Anda di halaman 1dari 12

1

BOLA JARING PRASEKOLAH


__________________________________________________________________________

1. Pengenalan
Permainan Bola Jaring disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan
sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ).

2. Matlamat
1.1. Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan kasar.
1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

3. Objektif
3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.
3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
3.3 Membina insan yang aktif dan kreatif.
3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4. Kumpulan Sasaran
4.1 Murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun.
4.2 7 orang murid perempuan dari setiap pasukan tidak termasuk pemain simpanan.

5. Syarat-Syarat Dan Peraturan Pertandingan Bola Jaring Prasekolah
5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain tidak termasuk pemain simpanan.
5.2 Peraturan-peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM
mengikut kesesuaian murid prasekolah.
5.3 Semua keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.





2

6. Bilangan Pegawai dan Peserta
6.1 Setiap pasukan terdiri daripada:
Pengurus Pasukan : 1 orang,
Jurulatih : 1 orang
Peserta : 7 orang (tidak termasuk pemain simpanan)
6.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
6.3 Borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur hendaklah diisi dengan
lengkap dan diserahkan kepada jawatankuasa pengelola bersama-sama dengan
salinan Sijil Kelahiran / MyKid yang telah disahkan.

7. Tempoh Perlawanan

5 3 5 ( 5 minit pertama 3 minit rehat 5 minit kedua )

8. Sistem Pertandingan
8.1 Liga dalam kumpulan
8.2 Pusingan Suku Akhir
8.3 Pusingan Separuh Akhir
8.4 Perlawanan Akhir

9. Penentuan Kemenangan
9.1 Sistem pemberian mata secara liga diberikan :
Menang - 3 mata,
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
9.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan
dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya.
9.3 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang
akan ditentukan dengan perbezaan jaringan gol.
9.4 Sekiranya keputusan seri semasa perlawanan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir
dan Akhir.
3

9.4.1 Penentuan jaringan penalti akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran.
9.4.2 Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontaran tambahan
sehingga pemenang dapat ditentukan.

10. Pertukaran Pemain
10.1 Setiap pasukan boleh melakukan pertukaran pemain sebanyak 3 kali pada setiap
perlawanan.
10.2 Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula dan pertukarannya
akan diambil kira.
10.3 Setiap pasukan boleh membuat pertukaran posisi semasa rehat atau permainan
diberhentikan atas sebab kecederaan atau sakit.

11. Pakaian
11.1 Setiap pasukan hendaklah memakai bib seragam.
11.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set bib yang berbeza warna.
11.3 Saiz bib dicadangkan berukuran 42cm x 35cm dan huruf bercetak. (Rujuk
lampiran)
11.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku
pendek.
11.5 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan
memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.











4

12. Gelanggang Dan Peralatan
( DIUBAH SUAI MENGIKUT KESUAIAN MURID PRASEKOLAH )
1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 10.5 m ( panjang(p) X lebar(l)
21 m



10.5m



12.1 Tiang Gol : Tinggi tiang 1.7 meter
- Tiang hendaklah dibalut bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain
12.2 Bulatan tiang gol mengikut ukuran diameter 380mm.
12.3 Panjang jaring secara horizontal dari tiang berukuran 150mm.
12.4 Jenis bola rubber dan bersaiz 4.

13. Bilangan Pemain
13.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain di dalam gelanggang dengan posisi : C,
WD, WA, GA, GD, GK dan GS

14. Peraturan Permainan
(Kesesuaian di peringkat murid prasekolah)
14.1 Semua pemain berada di posisi masing-masing sewaktu memulakan permainan.
Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan.
Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol.



3.5M

0.6M
7m 7m 7m
5

14.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.
14.3 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola. Dibenarkan
mengerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan
atau bulatan gol. Pemain dibenarkan pivot(berpusing dengan 2 kaki) untuk
menghantar bola. Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan
menggantung salah satu kaki.
14.4 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam
bulatan gol. Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam
bulatan gol.
14.5 Seorang pemain TIDAK dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum
membuat hantaran. Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan.
14.6 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan.
14.7 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol.

15. Pematuhan Masa
15.1. Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 30 minit sebelum perlawanan
dimulakan.
15.2. Pasukan yang lewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang
munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan
jaringan 5 - 0.

12. Bantahan Dan Rayuan
12.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari 1 jam selepas
tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan
sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang
dikemukakan itu didapati tidak wajar.
12.2 Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi
Jawatankuasa Teknik Pertandingan dan 3 orang wakil daripada Jabatan Pendidikan
Negeri yang berkecuali.
12.3 Keputusan juri adalah muktamad.

6

13. Keselamatan
13.1 Sebarang kecederaan atau kemalangan adalah di bawah tanggungan setiap pasukan
masing-masing.
13.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit masing-masing.

14. Penangguhan Perlawanan
14.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan
lebat, petir dan kilat, keadaan padang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya,
maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik berhak
menangguhkan perlawanan. Penangguhan ditentukan seperti berikut :
14.1.1 Sekiranya perlawanan pada hari yang sama, maka perlawanan disambung
mengikut baki masa yang tinggal.
14.1.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang lain, maka perlawanan
hendaklah dimainkan semula.
14.1.3 Sekiranya perlawanan masih tidak dapat dijalankan dan perlawanan telah
melebihi separuh dari masa sebenar maka jaringan semasa akan diambil kira
untuk menentukan pemenang.
14.1.4 Andaikan kaedah di atas gagal untuk menentukan kedudukan pasukan maka
kaedah jaringan penalti akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
- Penentuan jaringan penalti akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran.
- Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontaran
tambahan akan dilakukan sehingga pemenang dapat ditentukan.
14.2 Jawatankuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu
jadual dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

15. Menarik Diri Dan Menyerah Kalah
15.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh
pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan tidak dibenarkan memasuki sebarang
pertandingan seterusnya. Mata akan diperolehi oleh pasukan lain yang terlibat
dalam perlawanan yangterdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan
keputusan kumpulan.
7

16. LAIN-LAIN
16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan
adalah muktamad.

JADUAL PERTANDINGAN PUSINGAN LIGA

KUMPULAN A
A1 A2 A3 A4 JARINGAN KENA MATA
A1
A2
A3
A4


KUMPULAN B
B1 B2 B3 B4 JARINGAN KENA MATA
B1
B2
B3
B4

KUMPULAN C
C1 C2 C3 C4 JARINGAN KENA MATA
C1
C2
C3
C4



8

KUMPULAN D
D1 D2 D3 D4 JARINGAN KENA MATA
D1
D2
D3
D4

Johan dan Naib Johan Kumpulan akan bertanding pada peringkat suku akhir.

JADUAL PERTANDINGAN KALAH MATI
SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR




































JOHAN
9

JADUAL PERTANDINGAN
BIL MASA PERLAWANAN GELANGGANG CATATAN
PUSINGAN LIGA
1
8.30

8.43
A1 vs A2 A
2 B1 vs B2 B
3 C1 vs C2 C
4 D1 vs D2 D
5
8.46

8.59
A3 vs A4 A
6 B3 vs B4 B
7 C3 vs C4 C
8 D3 vs D4 D
9
9.02

9.15
A1 vs A3 A
10 B1 vs B3 B
11 C1 vs C3 C
12 D1 vs D3 D
13
9.18

9.31
A2 vs A4 A
14 B2 vs B4 B
15 C2 vs C4 C
16 D2 vs D4 D
17
9.34

9.47
A1 vs A4 A
18 B1 vs B4 B
19 C1 vs C4 C
20 D1 vs D4 D
10

21
9.50

10.03
A2 vs A3 A
22 B2 vs B3 B
23 C2 vs C3 C
24 D2 vs D3 D
PUSINGAN SUKU AKHIR
25
10.30

10.43
JA vs NJB A
26 JC vs NJD B
27 JB vs NJA C
28 JD vs NJC D
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
29
11.00

11.13
JX vs NJY A
30 JY vs NJX B
PUSINGAN AKHIR
31
11.30

11.43
NJPA vs NJPB A
32
11.50

12.03
JPA vs JPB A







11

LAMPIRAN












BIB






















12

















TIANG GOL BERBALUT KETINGGIAN MURID
DAN TIANG GOL










SAIZ BOLA JARING (SAIZ 4) YANG DITETAPKAN

Anda mungkin juga menyukai