Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan Tematik

Tahukah anda bahawa pengajaran dan pembelajaran berasaskan tema biasa


diamalkan dalam bilik darjah prasekolah. Bagaimana sesutu tema perayaan, buah-
buahan tempatan atau kemudahan awam dijadikan isi pelajaran untuk pelajar-
pelajar memahami sesuatu pengetahuan dan kemahiran. Pendekatan bertema ini
membolehkan pelajar menganalisis, generalisasi, dan mengaplikasi pengetahuan.
Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada sesuatu konsep yang lebih
luas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta. Tujuan
pendekatan ini ialah:
1. Startegi lebih berpusatkan kepada pelajar. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira minat,
tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti.
2. Berpandukan tema, guru dapat mencetuskan idea yang menarik untuk aktiviti yang
dirancang
3. Aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan pelajar secara aktif.
4. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat membina kemahiran pelajar-pelajar
Prinsip-prinsip pendekatan tematik
1. Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman pelajar.
2. Tema yang dipilih haruslah ada kaitan dengan kehidupan dan pengalaman murid. Ini kerana
murid sudah ada pengalaman hidup sebenar yang ada dengan kaitan tema.
3. Tema mempunyai sikap yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Oleh itu guru perlu bijak
memlih tema dan aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran kreativiti murid.
4. Sekuen sesuatu tema amat penting agar dapat membantu murid memahami secara
keseluruhan dan perkembangan antara idea.
5. Tema harus merangkumi pelbagai bidang atau mata pelajaran lain merentasi tema sedia ada
atau proses penggabungjalinan.
6. Konsep bermain sambil belajar sangat ditekankan.

Anda mungkin juga menyukai