Anda di halaman 1dari 18

PERANAN GURU MORAL

DALAM FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Tugasan Berkumpulan

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

"Pendidikan

di

Malaysia

memperkembangkan

lagi

adalah

satu

usaha

potensi

individu

berterusan

secara

ke

menyeluruh

arah
dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,


masyarakat dan negara."

INTIPATI FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN
Pendidikan sebagai satu usaha berterusan
Bermula dengan pendidikan asas yang
berperingkat(rumah dan tadikasekolah rendah dan
sekolah menengahinstitusi pendidikan tinggi tempat
bekerja dan komuniti)

Memperkembang potensi individu


Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial (JERIS)

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan


bersepadu
Aktiviti kokurikulum harus diberi penekanan selain aktiviti
akademik di bilik darjah.
Perkembangan potensi individu tidak lengkap jika dilakukan secara
berasingan.
Potensi diperkembangkan secara optimum dengan
menginterasikan bakat dan kebolehan yang saling berkait di antara
satu sama
Insan
yanglain.
seimbang dan harmonis
Memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri,
keluarga dan negara.
Memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan
kesejahteraan dalam jiwanya.
Merasa syukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup
serta sentiasa berikhtiar mengatasi masalah hidup.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan


Melahirkan individu yang yakin adanya pencipta
alam.
Sanggup memikul tanggungjawab kepada
penciptaNya untuk mentadbir dan memakmurkan
alam ini.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan


Diri individu perlu ada sikap suka membaca,
cintakan ilmu pengetahuan serta akan
menggunakan untuk manfaat diri dan orang lain.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan


Rakyat sanggup memberi sumbangan demi kemajuan
negara.
Dapat melaksanakan tugas dalam jangka masa yang
singkat, cekap dan sempurna.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia


Memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin
dan diamalkan dalam kehidupan harian.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati


kesejahteraan diri
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh
akan membolehkan individu memiliki jiwa yang
tenteram untuk memahami keperluan dirinya,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi


sumbangan
Melalui latihan yang diterima dan kesungguhan
individu, tenaga mahir yang produktif dan inovatif
dapat dilahirkan untuk meningkatkan daya
pengeluaran ke arah pembangunan negara.

PERANAN GURU

Guru sebagai pendidik

Guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan dalam FPK.
Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin, tugas mendidik ini adalah

tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru.

Guru sebagai pemimpin

Guru perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. (murid)


Murid yang masih muda akan mudah tersilap langkah dalam kehidupannya

sekiranya tidak dipimpin.

Guru sebagai seorang yang produktif


Guru perlu menggunakan segala sumber tenaga dan masa dengan bekesan

sama ada di sekolah dan selepas waktu persekolahan.


Tugas guru bukan hanya tertakluk kepada waktu sesi persekolahan. Mereka

sebenarnya menjadu guru sepanjang masa.


Seorang guru akan tetap dipanggil guru walau di mana mereka berada hatta

walaupun mereka sudah bersara.

Guru perlu sentiasa bersikap positif dan kreatif

terhadap anak muridnya

Guru perlu sentiasa meluangkan masa kepada anak muridnya yang kurang

mahir tanpa rasa leceh.


Kreativiti akan sentiasa menjadi sumber tarikan kepada anak murid terhadap

pembelajaran dalam kelas.

Guru sebagai professional


Guru perlu memiliki sikap professional. Sikap ini boleh ditonjolkan melalui

cara mereka bekerja.


Seorang yang professional selalu menjaga disiplin, menepati waktu,

berketerampilan menarik dan lain-lain lagi.


Bekerja secara professional mampu memartabatkan kembali kerjaya ini

agar terus dipercayai dan dipandang mulia oleh masyarakat.

PERANAN SEKOLAH
Pentadbiran

Diketuai oleh guru besar dan berhubungan dengan guru dan juga murid

dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia.


Menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk

visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.


Sifat pemimpin : pengarah, pendorong, dan pembantu.
Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan

pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek kepemimpinan, tuntutan


kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia,
membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-

jangkaan tentang perubahan dan berupaya membimbing guru-guru di


bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh

ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti


hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial
(iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang
mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian
akademik murid (Rutter et al,1979).

Budaya sekolah

Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial

dan penggunaan bahasa.


Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan.

Bangunan dan kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar


yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya
taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan
kepada orang.
Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni

dapat dipupuk di kalangan murid.


Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas

haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas bahasa untuk


bertutur dan menulis.
Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di

kalangan pelajar

Ko-kurikulum
Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi

semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan


kepercayaauntuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kognitif

dan efektif.
boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis melalui ko-kurikulum.


memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi murid.
membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan


negara.
melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui ko-kurikulum.

Guru
Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi pendidikan

dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan


transformasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
memperoleh pengetahuan tentang pelbagai jenis teknik dan kaedah

pengajaran serta kemahiran pengajaran.


bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih

mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal


lain.
menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan berusaha

mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara


institusi pendidikan dengan rumah tangga.
berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan.

Prasarana
Kemudahan di sekolah amat penting untuk membantu objektif FPK

berjaya dilaksanakan
Suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana

proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dengan


lancar
Peluang mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan juga sosial, secara menyeluruh dan


seimbang
Perubahan aktiviti budaya yang kondusif amat sesuai dalam usaha

untuk mewujudkan corak pembelajaran yang sihat dan bermakna


kepada pelajar.
Melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu sekiranya

prasarana yang disediakan (cth: komputer)

SENARAI RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral, Kursus Pendidikan Perguruan Asas, Kuala
Lumpur, 1993.
Cheding, S.S. (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://sksc.
ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 25 Januari 2015.
Graham, D. Moral Learning and Development: Theory and Research, B. T.
Batsford Ltd., London, 1974.
Rajendran, N. dan Meng, E. A. (1995). Pendidikan Moral (Dinamika Guru).
Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.
Tong Hock, G. (2007). Guru Bereflektif Penjana Modal Insan Gemilang.
http://www.scribd.com. Akses pada 20 Januari 2015.

Anda mungkin juga menyukai