Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317087237

KONSEP DAN PERANAN KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN

Conference Paper · June 2003

CITATIONS READS
0 20,051

3 authors:

Mohamed Sharif Mustaffa Roslee Ahmad


Universiti Teknologi Malaysia USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
74 PUBLICATIONS   351 CITATIONS    85 PUBLICATIONS   857 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Sulaiman Shakib
Universiti Teknologi Malaysia
22 PUBLICATIONS   257 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

PhD Thesis 2011 View project

I was research assistant with Prof Dr. M Sharif, UNIMAS, Malaysia. As for I am second author. View project

All content following this page was uploaded by Roslee Ahmad on 04 February 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KONSEP DAN PERANAN KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN* *

MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD


Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR


Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Konsep dan peranan kaunseling dalam pendidikan sekolah pada masa kini amat
penting sama ada di negara maju, mahupun di negara-negara sedang
membangun. Kepesatan pembangunan fizikal negara dan pembangunan
manusia dirasakan perlu lebih-lebih lagi dunia pada masa kini menghadapi
globalisasi yang mana ledakan ICT, sains dan teknologi, kemasukan dan
penerimaan maklumat asing dan sebagainya yang seterusnya mengakibatkan
jenayah dan permasalahan sosial kepada negara. (Tajul dan Nor’aini, 2002)
Maka sasarannya adalah golongan pelajar yang merupakan generasi muda yang
mudah terpengaruh dengan agenda dan pengisian yang berbentuk negatif itu.
(Mohamed Sharif dan Roslee, 2002) Justeru itu, sebagai penulis kami
menyatakan beberapa konsep asas dan peranan kaunseling dalam pendidikan
sekolah rendah, menengah dan Universiti. Konsep asas ini meliputi tujuan,
prinsip dan jenis-jenis kaunseling yang sesuai dan praktikal untuk diamalkan

*
Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru
Agama Singapura (PERGAS) pada 14 – 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448,
Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
dikalangan guru-guru, pendidik, ahli agama, pengamal kaunseling persendirian,
dan individu yang berminat untuk mempraktiskannya.Pendekatan ini amat praktis
sekali diamalkan kerana dalam penulisan ini kami turut mensepadukan Islam ke
dalam kaunseling kerana bagi penulis untuk mendapat akal, roh dan jasad yang
sihat adalah dengan kembali kepada perintah RabNya dengan berpegang
kepada al Quran dan al hadis.

PENGENALAN

Kehidupan manusia sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti


itru pula membawa permasalahannya sendiri. Sesungguhnya masalah dan
permasalahan itu mesti diatasi supaya hidup manusia itu mencapai keselesaan.
Al Quran telah menggariskan permasalahan manusia dan cara mengatasinya.
Sebagai contoh, manusia dan hubungannya dengan Pencipta, manusia dan
hubungannya dengan manusia dan manusia dengan alam dan haiwan. Semua
ini ada tujuan penciptaanNya. (Haron Din, 2003). Malah al Quran tidak sekadar
menerangkan ciri-ciri manusia muslim bahkan hubungannya dengan manusia
bukan muslim, maka tidak syak lagi bahawa kaunseling dalam Islam bukan
sesuatu yang terpsiah. Malah pendidikan Islam itu menepati prosedur kaunseling
yang diamalkan sekarang. Ini kerana al-Quran bukan sekadar teori malah teori
psikologi yang khusus. Walaupun demikian, al Quran merupakan kitab yang
mengandungi kekayaan fakta tentang jiwa manusia dalam setiap aspek
kehidupannya.

DEFINISI KAUNSELING

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah


bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang melapangkan kesempitan di
dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya
kesempitan akhirat, dan barangsiapa yang meringankan seseorang yang berada
dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan
diakhirat. Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang sabar”. (Ali Yacob,

2
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
1995) Hadis tersebut mempunyai makna yang amat besar dalam hubungan
manusia dengan manusia, hubungan pengubat dengan pesakit, atau hubungan
kaunselor dengan klien. Dalam Islam, memang ada ditekankan tentang hak
seorang yang mengalami musibah perlu mendapatkan pertolongan daripada
orang lain yang mempu untuk menolongnya. Dan bagi orang yang mempunyai
kemampuan menolong, wajib menolongnya.

Carl Rogers (1952) pula menyatakan kaunseling sebagai “.... The process by
which the structure of the self is relaxed in the safety of the relationship with the
therapist and previously denied experience are perceived and then integrated
into an altered self........”
Menurut Wilver (1955) menyatakan;
“Guidance is a process of helping individuals through their own efforts to discover
and develops their potentialities both for personal happiness and social
usefulness.”

Edwin “...... stated counselling is a process by which a troubled person (the


client) is to feel and behave in more personally satisfying manner through
interaction with an uninvolved person (the counselor) who provides information
and reaction which stimulate the client to develop behaviour which enable him to
deal more effectively with himself and his environment.”

Menurut American Psychological Association (APA) (1980);

“To help individuals towards overcoming obstacles to their personal growth,


where ever these may be encountered and towards achieving development of
their resource.”

Maka kesimpulannya bagi insan ciptaan Allah swt kaunseling merupakan suatu
proses yg berbentuk psikologi bertujuan untuk menolong manusia yang normal
dari aspek akal, roh dan tingkah laku bagi membimbing dan memahami diri klien

3
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
dan persekitaran daripada sebarang kesusahan sehingga dapat membentuk
potensi dirinya ke arah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Bagi memahami perbezaan antara nasihat, pertolongan dan kaunseling, maka


penulis ingin menerangkan perbezaan itu. Konsep kaunseling sebenarnya ada
perbezaan dengan nasihat, pertolongan atau bantuan. Ini kerana kaunseling
bukanlah suatu nasihat. (Mansur Abdullah, 2000).

KONSEP KAUNSELING

Persepsi orang ramai mengaitkan kaunseling dengan penyelesaian masalah.


Kebiasaannya orang akan bertemu kaunselor jika ada masalah, atau pun
berpenyakit mental. Tetapi andaian ini adalah salah. Ini kerana tidak semestinya
orang yang bertemu dengan seseorang kaunselor itru dengan masalah. Orang
yang tidak ada masalah pun boleh berjumpa dengan kaunselor untuk
membincangkan apa-apa perkara seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat
mencari jodoh, hubungan dalam keluarga atau sebagainya.

Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan kemanusiaan yang sangat


ramah, saling memahami dan akrab. Kaunseling juga menumpukan kepada
faktor keindividualan. Keindividualan yang bersifat saling berhubungan.
(personalit and the surrounding culture). Bukan ‘autonomi individual’.

Bordin (1968) menyatakan kaunseling psikologikal ditawarkan kepada person


who are at some critical point in their development. Keadaan kritikal yang
dihadapi manusia ketika tempoh transisi menghadapi perubahan spt;

1. Perubahan kanak-kanak ke dewasa


2. Perubahan usia tua dan kematian
3. Perubahan pergantungan ekonomi kpd
kedudukan berdikari dan lain-lain.

4
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

TUJUAN KAUNSELING

1. Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi,


dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan
tatatertib.
2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengemabngkan daya
kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.
3. Mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang menganggu pencapaian
akademik murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk
mengatasinya seperti merujukkan kepada guru-guru berkenaan.
4. Membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk
mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya
memperolehi pencapaian yang lebih baik.
5. Membentuk sifat-sifat sosial yang psoitif seperti bertanggungjawab,
bersemangat, rajin, daya cipta, berdikari dan kepimpinan.
6. Membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta
kelemahan-kelemahan diri. Pemahaman ini penting untuk memilih mata
pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.
7. Menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan
membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta
menepati masa.
8. Menolong murid-murid mengemabngkan secara seimbang iaitu jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
9. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan
mengelak krisis daripada berlaku.
10. Membentuk murid-murtid yang stabil emosinya serta sentiasa berada
dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
11. Menolong murid-murid memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu untuk
menyelesaikan masalahnya.

