Anda di halaman 1dari 2

CARA BUAT LESEN MEMANDU MESIR (MOTOSIKAL)

Saya tulis khas untuk sesiapa yang berkelapangan dan rajin untuk buat lesen memandu sendiri.
Sesiapa yang ada motosikal digalakkan untuk buat lesen bagi mengelakkan disaman kerana
tidak memilikinya.
Tempat: Idarah Murur Jazirah, Kaherah
MENDAFTAR
Photostat visa dan muka depan passport
Beli borang istimarah amn daulah di maktabah (tingkat atas)
Bawa passport
Isi borang dan serahkan salinan visa dan muka depan passport kepada pegawai bertugas di
kaunter buat lesen
Tunggu selepas sebulan (atau sebagaimana yang diarahkan)
SEBELUM BUAT LESEN
Dapatkan:
I. Syahadah kuliyah (untuk buat lesen memandu di Idarah Murur Jazirah)
II. Surat dari kedutaan (surat pengesahan alamat di Mesir- bawa passport ketika hendak
dapatkannya)
III. Kashf lil rukhsah qiyadah (medical checkup untuk buat lesen memandu) beserta blood report
(Boleh buat di Hospital Hikmah. Medical checkup di outpatient clinic tingkat paling atas, blood
report boleh buat di makmal tingkat 1). Ketika buat medical checkup, bawa 2 keping gambar
berukuran passport.
BUAT LESEN
Beli istimarah kumbuyuter, namuzag ikhtibar dan fail kat maktabah (tingkat atas)
Beli istimarah awwal marrah di kaunter khazinah
Isikan fail anda dengan dokumen berikut:
I. Salinan muka depan passport
II. Salinan visa (yang masih sah)
III. Salinan kerneh
IV. Syahadah kuliah, surat dari kedutaan, kashf lil rukhsah qiyadah beserta blood report
V. Istimarah kumbuyuter, namuzaq ikhtibar dan istimarah awwal marrah
Pastikan anda bawa passport dan gambar secukupnya (4 keping sudah memadai. Sebaiknya
bawa lebih)
Serahkan fail pada pegawai di kaunter buat lesen. Sebelum itu, dia akan suruh anda cari nama
anda daripada senarai nama orang yang layak buat lesen. Jika nama anda ada barulah anda
boleh buat lesen pada hari tersebut. Jika tiada, anda boleh datang pada lain kali.
Setelah anda menjumpai nama, dia akan suruh photostat kertas itu dan letakkan salinan kertas
tersebut dalam fail. Kandungan fail akan disemak samada dokumen yang diperlukan telah
lengkap ataupun tidak.
Sekiranya sudah lengkap, anda bolehlah masuk ke dalam bilik (akan disuruh masuk). Pegawai
polis akan tanya simbol-simbol papan tanda. Sekiranya lulus, dia akan suruh anda keluar untuk
buat ujian amali pula. Bagi ujian amali, anda dikehendaki membuat pusingan U (dengan
menggunakan motosikal sendiri)

Jika lulus kedua-dua ujian ini, pergi ke kaunter buat lesen dan tunggu sehingga anda dipanggil.
Pegawai di kaunter akan meminta passport dan menyuruh anda membayar yuran di kaunter
khazinah. Kemudian, anda diminta tunggu sebentar sebelum nama anda dipanggil untuk ambil
gambar.
Selepas ambil gambar, tunggu sekali lagi sebelum nama anda dipanggil. Anda dikehendaki ke
kaunter 2 untuk ambil lesen yang telah siap.
p/s:
Mengikut pengalaman, elakkan datang pada hari Sabtu kerana biasanya ramai orang pada hari
tersebut.
Pastikan hadam siap-siap simbol papan tanda yang akan ditanya.
Doakan urusan anda pada hari tersebut dipermudahkan
Di kaunter buat lesen, pastikan anda beritahu tujuan anda datang iaitu untuk buat lesen
memandu motosikal.
Sekiranya anda kabur, anda banyakkan bertanya pada orang-orang di sekeliling ataupun
pegawai kaunter.
Sediakan duit kecil untuk membuat pembayaran

Medical checkup- Le 30
Test darah- Le 12
Borang istimarah amn daulah, fail, istimarah kumbuyuter, namuzag ikhtibar- Tak lebih Le 10
Istimarah awwal marrah- Le10
Bayar kat khazinah selepas test- Le 31
Atas lg dari tahrir ngan abu elak

Lalu jalan tepi sungai nil

Mu akan jmpe bangunan National bank egypt, trade organisation. Jalan terus smpai jmpe signboard radwan.
Belok kanan jalan dpn signboard tu.

Dpn skit belok kiri

Anda mungkin juga menyukai