Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 01

Aiman seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah
meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh
dengan Ali, jiran mereka. Aiman selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat
demikian. Selain itu, Aiman juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan
sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang
menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Aiman. Dia
selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan makanan
5. Menjaga kesihatan dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat



LATIHAN 02



Tema : Murid yang bersikap negative

Kamal murid Tahun 4 Anggerik. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan
tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru
kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan
perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan.
Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Kamal
tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun
beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan
dengannya. Mereka takut pada Kamal.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru



LATIHAN 03


Ibu menyuruh Jumali ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Jumali
menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan.
Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim.
Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya.
Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-
main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia
menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu
bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya
semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /



LATIHAN 04

Siva membantu Zaid yang mengalami kecederaan semasa berlari dalam acara 4 x 100 meter. Dia
membalut luka pada lutut Zaid dengan berhati-hati. Zaid menyesal kerana menuduh Siva mencuri
duitnya. Zaid memohon maaf kepada Siva kerana berprasangka terhadapnya. Zaid menceritakan
perkara yang sebenarnya. Duit Zaid sebenarnya tidak hilang tetapi tertinggal di dalam kereta
ayahnya. Zaid berasa malu terhadap Siva kerana tidak bersikap adil kepadanya. Walaupun Zaid
menuduh mencuri duitnya, tetapi Siva tidak berdendam dan sudi merawat lukanya. Siva telah
memaafkan Zaid dan menghargai persahabatannya dengan Zaid selama ini.


Jawapan:

Nilai atau pengajaran daripada petikan di atas ialah kita mesti membantu rakan kita yang berada
dalam kesusahan. Kita perlu menunjukkan sikap baik hati walaupun terdapat perselisihan faham
sebelum ini. Perasaan dendam harus dielakkan dalam persahabatan. Selain itu berterus teranglah
sekiranya terdapat keraguan. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan, tindakan yang perlu adalah
insaf atas kesalahan tersebut. Sikap pemaaf penting dalam menjalinkan semangat setiakawan.

Anda mungkin juga menyukai