5
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
12. Menolong murid-murid memahami sesuatu masalah dari suatu sudut yang
luas.
13. Menolong murid-murid membuat keputusan yang bijaksana dalam
pelbagai situasi hidupnya.
14. Menolong murid-murid memperolehi kemahiran berkomunikasi supaya
perkembangan aspek sosioekonomi dapat ditingkatkan lagi.
15. Menolong murid-murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari
sekolah rendah ke sekolah menengah. Program tersebut dapat
mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi
murid berkenaan.
16. Menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya
bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi
pengajian yang berkenaan.
17. Mengadakan kem motivasi dari semasa ke semasa bagi murid-murid
dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka
dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Namun menurut Sharif Mustaffa, Jamaluddin Ramli dan Roslee Ahmad (2002)
menyatakan ada 4 tujuan kaunseling iaitu;
• Memperkembangkan celik akal
• Mempercepatkan perubahan tingkah laku
• Meningkatkan keupayaan kebebasan psikologi
• Membuat keputusan yang bijaksana

MATLAMAT KAUNSELING

1. mengembangkan kefahaman dan celik akal


2. Mengubah ke arah tingkah laku positif
3. Kebebasan psikologi

6
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
4. Membuat keputusan dengan bijaksana
5. Bertindak ikut logik dan berkesan
6. Rasional semula
7. Dapat kembangkan minat dan bakat
8. Perhubungan yang sihat

PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING

1. Bimbingan adalah tugas pendidikan. Ia menolong murid-murid menjadi


anggota masyarakat yang berguna serta sejajar dengan kehendak dan
aspirasi masyarakat dan negara.
2. Bimbingan adalah suatu proses pengetahuan. Ia membantu seseorang
murid secara menyeluruh, iaitu mengambil kira minat, bakat, keperluan-
keperluan, kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan seseorang itu.
Bimbingan yang diberikan ialah bimbingan hidup, bimbingan
sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan kerjaya.
3. Bimbingan adalah untuk semua individu. Bimbingan juga bertujuan
menolong semua murid, iaitu murid-murid biasa, murid-murid yang salah
laras dan berbakat.
4. Bimbingan merupakan suatu proses seumur hidup iaitu dari peringkat
sekolah rendah sehingga ke universiti.
5. Bimbingan adalah bertujuan untuk mencegah daripada memperbaiki.
Bimbingan juga menolong murid-murid memahami kelemahan-kelemahan
serta memberi penekanan kepada kekuatannya.
6. Rahsia dan maklumat murid-murid hendaklah dipelihara oleh pembimbing.
Ini penting untuk mendapatkan kepercayaan murid-murid terhadap
pembimbing.
7. Bimbingan memerlukan butir-butir peribadi yang menyeluruh serta
lengkap. Maklumat seperti kebolehan, pencapaian, minat, bakat,

7
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
kesihatan dan latar belakang keluarga adalah diperlukan untuk bimbingan
yang berkesan.
8. Pembimbing hendaklah bersifat terbuka, tidak menghukum, sabar serta
mudah ditemui.
9. Setiap guru adalah guru bimbingan. Satu daripada tugas guru ialah untuk
memahami masalah murid-murid dan berusaha untuk menolong mereka
mengatasinya.
10. Bimbingan menolong murid-murid menetapkan matlamat hidup yang
realistik, iaitu sejajar dengan kebolehan, minat dan bakatnya.
11. Tempoh masa hendaklah mencukupi untuk membenarkan murid-murid
meluahkan.
13. Seseorang pembimbing hendaklah dilengkapi dengan kemahiran-
kemahiran tertentu.
14. Perhubungan yang baik dengan guru-guru lain, guru darjah, ibu bapa, dan
murid adalah perlu. Ini memudahkan pembimbing mengutip maklumat-
maklumat mengenai murid-murid itu.
15. Klien atau murid tidak boleh di paksa berkongsi sesuatu maklumat atau
menerima sesuatu keputusan, suasana kerelaan dan kemesraan
hendaklah diwujudkan dalam sesi.
16. Bimbingan dijalankan dengan kepercayaan bahawa setiap murid
berupaya untuk berkembang dan berubah ke arah yang positif serta
berguna.
17. Bimbingan menitikberatkan masa sekarang dan juga masa hadapan. Ia
menolong murid-murid menjadi lebih cekap menyesuaikan diri serta
memahami implikasi tindakan-tindakannya bagi jangka masa pendek atau
jangka masa panjang.
18. Bimbingan bagi setiap murid adalah berbeza dari segi kebolehan, minta,
bakat serta motivasi untuk belajar.

8
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
JENIS-JENIS KAUNSELING
Menurut Ee Ah Meng (1997) Perkhidmatan kaunseling dengan murid-murid
boleh dilakukan secara individu atau kelompok tentang perkara-perkara berikut;
a. pencapaian akademik yang kurang memuaskan
b. rujukan yang dibuat oleh ibubapa
c. aspek peribadi dan kerjaya
d. ketidakhadiran untuk ko-kurikulum
e. masalah-masalah disiplin pelajar seperti penagihan dadah,
merokok, bertumbuk dan sebagainya.

Menurut Mohamed Sharif dan rakan-rakan (2002) juga jenis-jenis kaunseling


individu seperti;

1. Kaunseling Krisis- Kaunseling krisis perkahwinan.


2. Kaunseling Penyediaan Kemudahan- kaunseling penyediaan kemudahan
kepada pelajar.
3. Kaunseling Pencegahan – Kaunseling pencegahan dadah.
4. Kaunseling Perkembangan- Perkembangan kerjaya, pembentukan diri
dan sebagainya.

Sasaran Kaunseling Sesuai Untuk Semua Peringkat

1 Peringkat & kanak-kanak – Masalah belajar, motivasi dan lain lain.

1 Peringkat remaja – hubungan rakan sebaya, hubungan ibu bapa


akademik

1 komunikasi,motivasi, dadah, sosial, cinta dan lain lain.

1 Peringkat dewasa pertengahan – sumbang mahram, penjagaan anak-


anak, rumahtangga dan lain lain.

9
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

1 Peringkat awal dewasa – perkahwinan & AIDS.

1 Peringkat tua – pengabaian orang tua, dan lain-lain.

KESIMPULAN

Maka daripada perbincangan tersebut, jelaslah bahawa beberapa konsep asas


dan peranan kaunseling dalam pendidikan sekolah rendah, menengah dan
Universiti hari ini amat penting untuk dipraktiskan dikalangan guru-guru,
pendidik, ahli agama, pengamal kaunseling persendirian, dan individu yang
berminat untuk mempraktiskannya. Ilmu kaunseling bukan sahaja untuk individu
yang bermasalah tetapi sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan nasihat
dan rujukan. Sebagai contoh, golongan remaja yang ingin mendapatkan nasihat
dan panduan memilih kerjaya boleh mendapatkan bimbingan dan panduan yang
betul dan tepat dengan berjumpa kaunselor dalam bidang kerjaya. Justeru itu,
pemilihan kerjayanya sudah tentu sesuai dengan minat, bakat, kebolehan dan
kelayakan sedia ada bagi dirinya dalam usaha perencanaan kerjaya seumur
hidup bagi dirinya.

RUJUKAN

Ee Ah Meng. 1997. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor:


Penerbit Fajar Bakti.

Ali Yacob. 1995. Perkhidmatan Kaunseling Kes di Tanah Suci. Kajang, Selangor:
Makruf Publisher. Kajang.

Haron Din. 2003. Manusia dan Islam. Selangor: Shah Alam: Penerbit Hizbi Sdn
Bhd.

10
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama
Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Kamal Abdul Manaf. 1996. Kaunseling Islam. Perbandingan Antara Amalan dan
Teori Kaunseling Barat. Selangor: Penerbit Utusan Publications.

Mansur Abdullah. 1995. Teori, Proses dan Kaedah Kaunseling. Selangor: Fajar
Bakti Publications.

Mohamed Fadzil Che Din dan Rasidah Dato Omar. 2001. Pengantar Bimbingan
dan Kaunseling. Selangor: Penerbit Mc Graw Hill.

Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad. 2002. “Peranan Kaunselor dalam
Penerapan dan Pemupukan Nilai-Nilai Murni Melalui Program Kaunseling
Terhadap Remaja di Sekolah. Satu Wadah Bersepadu Antara Guru dan
Kaunselor Untuk Membenteras Gejala Sosial.” dlm. Wacana Pendidikan dan
Pembangunan Manusia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaluddin Ramli. 2002. Asas
Bimbingan dan Kaunseling. Monograf. Edisi Pertama. Skudai, Johor: Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Roslee Ahmad. 2003. Nota Kuliah. SPF 4702 Bimbingan dan Kaunseling.
Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Tajul Ariffin Nordin & Nor’aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan
Manusia.Pendekatan Bersepadu. Bangi, Selangor: Penerbit As Syabab.

11

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai