Anda di halaman 1dari 13

SIRI PEMBELAJARAN CEMERLANG:

Kaedah Membaca Optimum

TOPIK 1 - Kemahiran Membaca: Satu Pengenalan


Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut atau universiti. Membaca
membawa pengertian yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan
tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep
kefahaman.

Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut:

"Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman,


keperluan dan tujuan bacaan."

Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa:

"Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang


dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."

Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling
berhubungan antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti
mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan
melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak memproses
bahan bacaan.

Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca melibatkan
proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber tulisannya. Ia
melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi.

Thorndike (1917) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung,


memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan
maklumat dan mengukur maklumat tersebut.

TOPIK 2 - Falsafah konsep membaca


Kesediaan membaca bergantung kepada konsep kematangan mental. Gangguan kepada
mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca. Kesediaan membaca
juga penting dan menjadi asas untuk peringkat perkembangan pemikiran pelajar-pelajar.
Kemahiran membaca boleh diajar atau dilatih sebelum mendapat pengajaran bacaan
formal di sekolah.

Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu
yang sudah sedia ada dan diabadikan dalam bentuk penulisan. Aktiviti membaca adalah
aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan
tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca.

Pelajar dianggap gagal mengamati tabiat membaca dengan sebaiknya sekiranya tidak
memiliki kemahiran membaca. Seseorang yang memiliki kemahiran dalam pembacaan
dapat mengoptimumkan pembacaan dalam satu jangkamasa yang ditentukan. Seseorang
pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum semestinya mempunyai kebolehan
dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep dan pendekatan
yang ditulis.

Pelajar yang menggunakan kaedah membaca paling optimum dipercayai dapat


memahami dan menghuraikan kembali bahan yang telah dibacanya itu. Oleh sebab itu,
falsafah pembacaan paling optimum mementingkan pemikiran yang berhubungan
dengan otak.

TOPIK 3 - Rasional Pembacaan Optimum


Sebelum membaca, anda mestilah berada di dalam kedudukan bersedia atau situasi yang
sesuai untuk membaca. Kesediaan membaca bergantung kepada kematangan mental
untuk menghalang gangguan-gangguan lain semasa membaca. Sekiranya terdapat
gangguan-gangguan tersebut, maka berlaku permasalahan dalam proses pembacaan.
Kesediaan membaca sangat penting dalam membentuk tahap perkembangan dan
pemahaman anda.

Penyerapan remaja kepada bahan bacaan seperti komik, novel, cerpen dan sebagainya
akan mewujudkan budaya membaca dalam masyarakat. Budaya membaca merupakan
salah satu cara hidup yang menjadikan pembacaan sebagai perlakuan yang sentiasa
diamalkan. Bagi melahirkan budaya membaca, ahli masyarakat perlu mempunyai nilai
dan sikap suka kepada ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu pengetahuan tersebut
untuk kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, anda akan akan menggunakan segala kemahiran yang ada pada
diri anda bagi mencapai tingkat pembacaan yang optimum. Hal ini adalah penting kerana
ia dapat mengajak anda berfikir untuk membuat rumusan atau kesimpulan daripada
maklumat yang telah dibaca itu.

Salah satu daripada keistimewaan yang diperolehi daripada kaedah pembacaan paling
optimum ialah anda dapat mentafsir dan meramal apa yang sebenarnya cuba
disampaikan oleh penulisnya. Dengan ini, secara tidak langsung anda dapat menguasai
bahasa dan maksud yang dilahirkan, tersurat atau tersirat.

TOPIK 4 - Ciri-ciri Pembacaan Yang Baik


Anda mestilah mengetahui cara untuk menjadi seorang pembaca yang baik. Pembaca
yang baik dapat mencapai tahap pembacaan yang optimum. Ciri pembaca yang baik
ialah mesti banyak membaca. Banyak membaca tidak bererti anda dapat memperolehi
ilmu dan maklumat sahaja, tetapi dapat memahami hakikat keharusan membaca. Anda
juga mesti mempelbagaikan objektif pembacaan mengikut kesesuaian masa, tempat dan
jenis bahan bacaan tersebut.

