Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Kembara

WAJ 3131 Persatuan merupakan subjek wajaran dalam kursus pada semester ini. Pada
awal semester, kami dikehendaki untuk mencari maklumat tentang kursus ini dan
membentangkan maklumat tersebut di dalam kelas. Pada akhir kursus ini pula, kami
dikehendaki merancang satu kembara dan menjalankan kembara tersebut. Untuk kelas kami,
kami telah rancang dan semua bersetuju untuk membuat lawatan kami ke Borneo Tropical
Rainforest Resort, Miri. Dari persediaan hingga ke akhir kembara, saya telah mendapat banyak
manfaat dan saya berasa amat bersyukur.
Persediaan kembara tersebut bermula dengan mencipta sebuah lagu kembara dan
melukis logo untuk kelab kembara kami. Setiap ahli kelas menyumbang dalam usaha tersebut
dan dalam proses tersebut, saya mendapati bahawa kerjasama adalah amat penting sekali
untuk menjayakan sesuatu kerja dalam masa yang tersingkat. Selepas itu, kertas kerja
disediakan dan dibentang dalam mesyuarat M3P dan telah diluluskan.
Pada awal pagi 21 Oktober 2015, kami berkumpul di garaj dan bersiap sedia untuk
berlepas ke destinasi. Setiap ahli telah berkumpul awal untuk mengelakkan daripada kelewatan
dan melancarkan perjalanan ke IPGK Sarawak di mana penginapan telah disediakan. Dalam
perjalanan tersebut, kami bersinggah di Selangau dan Bintulu untuk mengisi perut dan pergi ke
tandas. Kami semua telah menepati masa yang ditetapkan dan kembali ke bas, ketua kumpulan
kami, Elaine Chin akan sentiasa mengira jumlah orang dalam bas sebelum bertolak. Hal ini
demikian kerana seorang ketua harus sentiasa prihatin dengan ahli kumpulan di bawah
pimpinannya. Selepas 8 jam dalam perjalanan, kami sampai di IPGK Sarawak dan kami semua
disediakan bilik untuk 2 hari. Selepas mendapat kunci dari pihak IPG, kami meletakkan barang
di dalam bilik dan berehat sebelum keluar untuk makan malam. Semasa berada dalam
kawasan IPG, kami semua diingatkan untuk menjaga imej individu, imej IPGK Rajang dan juga
imej sebagai seorang Teslian. Dalam kampus tersebut, saya telah bertemu dengan rakan
sekelas sekolah menengah dulu dan kami berbual tentang kehidupan masing-masing dalam
bilik. Selepas makan malam, kami balik untuk berehat awal kerana hari keesokan merupakan
hari kembara yang memerlukan semangat yang tinggi.
Pada awal pagi 22 Oktober 2015, kami berkumpul di garaj dan bertolak untuk sarapan
pagi dalam kumpulan. Setelah habis sarapan pagi, kami kembali ke bas dan menuju ke
destinasi kami pada hari tersebut, Borneo Tropical Rainforest Resort. Setelah sampai, kami

disambut dengan mesra sekali oleh kakitangan BTRR. Kami telah diberi taklimat ringkas
tentang perjalanan sepanjang hari di BTRR dan semua ahli kembara menumpukan perhatian
dengan apa yang disampaikan. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah jungle trekking di mana
kami akan merentasi hutan dan mendaki bukit. Saya mengikuti semua arahan yang diberi dan
menjaga keselamatan diri dan juga keselamatan rakan di sekeliling saya. Aktiviti yang
seterusnya adalah flying fox, saya berasa amat teruja dan ingin mencuba kerana saya tidak
mempunyai peluang untuk merasai pengalaman bermain flying fox ini. Kami diberi pesanan
untuk mengetatkan gadjet kami sebelum menjalani aktiviti ini demi keselamatan. Walaupun
proses tersebut hanya sebanyak 10 saat, namun saya berasa bersyukur kerana akhirnya saya
berpeluang untuk mencubai aktiviti yang baru ini dalam kehidupan saya. Setelah habisnya
aktiviti flying fox, kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti boating di mana setiap boat dapat
menampung maximum 5 orang. Aktiviti ini amat mencabarkan kerana ia memerlukan kerjasama
semua penampung dalam boat tersebut. Sekiranya kami tidak bekerjasama, boat kami tidak
akan sampai ke destinasi yang kami ingin tujui.
Selepas sesi pagi tamat, kami dijemput untuk menjamu selera di dalam bilik yang
disediakan. Pelbagai jenis makanan telah disediakan dan kami boleh mengambil sebanyak
makanan yang mungkin. Namun begitu, saya tidak bersikap tamak dan hanya mengambil
jumlah makanan yang dapat dihabiskan. Sekiranya makanan yang diambil tidak mencukupi,
saya akan mengisi lagi. Selepas itu, kami sempat mengisi masa lapang kami dengan bermain
snuker. Sekali lagi, saya berasa amat teruja kerana saya tidak pernah bermain permainan ini.
Walaupun permainan ini mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan 1 set, saya
membagi peluang tersebut kepada rakan lain untuk mencuba. Pada jam 2pm, kami
meneruskan aktivit dengan tour di sekitar BTRR dengan menggunakan traktor. Pada masa
yang sama, kami berpeluang untuk merentasi sebuah tasik di mana pekerja menghabiskan
masa selama 7 tahun untuk menghasilkannya. Dalam tasik tersebut terdapat ikan ternakan dan
air sangat bersih dan jernih.
Seterusnya, kami melawat ke kawasan waterfall di mana persekitannya adalah sangat
tenang, airnya jernih lagi bersih dan sejuk. Sekiranya saya mempunyai peluang pada masa
depan, saya pasti akan melawat ke tempat yang sama untuk kali yang kedua. Disebabkan
masalah kekangan masa, kami meneruskan dengan aktiviti di waterpark. Setiap ahli kelas
sangat teruja dan gembira dengan aktiviti di waterpark. Semasa bermain di waterpark, saya
menjaga keselamatan saya dengan mengikuti arahan diberi. Sebelum menghabiskan hari

tersebut di BTRR, kami mengambil gambar kelas bersama pensyarah kami, Cik Wong dan juga
mentor kelas, Madam Laily dan Encik Adam di depan BTRR sebagai kenangan.
Secara kesimpulannya, kembara pada kali membawa makna yang amat besar sekali
dan saya berharap kami semua akan membuat satu kembara lagi pada masa hadapan sebelum
menamatkan pengajian di IPGK Rajang. Sebelum menamatkan refleksi ini, saya ingin memberi
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan kembara ini,
tidak dilupakan juga kepada pihak IPGK Sarawak kerana menyediakan tempat penginapan
yang begitu selesa sekali untuk kami. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai