Anda di halaman 1dari 1

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI


MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
1.1

Pernyataan Masalah

Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini,
maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani
masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan
dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan
kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha
meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (PSA)
bagi membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.
1.2
i.
ii.
iii.
iv.
v.
1.3

Persoalan Kajian
Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani
masalah kemurungan pelajar?
Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurungan?
Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?
Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?
Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani
masalah kemurungan pelajar?
Objektif Kajian

Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA


mendapati mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational,
Emotional, Behavior Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi,
pendekatan ini disesuaikan dengan latar belakang klien dan masalah yang
dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes yang dikendalikan berkaitan
masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan rakan sebaya, dan
masalah keluarga yang mengakibatkan
pelajar tidak ada motivasi untuk
meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan gender
pelajar lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya
30% pelajar dirujuk atas kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat
tugasan dan sebagainya. Walau bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang
sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan menggunakan terapi seni dan mengisi
borang soal selidik agar klien lebih bersedia untuk berkongsi permasalahan yang
sedang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai