Anda di halaman 1dari 35

C1005/UNIT 6/1

TIODOLIT DAN PENGGUNAANNYA

UNIT 6

TIODOLIT DAN
PENGGUNAANN
YA
OBJEKTIF AM
Memahami pengetahuan asas penggunaan alat
tiodolit, kaedah pembukuan dan pembetulan cerapan

Unit

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda akan dapat :Menyatakan prinsip, jenis-jenis dan
penggunaan tiodolit secara am.
Mengenal dan menghuraikan komponen
utama tiodolit dan fungsi-fungsinya.
Menerangkan pelarasan sementara dan tetap
alat tiodolit.
Menerangkan cara membaca sudut ufuk dan
pugak menggunakan kedua-dua penyilang.
Menjalankan pembukuan dan pembetulan
cerapan yang diperlukan.

INPUT
6.1

PENGENALAN
Tiodolit adalah suatualat
piawai yang digunakan bagi membuat
pengukuran sudut ufuk dan sudut memugak di antara titik-titik cerapan.
Kemampuan tiodolit untuk membuat pengukuran sudut ufuk dan
memugak dengan ketepatan yang tinggi menjadikannya bukan
sahaja digunakan untuk
kerja-kerja pengukuran objek di atas
permukaan bumi, malah untuk tujuan cerapan bintang, matahari,
penentuan anak bulan dan lain-lain lagi.
Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis tiodolit pada masa kini, namun
semuanya mempunyai prinsip kerja yang sama. Perbezaan
mungkin hanya wujud dalam kaedah penentuan bacaan sudut sahaja.
Maksud di sini ialah tiodolit lebih moden mempunyai banyak kemudahan
yang boleh menyenangkan lagi kerja-kerja cerapan. Jika seseorang itu
mempunyai kepakaran dalam pengendalian mana-mana jenis tiodolit,
dia tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menggunakan
tiodolit jenis lain.
6.1.1 Prinsip Pengukuran Sudut

Rajah 6.1 Sudut ufuk Dan Sudut Pugak


(Sumber : Kamaruzaman Abd. Rasid, 1993)

Rajah 6.1 menunjukkan dua titik S dan T, dan sebuah tiodolit


yang dipasang siap di atas kakitiga di titik R. R adalah titik di
permukaan bumi. Aras terlaras bagi S adalah lebih tinggi dari
aras terlaras R. Aras terlaras R pula adalah lebih tinggi dari aras
terlaras T. Untuk keselesaan mencerap, tiodolit telah dipasang di
L pada jarak pugak h dari R. Di titik L, sudut ufuk antara S dan T
adalah sudut MLN. M dan N adalah unjuran pugak S dan T ke atas
satah mengufuk yang melalui L. Sudut pugak dari L ke S
adalah sudut SLM (sudut

mendongak) dan sudut pugak dari L ke T adalah sudut TLN


(sudut tunduk).
Untuk mengukur sudut ufuk dan pugak, tiodolit mesti dipusatkan
di atas
titik
R
dengan
menggunakan
pelambap.
Tiodolit
mesti dilaraskan supaya
sistem bacan sudut tiodolit berada pada satah yang betul.
Pemusatan dan pelarasan memastikan sudut ufuk yang diukur di
L adalah sama dengan sudut yang sepatutnya diukur sekiranya
tiodolit dipasang siap di titik R di permukaan bumi.
Walaubagaimanapun, sudut pugak dari titik L tidak sama dengan
sudut pugak dari titik R. Oleh itu, nilai ketinggian alat, h, mesti
diambil kira apabila menghitung beza tinggi.

6.2

JENIS-JENIS TIODOLIT
Secara umum tiodolit boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan
cara bacaan sudut dibuat iaitu :a. Tiodolit Vernier
b. Tiodolit Optik
c. Tiodolit Elektronik
6.2.1 Tiodolit Vernier

Rajah 6.2 Tiodolit Vernier


(Sumber : Laman Web)

Sejenis
alat
tiodolit
yang
terawal
digunakan
dalam
pengukuran sudut. Mempunyai elemen-elemen asas yang sama
seperti alat tiodolit moden pada masa kini iaitu :a)
b)
c)
d)

Alat penglihatan (teleskop)


Bulatan ufuk
Bulatan pugak
Pengaras spirit

Bacaan alat tiodolit vernier ini dibuat terhadap satu indeks di


mana ianya mempunyai satu skala vernier yang juga
memberikan nama kepada tiodolit ini. Penggunaan alat tiodolit
vernier sudah tidak lagi digunakan dalam kerja-kerja pengukuran
sudut pada masa ini.
6.2.2 Tiodolit Optik

Topcon TL20GP

Wild T16

Rajah 6.3 Tiodolit Optik


(Sumber : Laman Web)

`
Tiodolit optik adalah alat tiodolit yang bacaannya dihasilkan
secara arca di mana bulatan ufuk dan pugak dibuat daripada
kaca yang sangat halus dan senggatan berguris. Kaedah bacaan
bulatan kaca pada tiodolit optik adalah berdasarkan kepada salah
satu daripada tiga sistem yang berikut :a) Skala Optik
b) Bacaan Tunggal Mikrometer
c) Bacaac Berganda Mikrometer
Tiodolit optik mampu untuk memberikan kejituan sudut yang
lebih tinggi
berbanding
tiodolit vernier. Secara
keseluruhannya, komponen-komponen
tiodolit
optik
adalah sama seperti yang terdapat pada tiodolit vernier,
tetapi telah banyak dihalusi dan diperbaiki.

6.2.3 Tiodolit Elektronik

(a) Topcon DT102P

(b) Nikon NE20S

(c) EDM-Geodimeter 6000

Rajah 6.4 Tiodolit Elektronik


(Sumber : Laman Web)

Tiodolit ini memaparkan bacaan sudut dalam bentuk digital.


Ia menggunakan apa yang dipanggil electro-optical read
encoded glass disc di mana pencerap tidak perlu melihat
teleskop bacaan atau set skru mikrometer untuk menunjukkan
bacaan. Sebaliknya, bacaan ditunjukkan
secara automatik
dengan menggunakan diod yang memancarkan cahaya (Liquified
Electronic Display-LED atau Liquified Crystal Display-LCD) atau
paparan hablur cecair sama seperti yang terdapat pada mesin
kira tangan. Tiodolit jenis ini mempunyai
kemudahan
untuk
dihubungkan
dengan EDM
(Electronic Distance Measurements), pengumpul data (data
logger) dan komputer. EDM adalah sejenis alat yang digunakan
bersama tiodolit optik atau tiodolit elektronik dan pemantul
(reflector) bagi membolehkan jarak diukur tanpa menggunakan
kaedah pemitaan. Ianya menggunakan diod pemancar cahaya
atau laser sebagai sumber pengukuran (lihat Rajah 6.4(c)).

6.3

KOMPONEN TIODOLIT DAN FUNGSINYA


Komponen tiodolit dan fungsinya yang dibincangkan dalam seksyen ini
adalah merujuk kepada tiodolit dalam Rajah 6.5.
6.3.1 Trivet
Membentuk dasar atau tapak bagi alat tiodolit
menghubungkan tiodolit dengan kaki tiga tiodolit (tripod).

yang

6.3.2 Tribrak
Bahagian ini menyokong bahagian-bahagian lain tiodolit. Di
antara tribrak dengan tribet, terdapat skru yang dinamakan
skru kaki pelaras.
6.3.3 TeleskoplTeropong
Memberikan arah garisan dari tempat alat didirikan ke stesen
yang dituju atau dikehendaki. Fungsi lainnya adalah untuk
memudahkan sudut ufuk dan memugak di antara dua stesen
dicerap dan dicatit bacaannya.
6.3.4 BulatanlPenyilang Ufuk
Terdapat dua penyilang ufuk iaitu penyilang atas dan penyilang
bawah. Penyilang atas adalah dasar bagi bahagian tiodolit yang
lain. Tiodolit hanya boleh dipusingkan jika penyilang ini berpusing.
6.3.5 BulatanlPenyilang Pugak
Bentuknya sama seperti penyilang ufuk tetapi diletakkan
pada satah memugak dengan pusat bulatan terletak pada paksi
sangga. Penyilang pugak digunakan untuk membaca sudut
pugak stesen sasaran.
6.3.6 Gelembung Udara
Terdapat di beberapa kedudukan seperti di penyilang ufuk,
penyilang pugak dan teleskop. Fungsinya adalah untuk
memastikan alat yang dipasang pada stesen benar-benar teraras
supaya bacaan yang tepat boleh diperolehi.
6.3.7 Paksi Sangga
Paksi sangga adalah paksi yang membolehkan
dapat dipusingkan pada satah memugak.

teleskop

6.3.8 Plat Bering


Plat yang terletak di antara penyilang ufuk atas dan bawah.
Fungsinya adalah untuk mengsetkan nilai darjah pada sudut
secara kasar.

6.3.9 Kanta
Terletak dalam teleskop alat tiodolit di mana kanta ini mempunyai
kadar pembesaran yang tertentu. Digunakan untuk pembesaran
imej yang di sasarkan. Ianya sangat sensitif kepada gurisan dan
kotoran.
6.3.10 Skru PemfokuslPenumpu
Terletak pada teleskop bagi menghilangkan kesan bezalihat di
mana dengan memutarkan skru ini, objek akan lebih jelas dan
menumpu.
6.3.11 Kanta Mata
Terletak pada teleskop di mana objek yang dicerap dilihat
melaluinya. Kanta mata ini dilengkapi dengan skru kanta mata
yang akan menumpukan lagi bebenang stadia yang terdapat di
dalam teleskop sekiranya ia diputarkan.
6.3.12 Kanta Baca
Terletak pada teleskop bersebelahan dengan kanta mata. Nilai
bering atau sudut dibaca melaluinya dan apabila skru kanta baca
diputarkan, ia akan dapat menumpukan lagi nilai darjah, minit
dan saat pada arca bulatan ufuk dan pugak.
6.3.13 Skru Gerak Perlahan Penyilang Pugak
Menggerakkan teleskop dan bacaan bulatan pugak dalam satah
memugak jika teleskop dikuncikan.
6.3.14 Skru Optik
Fungsinya adalah untuk memastikan titik (point) di mana
alat tiodolit didirisiapkan benar-benar berada pada pemusatan
yang betul. Ia juga dilengkapi dengan skru penumpu bagi
menumpukan lagi titik (point) yang berada pada stesen tersebut.
6.3.15 Pencerap KasarlPembidik
Terletak di atas atau di bawah teleskop. Digunakan untuk
mencerap sasaran secara kasar sebelum ianya dilihat
melalui teleskop.

6.3.16 Skru Pengunci Penyilang Pugak


Digunakan untuk mengunci teleskop tetap pada satu kedudukan
dalam satah memugak.
6.3.17 Skru Mikrometer
Digunakan untuk mengsetkan skala bersenggat pada bulatan
ufuk dan pugak agar sekena. Pada masa yang sama bacaan
minit dan saat akan bergerak dan menetapkan bacaan minit
dan saat tersebut.
6.3.18 Skru Pengunci Penyilang Atas
Mengunci penyilang atas dengan plat bering alat
tiodolit.
6.3.19 Skru Pengunci Penyilang Bawah
Mengunci penyilang bawah dengan plat bering alat
tiodolit.
6.3.20 Skru Gerak Perlahan Penyilang Atas
Sekiranya skru gerak perlahan penyilang atas diputar ketika skru
pengunci penyilang atas dan bawah dikuncikan, bebenang stadia
dan bacaan bering pada skala utama mikrometer akan bergerak
pada satah mengufuk.
6.3.21 Skru Gerak Perlahan Penyilang Bawah
Sekiranya skru gerak perlahan penyilang bawah diputar ketika skru
pengunci penyilang atas dan bawah dikuncikan, bebenang stadia
sahaja yang bergerak pada satah mengufuk.
6.3.22 Cermin Cahaya
Fungsinya adalah untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam
tiodolit bagi menerangkan skala utama mikrometer.
6.3.23 Skru Kaki Pelaras
Terletak di antara tribrak dengan tribet di mana ketiga-tiga skru kaki
pelaras ini digunakan untuk melaraskan tiodolit dengan
berpandukan gelembung udara alat tiodolit.

Pemegang Tiodolit
Pembidik
Bulatan Pugak
Skru Mikrometer

Teleskop

Kanta
Skru Gerak Perlahan
Penyilang Pugak

Skru Pengunci
Penyilang Pugak

Gelembung Udara

Skru Pengunci
Penyilang Atas

Skru Optik

Skru Gerak Perlahan


Penyilang Atas

Bulatan/Penyilang Atas

Bulatan/Penyilang Bawah

Plat Bering

Tribrak

Skru Kaki Pelaras

Tribet

Rajah 6.5 Tiodolit Optik (Wild T1)


(Sumber : Wild Heerbrugg (Switzerland) Ltd)

6.4

PELARASAN ALAT TIODOLIT


Sebelum tiodolit digunakan dalam kerja pengukuran, tiodolit mesti
diperiksa bagi memastikan samada berada dalam keadaan baik
dan sesuai digunakan atau tidak. Ini penting bagi memastikan kerja
akan dijalankan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
Sebarang kekurangan
yang
berlaku
sudah
tentu
akan
mempengaruhi nilai-nilai cerapan yang dibuat nanti. Oleh itu, tiodolit
mestilah dibuat pelarasan terlebih dahulu sebelum digunakan. Terdapat
dua jenis pelarasan yang boleh dilakukan iaitu :a) Pelarasan Sementara
b) Pelarasan Tetap
6.4.1 Pelarasan Sementara
Pelarasan dilakukan kepada tiodolit setiap kali alat ini
hendak digunakan. Ini bermakna di setiap stesen yang diduduki,
pelarasan sementara dijalankan terlebih dahulu sebelum kerjakerja cerapan dilakukan. Pelarasan sementara melibatkan tiga
proses iaitu :i. Mendirisiap dan memusat tiodolit
ii. Melaraskan tiodolit
iii. Menghilangkan bezalihat
6.4.1.1

Mendirisiap Dan Memusat Tiodolit

Proses ini melibatkan pemasangan tiodolit dengan betul di atas


tripod. Kaedahnya adalah dengan cara mengatur tiodolit supaya
berdiri dalam kedudukan lebih kurang berada di atas stesen.
Cara melakukannya adalah seperti berikut :i. Buka kaki tiga lebih kurang 60 dengan ufuk. Dirikan kaki tiga
dengan ketinggian sewajarnya dan anggarkan supaya plat
atas kaki tiga berada dalam kedudukan hampir mendatar.
ii. Letakkan tiodolit di atas plat kaki tiga. Pastikan semua
kekunci pada tiodolit dilonggarkan dan ketatkan pengunci tribet.
iii. Pijakkan satu kaki tiga ke tanah, pegang dan angkat dua kaki
tiga lagi sambil mata pencerap melihat melalui skru
optik. Buatkan supaya titik (point) pada stesen lebih kurang
setindih dengan persilangan bebenang stadia skru optik.
Kemudian letakkan kedua-dua kaki tiga tadi ke tanah.
iv. Masukkan gelembung udara yang berada di atas penyilang ufuk
(berbentuk bulat) lebih kurang di tengah-tengah. Ianya
dilakukan dengan menaik atau menurunkan kaki tiga yang
berkaitan mengikut kedudukan yang sesuai.

NOTA :Pemusatan juga boleh dilakukan dengan menggunakan


pelambap yang digantung pada pengunci tribet. Namun
ianya bergantung kepada kemahiran pencerap dan cara
mana yang lebih cepat serta mudah.
6.4.1.2

Melaraskan Tiodolit

Apabila tiodolit sudah hampir berada tepat pada stesen di atas


tanah, proses selanjutnya ialah memastikan tiodolit berada
dalam keadaan aras. Proses pelarasannya adalah seperti berikut :i. Pastikan semua pengunci penyilang atas dan bawah telah
dilonggarkan. Pusingkan alat supaya kotak gelembung udara
(berbentuk memanjang) selari dengan sepasang skru kaki
pelaras.
ii. Pusingkan kedua-dua skru kaki pelaras pada arah yang
berlawanan serentak sehingga gelembung udara berada
di tengah-tengah kotaknya.
iii. Pusing teleskop sehingga kotak gelembung udara berada 90
dari kedudukan asal tadi. Kemudian laraskan alat
menggunakan skru kaki pelaras ketiga sahaja (Rajah 6.6).
iv. Ulang langkah (ii) dan (iii) sehingga gelembung udara tetap
berada di tengah walaupun tiodolit dipusingkan ke arah mana
sekalipun. Gelembung udara (berbentuk bulat) akan sendirinya
teraras apabila keadaan ini terhasil.

Rajah 6.6 Proses Pelarasan Tiodolit


(Sumber : Ab. Hamid Mohamed, 2000)

6.4.1.3

Menghilangkan Bezalihat

Bezalihat adalah suatu kekaburan yang terjadi bagi objek pada


imej yang terdapat di bebenang stadia. Keadaan ini berlaku
disebabkan teleskop tidak difokuskan terlebih dahulu. Jika ini
berlaku, cerapan sukar dijalankan. Oleh itu, imej bebenang stadia
yang terang dan

objek yang jelas mestilah diperolehi. Untuk itu, bezalihat


boleh dihapuskan dengan cara berikut :i. Putarkan skru kanta mata sehingga bebenang stadia betul-betul
terang. Untuk tujuan ini, adalah lebih mudah sekiranya
teleskop dihalakan ke langit supaya bebenang stadia
dapat dilihat dengan terang.
ii. Arahkan teleskop pada objek yang jauh atau objek yang hendak
disasar agar dapat dilihat dengan jelas dengan memusingkan
skru pemfokus sehingga objek menjadi terang. Imej objek dan
bebenang stadia sekarang seharusnya berada di dalam satah
yang sama supaya apabila mata digerakkan ke sisi tiada
bezalihat yang terjadi.
iii. Jika tidak, ulangi langkah (i) dan (ii) sehingga tiada lagi
bezalihat.
Di akhir pelarasan sementara, tiodolit sepatutnya berada dalam
keadaan berikut :a) Paksi pugaknya betul-betul berada di atas stesen.
b) Satah ufuknya mendatar di dalam semua arah.
c) Objek sasaran dapat dilihat dengan jelas dan bebenang stadia
kelihatan hitan dan tajam.
6.4.2 Pelarasan Tetap
Sesebuah tiodolit itu dikatakan berada dalam keadaan baik jika
paksi-paksi asasnya berada dalam keadaan berikut :a) Paksi pugaknya betul-betul tegak apabila gelembung udara
penyilang ufuk berada di tengah-tengah.
b) Paksi sangga mestilah bersudut tepat dengan garisan
kolimatan dalam satah ufuk dan bersudut tepat dengan paksi
pugak dalam satah pugak.
c) Apabila teropong berada dalam keadaan mendatar dan
gelembung pugak (di atas teleskop) berada di tengahtengah,
bacaan sudut pugak sepatutnya 0/90 (bergantung kepada
jenis alat)
Rajah 6.7 menunjukkan kedudukan paksi-paksi alat apabila alat
berada dalam keadaan baik.

Paksi Pugak

Paksi Sangga

Garis Kolimatan

Rajah 6.7 Kedudukan Paksi-Paksi Utama Tiodoit

Bagi memastikan setiap tiodolit mempunyai ketiga-tiga keadaan


ini, ujian-ujian tertentu harus dilakukan. Ujian-ujan itu adalah :1.
2.
3.
4.

Ujian Gelembung Plat


Ujian Garisan Kolimatan
Ujian Paksi Sangga
Ujian Angkujuh Pugak

Jika ada mana-mana syarat di atas tidak dipenuhi,


bahagian- bahagian tertentu alat mungkin telah mengalami
perubahan (dari kedudukan asal). Untuk mengembalikan bahagian
tersebut kepada kedudukan asal, pelarasan tetap perlu dibuat.
6.4.2.1

Ujian Gelembung Plat

Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa paksi pugak


alat betul-betul
tegak
apabila
gelembung
udara penyilang
ufuk memusat (berada
di tengah-tengah). Jika keadaan ini tidak berlaku, pengarasan alat
tidak akan dapat dilakukan semasa pelarasan sementara.
Pengujian :Katakan gelembung berada dalam keadaan tidak selari dengan
penyilang ufuk dengan seliseh sudutnya ialah e. Untuk itu :1. Bawakan gelembung selari dengan sepasang skru kaki pelaras,
pusatkan gelembung dengan memutarkan kedua-dua skru
tersebut.

2. Pusingkan kedudukan gelembung bersudut tepat dari


kedudukan pertama dan pusatkan dengan hanya menggunakan
skru kaki pelaras yang ketiga sahaja.
3. Pusingkan kembali kepada kedudukan (1) dan ulangi semula
proses (2). Keadaan gelembung akan kelihatan seperti dalam
Rajah 6.8 (a).

Rajah 6.8 Pelarasan Gelembung Plat


(Sumber : Ab. Hamid Mohamed,2000)

4.

Pusingkan alat 180 dan keadaan gelembung digambarkan


oleh Rajah 6.8 (b),
dengan
gelembung tidak
akanmemusat sebanyak 2e.

Pelarasan :1. Dari kedudukan (4), bawakan semula gelembung separuh ke


pusat dengan menggunakan sepasang skru kaki pelaras. Ini
bermakna paksi alat digerakkan sebanyak e yang
menjadikannya hampir pugak. Jika anda tidak mempunyai
apa- apa peralatan, tiodolit sesuai digunakan di peringkat ini.
2. Pada kedudukan ini, gelembung masih lagi tidak memusat
dan nilainya
adalah
berkadaran
dengan
nilai
e.
Pemusatan gelembung boleh
dilakukan dengan menaik atau menurunkan salah satu hujung
gelembung menggunakan skru kapstan.
6.4.2.2

Ujian Garis Kolimatan

Ujian ini dibuat bagi memastikan garisan kolimatan betulbetul bersudut tepat dengan paksi sangga.
Pengujian :1. Dirisiapkan tiodolit dan lakukan pelarasan sementara.

2. Arahkan teleskop ke satu titik sasaran yang halus dan terang,


katakan A. Baca bacaan bering pada penyilang kiri ke titik A
tersebut.
3. Tukar ke penyilang kanan dan baca bacaan bering ke titik A
juga. Perbezaan kedua-dua penyilang mestilah 180, jika
keadaan ini tidak diperolehi, pelarasan perlu dibuat.
Pelarasan :1. Katakan bacaan pada penyilang kiri adalah 27 31 00 dan
bacaan pada penyilang kanan adalah 207 32 40.
2. Perbezaan kedua-dua penyilang ini adalah 180 01 40. Maka
seliseh sebanyak 01 40 telah berlaku. Bahagi dua seliseh
ini,
katakan 50.
3. Bacaan penyilang yang mengalami seliseh (penyilang kanan)
ditolak dengan nilai 50 ini. Iaitu 207 32 40 - 50 = 207 31
50. Sementara bacaan penyilang kiri dicampurkan dengan 50
menjadi 27 32 50.
4. Tentukan bacaan penyilang kiri yang telah dibetulkan terhadap
persilangan rerambut stadia ke sasaran tadi dengan
menggunakan skru kapstan bebenang stadia.
5.
Penyemakan perlu dilakukan terhadap penyilang kanan
setelah pelarasan dilakukan dan bacaan penyilang kanan
sepatutnya
adalah sama dengan nilai yang telah dilaraskan tadi.
6.4.2.3

Ujian Paksi Sangga

Ujian ini dibuat bagi menyemak samada paksi sangga betul-betul


bersudut tepat dengan paksi pugak atau tidak.
Pengujian :1.

Dirisiapkan tiodolit kira-kira 50m dari satu titik yang


terletak pada satu aras yang lebih tinggi, sebaiknya pada
kecerunan melebihi 30. Katakan pada tiang bendera yang
betul-betul pugak.
2. Cerap titik A. Kemudian gerakkan teleskop ke bawah dalam
arah pugak. Ini dilakukan dengan mengetatkan semua skru
pengunci mengufuk dan longgarkan skru pengunci penyilang
pugak.
3. Gerakkan dibuat sehinga teleskop mendatar dan tandakan
titik pintasan tersebut (di atas setaf yang diletakkan mendatar).
Jika paksi sangga dan paksi pugak bersudut tepat, titik
pintasan (A 1) adalah betul-betul berada di bawah titik A.
4. Sebaiknya jika kedua-dua paksi tidak bersudut tepat dengan
selisehnya adalah e, maka titik pintasan akan berlaku di A L
bagi

penyilang kiri dan di AR bagi penyilang kanan. Jarak di antara


AR dan AL menggambarkan dua kali (2e) seliseh alat.

Rajah 6.9 Ujian Paksi Sangga


(Sumber : Ab. Hamid Mohamed,2000)

Pelarasan :1. Tandakan titik tengah di antara AR dengan AL iaitu


A1.
2. Dengan menggunakan skru gerak perlahan penyilang
ufuk,
gerakkan teleskop dalam arah mendatar sehingga pintasan
bebenang stadia betul-betul merentasi titik A1.
3. Naikkan teleskop semula ke A. Akan wujud seliseh sebanyak
(ALAR)/2. Gerakkan salah satu hujung paksi sangga
menggunakan skru kaki pelaras dan bawa pintasan bebenang
stadia ke A. Titik A hanya boleh disasarkan bila garisan
pandangan dinaikkan. Ini kerana pergerakkan paksi
sangga dalam satah mendatar AL AR tidak akan mengubah
garisan pandangan A1.
6.4.2.4

Ujian Angkujuh Bulatan Pugak

Ujian ini dibuat bagi memastikan teleskop berada dalam keadaan


mendatar
apabila
bacaan
sudut
pugaknya
0/90
(bergantung kepada jenis alat) dan gelembung udara penyilang
pugak berada di tengah-tengah.
Pengujian :1. Bawa gelembung udara penyilang pugak ke tengah
menggunakan skru gerak perlahan penyilang pugak. Setkan
bacaan pugak pada 0/90. Cerap ke satu titik pada setaf
yang didirikan memugak pada jarak kira-kira 50m.
2. Tukar penyilang tiodolit ke penyilang kanan (jika sebelumnya
penyilang kiri) dan ulangi langkah (1).

3.

Jika wujud kesilapan, dua bacaan yang berbeza iaitu di AL


dan AR akan terhasil. Sepatutnya kedua-dua memeberikan
bacaan A1, iaitu purata AL dan AR (Rajah 6.10).

Rajah 6.10 Ujian Angkujuh Bulatan Pugak


(Sumber : Ab. Hamid Mohamed,2000)

Pelarasan :1. Gerakkan teleskop dalam arah memugak dan cerap bacaan
A1 (gunakan skru gerak perlahan penyilang pugak). Ini
beerti teleskop sekarang berada dalam keadaan yang
benar-benar mendatar.
2. Bacaan pada bulatan pugak tidak lagi 0/90. Bacaan ini
mesti dibetulkan
kepada 0/90 tanpa
mengubah
kedudukan mendatar teleskop. Lakukan ini
dengan menggerakkan skala utama
mikrometer kepada
bacaan 0/90 menggunakan skru pengunci (kelip).
3. Langkah (2) akan menyebabkan gelembung udara pugak
terkeluar dari pusat. Pusatkan semula gelembung tersebut
menggunakan skru pelaras kapstan.

AKTIVITI 6a

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA
6.1

Berdasarkan kepada rajah tiodolit (Wild T16) di bawah, namakan


komponen-komponen tiodolit tersebut berdasarkan kepada kotakkotak yang disediakan.
B
A

D
C

F
E
H
G

J
I

Tiodolit Optik Wild T16

6.2

Berdasarkan kepada rajah di bawah, padankan komponenkomponen tiodolit dengan fungsi-fungsinya dengan betul.
Komponen

Tribrak

Skru Kaki Pelaras


Plat Bering

Fungsi-Fungsi
Memastikan titik di mana alat tiodolit
didirisiapkan benar-benar berada pada
pemusatan yang betul.
Menghilangkan kesan bezalihat.
Menyokong bahagian-bahagian lain
tiodolit.

Skru Gerak
Perlahan Penyilang
Pugak

Mengsetkan skala bersenggat pada


bulatan ufuk dan memugak agar sekena.

Skru Optik

Menggerakkan bebenang stadia dan


bacaan bering pada skala utama
mikrometer pada satah mengufuk jika
skru gerak perlahan penyilang atas
diputar ketika skru pengunci penyilang
atas dan bawah dikuncikan.

Skru Pemfokus

Melaraskan tiodolit dengan berpandukan


gelembung udara alat tiodolit.

Skru Mikrometer

Menggerakkan bebenang stadia pada


satah mengufuk jika skru gerak perlahan
penyilang bawah diputar ketika skru
pengunci penyilang atas dan bawah
dikuncikan.

Skru Gerak
Perlahan Penyilang
Atas

Mengsetkan nilai
secara kasar.

Skru Gerak
Perlahan Penyilang
Bawah

Membolehkan cahaya masuk ke dalam


tiodolit bagi menerangkan skala utama
mikrometer

Cermin Cahaya

Menggerakkan teleskop dan bacaan


bulatan pugak dalam satah memugak jika
teleskop dikuncikan

darjah pada

sudut

MAKLUMBALAS
KEPADA AKTIVITI 6a
PERHATIAN !!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6a.
6.1
No.
Komponen
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J

Nama Komponen
Pembidik
Bulatan/Penyilang Ougak
Skru Gerak Perlahan Penyilang Pugak
Cermin Cahaya
Skru Pengunci Penyilang Pugak
Gelembung Udara
Tribrak
Skru Optik
Skru Kaki Pelaras
Tribet

Yeaah!!! Dah dapat


jawab soalan 6.1,
dapatlah kunci untuk
jawab soalan 6.2..

6.2
Komponen

Tribrak
Skru Kaki Pelaras
Plat Bering
Skru Gerak
Perlahan Penyilang
Pugak

Skru Optik

Skru Pemfokus

Skru Mikrometer

Fungsi-Fungsi
Memastikan titik di mana alat tiodolit
didirisiapkan benar-benar berada pada
pemusatan yang betul.
Menghilangkan kesan bezalihat.
Menyokong bahagian-bahagian lain
tiodolit.
Mengsetkan skala bersenggat pada
bulatan ufuk dan memugak agar sekena.
Menggerakkan bebenang stadia dan
bacaan bering pada skala utama
mikrometer pada satah mengufuk jika
skru gerak perlahan penyilang atas
diputar ketika skru pengunci penyilang
atas dan bawah dikuncikan.
Melaraskan tiodolit dengan berpandukan
gelembung udara alat tiodolit.
Menggerakkan bebenang stadia pada
satah mengufuk jika skru gerak perlahan
penyilang bawah diputar ketika skru
pengunci penyilang atas dan bawah
dikuncikan.

Skru Gerak
Perlahan Penyilang
Atas

Mengsetkan nilai
secara kasar.

Skru Gerak
Perlahan Penyilang
Bawah

Membolehkan cahaya masuk ke dalam


tiodolit bagi menerangkan skala utama
mikrometer

Cermin Cahaya

Menggerakkan teleskop dan bacaan


bulatan pugak dalam satah memugak jika
teleskop dikuncikan

darjah pada

sudut

INPUT

6.5

PENGUKURAN SUDUT UFUK DAN SUDUT PUGAK


Pengukuran sudut ufuk boleh dibuat dengan dua cara iaitu kaedah
bering dan kaedah sudut. Kebanyakan kerja terabas dijalankan
menggunakan kaedah bering. Kaedah sudut hanya digunakan untuk
menyemak bacaan dari kaedah bering. Walaubagaimanapun, dalam
seksyen ini hanya dibincangkan pengukuran sudut ufuk kaedah
bering sahaja kerana ia merupakan kaedah yang lebih penting dan
perlu diberi keutamaan. Manakala untuk sudut pugak pula,
pengukuran boleh dibuat dengan kaedah sudut sahaja.
6.5.1
Pengukuran Sudut Ufuk Dengan Kaedah
Bering
Asas pengukuran bering adalah mengsetkan suatu nilai rujukan
kepada garisan rujukan, kemudian cerapan dilakukan ke stesen
yang dikehendaki. Kedua-dua nilai ini direkodkan. Dalam kaedah
bering ini, stesen rujukan mestilah stesen belakang yang
telah diketahui nilai beringnya. Manakala nilai rujukan tidak boleh
diambil sebarang
nilai
tetapi
tertakluk
kepada
syarat-syarattertentu. Terdapat dua jenis nilai rujukan
iaitu :i. Rujukan permulaan sebelum memulakan sesuatu
kerja. ii. Rujukan untuk setiap stesen.
Rujukan permulaan sebelum memulakan kerja ini dinamakan
sebagai Datum yang mesti ditentukan mengikut kaedah yang
dibenarkan oleh peraturan ukur. Manakala, rujukan untuk setiap
stesen pula adalah nilai bering garisan belakang.
Datum adalah satu bering rujukan yang digunakan bagi
memulakan kerja. Nilai ini diset sebagai bering permulaan
(pada
garisan pertama) dan boleh
ditentukan dengan
menggunakan salah satu daripada kaedah berikut :a) Bering dari Pelan Akui (P.A) atau pelan-pelan
asal. b) Bering dari stesen penyegitigaan.
c) Bering dari kompas prisma.
d) Bering anggapan.

Langkah-langkah cerapan bering bagi satu kedudukan tiodolit


adalah seperti berikut :1.

Katakan bering rujukan (datum) adalah diambil dari Pelan


Akui dengan nilainya 327 59 36 dan tiodolit yang digunakan
adalah jenis Wild T1.
2. Dirisiapkan tiodolit di stesen 2 dengan melakukan pelarasan
dan pemusatan.
3.
Setkan bacaan bering rujukan ke dalam tiodolit pada
penyilang kiri (bulatanpugak berada
di
sebelah
kiri
pencerap).
Longgarkan semua skru pengunci dan putarkan skru
mikrometer sehingga bacaan minit dan saat iaitu 59 36
sekena pada senggatan (lihat Rajah 6.11).
4. Ketatkan skru pengunci penyilang atas. Putarkan skru gerak
perlahan penyilang atas sehingga nilai darjah iaitu 327
sekena pada senggatan (lihat Rajah 6.11).

Rajah 6.11 Bacaan Bering Ufuk


(Sumber : Wild Heerbrug (UK) Ltd.)

5. Setelah bacaan bering tersebut disetkan, tiodolit masih boleh


dipusingkan kerana skru pengunci penyilang bawah masih
bebas. Walaubagaimanapun, nilai bering yang telah disetkan
tadi tidak akan berubah.
6. Halakan teleskop ke sasaran di stesen 1 menggunakan
pembidik dan ketatkan skru pengunci penyilang bawah. Dengan
menggunakan skru gerak perlahan penyilang bawah, buatkan
supaya bebenang stadia tiodolit setindih dengan benang
pelambap yang tergantung bebas (lihat Rajah 6.12).
7. Setelah itu, longgarkan skru pengunci penyilang atas dan
halakan teleskop ke stesen berikutnya iaitu stesen 3.
8. Setindihkan juga bebenang stadia tiodolit dengan benang
pelambap yang tergantung bebas di stesen 3 dengan
memutarkan skru gerak perlahan penyilang
atas.
9. Putarkan skru mikrometer sehingga nilai darjah pada
skala utama mikrometer sekena dengan senggatan. Nilai
minit dan

saat akan bergerak sepadan dengan putaran skru mikrometer


ini. Bacaan bering yang diperolehi ini adalah bering bagi garisan
dari stesen 2 ke stesen 3.

Tali Pelambap
Sasaran

Bebenang Stadia

Rajah 6.12 Cerapan Sasaran

6.5.2 Pengukuran Sudut Pugak


Sudut pugak diukur apabila jarak suatu garisan hendak
ditentukan ataupun untuk mendapatkan sudut antara dua titik
pada satah memugak. Sudut pugak boleh berlaku dalam keadaan
dongak dan tunduk bergantung kepada perbezaan ketinggian
antara stesen tiodolit dengan stesen sasaran. Bulatan pugak
tiodolit disenggatkan secara membulat dari 0 hingga 360,
dengan senggatan 90-270 atau 0-180 bergantung kepada jenis
alat. Berikut adalah langkah- langkah untuk mengukur sudut pugak
antara stesen tiodolit dengan stesen sasaran.
1. Daripada langkah (7) pengukuran sudut ufuk dengan kaedah
bering sebelum ini di mana teleskop menghala ke stesen 3,
ketatkan skru pengunci penyilang pugak.
2. Putarkan skru gerak perlahan penyilang pugak sehingga
persilangan bebenang stadia terletak di bawah atau di
atas
bucu sasaran (lihat Rajah 6.12).
3. Setelah itu, putarkan skru mikrometer sehingga nilai darjah
bagi sudut pugak sekena dengan senggatan. Pada masa
yang sama, nilai minit dan saat turut berputar sepadan
dengan putaran skru mikometer tadi.
4. Bacaan yang diperolehi adalah bacaan sudut pugak dari
kedudukan tiodolit dengan sasaran.

6.6

PEMBUKUAN DAN PEMBETULAN CERAPAN


Setiap cerapan yang dibuat mestilah direkodkan ke dalam buku kerja luar
yang tertentu (sepertimana yang digunakan oleh Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia) mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh peraturan ukur. Berikut adalah peraturan-peraturan
yang mesti digunapakai ketika kerja-kerja pembukuan dijalankan.
1. Semua ukuran hendaklah direkodkan dengan dakwat di ruang-ruang
tertentu sebaik sahaja cerapan dibuat. Penggunaan pensil dan
dakwat merah adalah dilarang sama sekali. Pen dakwat (ball pen)
boleh digunakan (biru atau hitam).
2. Menggunakan abjad atau nombor-nombor yang tidak berkenaan
adalah tidak dibenarkan.
3. Stesen-stesen mestilah diberi nombor mengikut aturan kerja di mana
yang dahulu hendaklah didahulukan. Sesuatu nombor itu tidak boleh
digunakan lebih dari satu kali untuk satu kerja luar. Nombor stesen
adalah merujuk kepada kedudukan stesen itu dan bukan untuk
tujuan lain.
4.
Segala maklumat yang telah direkodkan tidak boleh diubah.
Memadam
adalah dilarang sama sekali.
5. Segala kesilapan yang berlaku mestilah dibatalkan semua sekali
(untuk ruang tertentu). Nilai pembetulan bolehlah diisi di bawah
(ruang berikutnya) atau di ruang lain.
6. Catatan tarikh mestilah diisi di ruang suhu pada setiap hari kerja.
Tiap- tiap muka surat mestilah ditandatangani dengan tarikhnya
sekali oleh
pegawai ukur.
7. Pegawai kerjaluar bertanggung jawab dalam melaras dan
memasukkan segala bering di dalam ruang bering (penyilang kiri
dan
kanan) hampir kepada 01 untuk kelas satu dan hampir kepada 10
untuk kelas dua. Bering muktamad hendaklah ditulis hampir kepada
10 bagi kelas satu dan hampir kepada 30 bagi kelas dua.
Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa pembukuan dan pembetulan
cerapan adalah suatu proses yang amat penting dalam kerja-kerja
pengukuran. Segala catatan hendaklah dibuat dengan teliti dan cermat
kerana setiap maklumat yang direkod adalah menunjukkan ketepatan dan
kejituan kerja yang dijalankan. Jadual 6.1 adalah contoh pembukuan
dan pembetulan cerapan bagi satu kerja pengukuran menggunakan
tiodolit bagi Ukuran Kelas Kedua.

Stesen

BEARING / SUDUT
Penyilang
Penyilang
Kiri
Kanan
Datum dari PA 6033

Purata

Dari
Stn.

245 30 00

GARISAN
Bearing
Muktamad
245 30 00

BKL
1
2

245 30 00

65 30 00

BKL
3

118 47 00

118 47 00

Ke
Stn

Sudut
Pugak

89 56

BKL

269 56

118 47 00

89 46

230 25 00

89 33

269 15 00

89 08

300 08 30

91 02

65 30 00

C - 14
298 47 00
118 46 46

2
3

298 47 00

118 47 00

PKT
4

230 25 40

230 25 30
C - 28

50 25 20
230 25 02

3
4

50 25 30

230 25 30

PKT
5

269 15 40

269 15 40
C - 42

89 15 40
269 14 58

4
5

89 15 40

269 15 40

PKT
1

300 09 10

300 09 20
C - 56

120 09 30
300 08 24

5
1

120 09 20

300 09 20

BKL
2

65 31 10

65 31 10
C 01 10

Lihat
ruang 1

245 31 10
65 35 00

Garisan 1-2 dibaca = 65 31 10


Sepatutnya dibaca

= 65 30 00

Tikaian

= + 01 10 bagi setiap stesen iaitu 2,3,4,5 dan 1

Pembetulan

= - 14 per stesen

Jadual 6.1 Pembukuan Dan Pembetulan Cerapan

Merujuk kepada Jadual 6.1, berikut adalah penerangan mengenai


beberapa istilah yang digunakan di dalam pembukuan tersebut :6.6.1 Bering Cerapan
Bering cerapan ialah bering yang dicerap dan direkodkan
samada dalam
penyilang kiri ataupun penyilang kanan.
Ketepatannya bergantung kepada kelas terabas. Ada kelas
terabas yang perlu dicerap dan direkodkan hingga 10 yang
hampir dan ada yang sampai 1 yang hampir.

6.6.2 Bering Purata


Bering purata ialah purata bering antara penyilang kiri dengan
penyilang kanan. Perbezaan antara penyilang kiri dengan
penyilang kanan sepatutnya adalah 180. Namun jika 180 tidak
diperolehi, perbezaan tersebut mestilah tidak terlalu besar
dan ianya mesti dipuratakan. Nilai bering purata sebenarnya
adalah bacaan penyilang kiri yang menunjukkan bering
hadapan bagi sesuatu terabas.
6.6.3 Bering Muktamad
Bering muktamad adalah bering akhir yang dikira dan telah
diberikan segala jenis pembetulan yang perlu (pembetulan C dan
m). Bering ini akan digunakan dalam semua kerja hitungan dan
pemelotan. Nilai bering muktamad dihampirkan kepada nilai
tertentu. Misalnya hampir kepada 10 atau 0 bergantung kepada
kelas kerja yang digunakan.
6.6.4 Seliseh Bering
Bagi terabas tertutup, bering akhir yang dicerap merupakan
bering penutup. Bering ini mesti dibandingkan dengan satu nilai
yang telah diketahui. Perbezaan di antara bering penutup dengan
bering yang diketahui dinamakan seliseh bering. Nilai seliseh
bering yang dibenarkan adalah berbeza-beza mengikut jenis
terabas. Semakin tinggi kelas terabas, semakin kecil nilai seliseh
yang dibenarkan.

6.7

PERKEMBANGAN ALAT TIODOLIT


Perkembangan pesat dalam peralatan Pengukuran Jarak Elektronik
(EDM) membolehkan jurukur atau jurutera mengukur jarak terutama
sekali jarak jauh, dengan cara yang lebih mudah dan dengan kejituan
yang lebih tinggi. Revolusi pengukuran
sudut dan jarak terus
berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi elektronik dan komputer
sehingga terciptanya alat yang dipanggil Total Station.
6.7.1 Total Station
Total Station adalah sejenis tiodolit yang boleh mengukur sudut
dan jarak secara bersama. Ia merupakan gabungan tiodolit
elektronik dengan EDM. Alat ini dilengkapi dengan sistem
pemproses
mikro
(microprocessor)
yang membolehkan
hitungan terus dilakukan secara automatik. Total Station juga
dilengkapi dengan perisian
tertentu (program) dan kad
ingatan (memory cards) bagi tujuan mengumpul dan menyimpan
data. Ianya boleh

dihubungkan dengan komputer untuk tujuan memproses data


bagi menghasilkan
pelan.
Terdapat
banyak
kebaikan
menggunakan Total Station ini di antaranya adalah :a) Pengukuran dapat dilakukan secara automasi
sepenuhnya. b) Tidak melibatkan tenaga buruh yang ramai.
c) Kesilapan catatan dapat dielakkan kerana pembukuan
dilakukan secara elektronik.
d) Pengukuran dapat dilakukan dalam cuaca yang lembap
kerana terdapat Total Station yang tahan basah (waterproof).

Leica TCR 703

Nikon DTM 521

Trimble 3300 Series

Sokkia Set 500

Pentax PCS-325

Rajah 6.13 Total Station


(Sumber : Laman Web)

6.7.2 Total Station Robotik


Alat Total Station ini adalah alat yang lebih sofisikated di mana
ianya mampu mencerap sudut ufuk secara robotik (servo-driven).
Sesetengah alat boleh dihubungkan dengan alat kawalan
(remote) bagi memudahkan lagi semasa proses pengukuran. Alat
ini sangat

sesuai digunakan untuk kerja-kerja di kawasan yang merbahaya


seperti kawasan radioaktif, lombong arang batu dan sebagainya.

Geodimeter 640

Topcon GTS 800

Leica TCRA1103 &


RCS1100 Robotic Setup

Rajah 6.14 Total Station Robotik


(Sumber : Laman Web)

6.7.3 Total Station Tanpa Pemantul (Reflectorless Total Station)


Alat ini boleh mengukur jarak tanpa menggunakan pemantul
(reflector). Sumber pengukurannya dipancarkan oleh alat dan
nilai jarak
akan
terpapar sekiranya
ia
memantul
pada
sebarang permukaan
yang
keras dan kasar. Kaedah pengukuran jarak tanpa pemantul ini
digunakan sekiranya stesen atau titik yang hendak dicerap
sukar untuk didirikan pemantul. Walaubagaimanapun, kejituan
yang diperolehi adalah
kurang berbanding menggunakan
pemantul.

Topcon GPT 2005

Sokkia Set 4110

Leica TCR307

Rajah 6.15 Total Station Tanpa Pemantul


(Sumber : Laman Web)

Nikon NPL 350

Pentax R-100 Series

Trimble 3600 Series

Rajah 6.16 Total Station Tanpa Pemantul


(Sumber : Laman Web)

Rajah 6.17 Pemantul (Reflector)


(Sumber : Laman Web)

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut. Jika anda tidak
berpuashati dengan jawapan anda, sila
buat ulangkaji pada input yang anda
rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

AKTIVITI 6b

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN


INPUT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI


HALAMAN BERIKUTNYA
6.1

.Isikan tempat-tempat kosong berikut dengan jawapanjawapan yang sesuai


a) Sudut ufuk boleh diukur dengan dua kaedah iaitu
dan
b) ..
adalah
rujukan
permulaan
sebelum
memulakan kerja.
c) .. diputarkan sehingga nilai darjah
sekena pada senggatan setelah skru mikrometer diputar
bagi
membolehkan bacaan minit dan saat sekena.
d) Sasaran bagi cerapan ke stesen hadapan biasanya adalah
........................... yang digantung bebas.
e) Pembukuan cerapan ke dalam buku kerja luar
menggunakan pen dakwat berwarna ............................... dan
.........................

6.2

Tandakan betul atau salah.


Bil.

1
2
3
4
5

Soalan

Pengukuran sudut ufuk kaedah sudut digunakan


untuk kerja-kerja penyemakan sahaja.
Bering bagi datum boleh ditentukan
menggunakan Pelan Topografi kawasan yang
hendak diukur.
Sekiranya bacaan penyilang kanan adalah 291
25 45 maka bacaan bagi penyilang kiri ialah
111 25 55.
Bering Muktamad adalah purata antara bacaan
penyilang kiri dan penyilang kanan.
Segala maklumat yang telah direkodkan boleh
diubah dengan syarat dipadam menggunakan
cecair pemadam (liquid correction).

Betul

Salah

MAKLUMBALAS
KEPADA AKTIVITI 6b

PERHATIAN !!!
Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda
dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6b.
6.1

Jawapan bagi tempat kosong :a)


b)
c)
d)
e)

6.2

Kaedah bering, kaedah sudut


Datum
Skru gerak perlahan penyilang atas
Pelambap
Biru, hitam

Jawapan betul atau salah.


Bil.

1
2
3
4
5

Soalan

Pengukuran sudut ufuk kaedah sudut digunakan


untuk kerja-kerja penyemakan sahaja.
Bering bagi datum boleh ditentukan
menggunakan Pelan Topografi kawasan yang
hendak diukur.
Sekiranya bacaan penyilang kanan adalah 291
25 45 maka bacaan bagi penyilang kiri ialah
111 25 55.
Bering Muktamad adalah purata antara bacaan
penyilang kiri dan penyilang kanan.
Segala maklumat yang telah direkodkan boleh
diubah dengan syarat dipadam menggunakan
cecair pemadam (liquid correction).

Betul

Salah

Lepas ini, anda bolehlah mencuba


kefahaman anda dalam Penilaian Kendiri
pula..Selamat Mencuba !!!!!

X
X
X
X

PENILAIAN KENDIII

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

Soalan I
a) Apakah perbezaan utama antara tiodolit vernier dengan tiodolit optik ?
b) Bagaimanakah yang dikatakan tiodolit berkeadaan baik dan
boleh digunakan untuk pengukuran ?
c) Senaraikan empat (4) sumber bering datum diperolehi.
Soalan 2
Garisan
2-1
23
34
45
51
1-2

Penyilang Kiri

Penyilang Kanan

Datum dari PC 243 30 00


77 25 00
257 25 00
173 43 30
353 43 30
231 55 00
51 55 20
322 19 00
142 19 40
63 30 30
243 30 30

Berdasarkan kepada jadual di atas, buatkan pembukuan dan


pembetulan cerapan bagi kerja terabas lima stesen berdasarkan
kepada peraturan pembukuan dan pembetulan Jabatan Ukur Dan
Pemetaan Malaysia. Bering cerapan dan bering purata dibuat kepada
10 yang hampir dan bering muktamad kepada 30 yang hampir.
Pembukuan sudut pugak adalah diabaikan.
Semak jawapan anda dalam
ruangan maklumbalas !

MAKLUM BALAS
KEPADA PENILAIAN
KENDIII

SUDAH MENCUBA ?
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN
DENGAN JAWAPAN DI BAWAH.
Jawapan I
a) Perbezaan utama tiodolit vernier dengan tiodolit optik adalah
bacaan tiodolit vernier dibuat terhadap satu indeks di mana ianya
mempunyai satu
skala
vernier
manakala
tiodolit
optik
bacaannya dihasilkan secara arca di mana bulatan ufuk dan
pugak dibuat daripada kaca yang sangat halus dan senggatan
berguris.
b) Tiodolit berkeadaan baik dan boleh digunakan untuk
pengukuran apabila :1. Paksi pugaknya betul-betul tegak apabila gelembung udara
penyilang ufuk berada di tengah-tengah.
2. Paksi sangga mestilah bersudut tepat dengan garisan kolimatan
dalam satah ufuk dan bersudut tepat dengan paksi pugak
dalam satah pugak.
3. Apabila teropong berada dalam keadaan mendatar dan
gelembung pugak (di atas teleskop) berada di tengah-tengah,
bacaan sudut pugak sepatutnya 0/90 (bergantung kepada
jenis alat)
c) Empat (4) sumber bering datum diperolehi adalah :1.
2.
3.
4.

Bering dari Pelan Akui (P.A) atau pelan-pelan asal.


Bering dari stesen penyegitigaan.
Bering dari kompas prisma.
Bering anggapan

Jawapan 2

Stesen

BEARING I SUDUT
Penyilang
Penyilang
Kiri
Kanan
Datum dari PC

243 30 00

63 30 00

Purata

Dari
Stn.

243 30 00

GARISAN
Bearing
Mukatad
243 30 00

77 25 00

77 25 00

173 43 30

231 55 00

322 19 00

63 30 00

Ke
Stn
1

C - 06

2
3

77 25 00

257 25 00
77 24 54

257 25 00

77 25 00

173 43 30
C - 12

3
4

173 43 30

353 43 30
173 43 18

353 43 30

173 43 30

231 55 00

51 55 20

231 55 10
C - 18

231 54 52
4

51 55 10

231 55 10

322 19 20
C - 24

5
1

322 19 00

142 19 40
322 18 56

142 19 20

322 19 20

63 30 30
C 30

1
2

63 30 30

243 30 30
63 30 00

Garisan 1-2 dibaca

= 63 30 30

Sepatutnya dibaca

= 63 30 00

Tikaian

= + 00 30 bagi setiap stesen iaitu 2,3,4,5 dan 1

Pembetulan

= - 06 per stesen

TAHNIAH !! ANDA SUDAH


DAPAT MENJAWAB SEMUA
SOALAN, MARI KITA
BERPINDAH KE UNIT 7

Anda mungkin juga menyukai