneo Tropical Rainforest Resort

Pada awal pagi 22 Oktober 2015, kami berkumpul di garaj dan bertolak untuk sarapan
pagi dalam kumpulan. Setelah habis sarapan pagi, kami kembali ke bas dan menuju ke
destinasi kami pada hari tersebut, Borneo Tropical Rainforest Resort.

Setelah sampai, kami disambut dengan mesra sekali oleh kakitangan BTRR. Kami telah
diberi taklimat ringkas tentang perjalanan sepanjang hari di BTRR dan semua ahli kembara
menumpukan perhatian dengan apa yang disampaikan.
Aktiviti pertama yang dijalankan adalah jungle trekking di mana kami akan merentasi
hutan dan mendaki bukit. Saya mengikuti semua arahan yang diberi dan menjaga keselamatan
diri dan juga keselamatan rakan di sekeliling saya. Jungle trekking ini mengambil masa selama
1 jam.

Aktiviti yang seterusnya adalah flying fox, saya berasa amat teruja dan ingin mencuba
kerana saya tidak mempunyai peluang untuk merasai pengalaman bermain flying fox ini. Kami
diberi pesanan untuk mengetatkan gadjet kami sebelum menjalani aktiviti ini demi keselamatan.
Walaupun proses tersebut hanya sebanyak 10 saat, namun saya berasa bersyukur kerana
akhirnya saya berpeluang untuk mencubai aktiviti yang baru ini dalam kehidupan saya.

Setelah habisnya aktiviti flying fox, kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti boating di
mana setiap boat dapat menampung maximum 5 orang. Aktiviti ini amat mencabarkan kerana ia
memerlukan kerjasama semua penampung dalam boat tersebut. Sekiranya kami tidak
bekerjasama, boat kami tidak akan sampai ke destinasi yang kami ingin tujui.
Selepas sesi pagi tamat, kami dijemput untuk menjamu selera di dalam bilik yang
disediakan. Pelbagai jenis makanan telah disediakan dan kami boleh mengambil sebanyak
makanan yang mungkin. Namun begitu, saya tidak bersikap tamak dan hanya mengambil
jumlah makanan yang dapat dihabiskan. Sekiranya makanan yang diambil tidak mencukupi,
saya akan mengisi lagi. Selepas itu, kami sempat mengisi masa lapang kami dengan bermain
snuker. Sekali lagi, saya berasa amat teruja kerana saya tidak pernah bermain permainan ini.
Walaupun permainan ini mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan 1 set, saya
membagi peluang tersebut kepada rakan lain untuk mencuba.
Pada jam 2pm, kami meneruskan aktivit dengan tour di sekitar BTRR dengan
menggunakan traktor. Pada masa yang sama, kami berpeluang untuk merentasi sebuah tasik di
mana pekerja menghabiskan masa selama 7 tahun untuk menghasilkannya. Dalam tasik
tersebut terdapat ikan ternakan dan air sangat bersih dan jernih.

Seterusnya, kami melawat ke kawasan waterfall di mana persekitannya adalah sangat


tenang, airnya jernih lagi bersih dan sejuk.

Aktiviti yang seterusnya adalah aktivit di water park, ia merupakan stesen yang terakhir
bagi lawatan kami pada hari tersebut. Kami diawasi oleh staf-staf di BTR demi keselamatan
kami semua. Sekiranya kami menggunakan cara bermain yang berbahaya, staf akan memberi
nasihat kepada kami. Antara aktiviti yang dimainkan ialah water slider dan water volleyball.

Anda mungkin juga menyukai