Sebagai seorang pembaca yang baik, anda sangat digalakkan supaya memperluaskan
skop pembacaan. Jika pelajar mahu menjadi pembaca yang baik, pelajar harus juga
membaca buku-buku atau bahan bacaan lain seperti sosio-budaya, ekonomi, politik dan
komputer. Dengan skop pembacaan yang sedemikian, dunia pemikiran anda akan
menjadia luas dan matang.

Salah satu faktor yang ditekankan dalam pembacaan secara optimum ini adalah
memastikan bahawa semua bacaan yang dibaca itu difahami dengan sepenuhnya. Tidak
ada gunanya anda membaca sekiranya tidak dapat memahami apa yang sedang dibaca.
Oleh itu, anda haruslah menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan bacaan serta
mengetahui kaedah membaca yang sesuai.
Pembaca yang baik tidak akan menerima keseluruhan hujah dan fakta-fakta daripada
buku yang dibacanya. Sebaliknya, mereka memiliki keberanian untuk mengemukakan
pandangan sendiri. Mereka boleh mengulas kembali buku tersebut dengan terperinci dan
mampu merealisasikan apa yang difahami itu dalam kehidupan seharian.

Topik 5: JENIS-JENIS BAHAN BACAAN


Sebelum anda mula membaca, pastikan terlebih dahulu anda mengetahui jenis-jeins
bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca. Buku teks merupakan "buku rasmi" pelajar yang
perlu dibaca. Buku ini bertujuan untuk membimbing para pelajar bagi mendalami sesuatu
ilmu. Buku teks ditulis dengan struktur yang membolehkan para pelajar mendapatkan
dan memahami asas bidang ilmu secara mudah.

Suratkhabar merupakan bahan bacaan yang sangat besar pengaruhnya kepada pembaca
di serata dunia. Suratkhabar menyiarkan banyak maklumat dan panduan kepada para
pembaca. Anda seharusnya menjadikan suratkhabar sebagai bahan bacaan harian.
Dengan membaca suratkhabar, anda seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku
di sekeliling dunia kita.

Ensiklopedia atau bahan-bahan rujukan yang berteraskan ilmu pengetahuan digunakan


untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu perkara. Ensiklopedia
mengandungi penerangan umum tentang sesuatu perkara. Bahan-bahan rujukan juga
memudahkan anda membuat kertas kerja, karangan ataupun esei di samping menyemak
kembali tugasan yang telah siap. Bahan-bahan bacaan sedemikian akan meningkatkan
kemahiran membaca dan seterusnya menjadi pembaca yang optimum.

BIMBINGAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ramai di antara rakan remaja kini akan menghadapi peperiksaan, terutamanya di
tingkatan 3 yang akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah dan tingkatan 5 yang
akan menempuh Sijil Pelajaran Malaysia. Namun begitu, rakan remaja yang lain juga akan
menjalani peperiksaan akhir tahun atau ujian bulanan. Manakala mereka yang sedang
menuntut di institusi pengajian tinggi pula sibuk dengan tugasan (assignment), ujian atau
peperiksaan di peringkat fakulti. Justeru itu, boleh dikatakan hampir semua remaja yang
sedang menuntut sama ada di sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi akan
menghadapi peperiksaan. Artikel minggu ini akan menyentuh serba sedikit tentang
bimbingan menghadapi peperiksaan.

Persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

a.Mengulangkaji: Lakukan di dalam 3 peringkat

1. Sebaik sahaja selepas menerima pelajaran baru.

2. 2 bulan sebelum hari peperiksaan, biasakanlah diri dengan soalan-


soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

3. Masa di antara ulangkaji (perkara 2 di atas) sehingga hari


peperiksaan.

b.Kawal perasaan: Jangan panik! Lakukan perkara berikut untuk


mengurangkan ketegangan

1. Hentikan apa jua perkara yang anda sedang lakukan buat seketika.

2. Beritahu diri anda supaya bertenang dan berehat.


3. Tarik nafas perlahan-lahan, lepaskan secepat yang dapat. Ulangi
beberapa kali.

4. Ingat sesuatu yang indah sewaktu menarik nafas panjang itu.

5. Ulangi proses di atas setiap kali anda merasa panik.

Semasa di dewan peperiksaan

c.Pemilihan soalan (berbentuk esei)

1. Baca arahan pada permulaan kertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa
banyak soalan yang wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa
bahagian yang perlu pemilihan soalan.

2. Pilih soalan yang anda betul-betul yakin boleh dijawab, iaitu anda dapat
memberikan isi-isi yang tepat dan terbanyak serta mampu menghuraikannya
dengan baik.

3. Luangkan sedikit masa untuk memahami soalan yang dipilih. Ia memberikan


faedah yang besar kerana dapat mengelakkan jawapan anda menyimpang
daripada kehendak soalan sebenarnya. Beberapa contoh diberikan seperti
berikut:

KATA
MEMERLUKAN ANDA
KUNCI
Huraikan Memberi penjelasan akan kenyataan yang diberi di dalam soalan
tersebut.
Bincangkan Memberi isi-isi penting dan menganalisis tiap-tiap satu itu dengan
cara kritikal iaitu pro dan kontra.
Buktikan Memberikan contoh-contoh dan kesan-kesan mengenai sesuatu
soalan yang biasanya berbentuk rumusan atau pendapat
Sejauhmana Menunjukkan bahawa sesuatu kebenaran ada batasannya. Berikan
kah faktor lain selain daripada faktor utama yang dihuraikan
4. Pastikan penyampaian jawapan anda mudah difahami, tepat dan kemas.
Jangan tulis jawapan yang meleret, terlalu panjang, berbelit-belit, berulang
kerana ia membazirkan masa.

5. Peruntukkan masa yang sesuai dengan soalan dan jumlah markah yang
disediakan bagi setiap soalan. Semakin tinggi markah yang diperuntukkan,
semakin banyak masa yang perlu diluangkan. Ini juga memudahkan anda
mengurus masa dan anda tidak akan leka dengan sesuatu soalan dan terlupa
menjawab soalan lain.

d.Soalan berbentuk aneka pilihan

1. Baca arahan pada permulaan kertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa
banyak soalan yang wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa
bahagian yang perlu pemilihan soalan.

2. Pilih jawapan yang tepat. Jika anda merasa ragu-ragu, gunakan teknik "buang
jawapan salah" (seperti rancangan "Who wants to be a millionaire") dengan
membuang jawapan yang anda fikir memang bersalahan dengan kehendak
soalan. Jawapan yang tinggal akan menjadi jawapan muktamad anda.

3. Sekiranya masih ada beberapa pilihan jawapan dan anda masih tidak dapat
menentukan jawapan yang tepat, anda terpaksa meneka jawapan anda.
Sekurang-kurangnya peluang anda untuk mendapat jawapan yang betul
adalah lebih tinggi daripada tidak membuang langsung jawapan yang anda
pasti salah.

BIMBINGAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN (Bhg. 2)


Artikel minggu ini merupakan sambungan daripada minggu lepas. Ia akan menyentuh
aspek mengulangkaji dan teknik menjawab soalan semasa peperiksaan.

Mengulangkaji pelajaran

Pelajar perlu bijak membezakan di antar "belajar" dan "ulangkaji". Ulangkaji bermakna
kita mengharap semua matlumat dan fakta dari nota-nota ringkas dan bukannya
menyogokkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat baru yang membingungkan kepala.

Tempoh mengulangkaji

Ada pakar mengatakan masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada yang
mengatakan selama 3 minggu. Walau bagaimanapun adalah mustahil untuk mengatakan
dengan tepat akan jumlah masa yang perlu diperuntukkan kerana kemampuan seseorang
itu adalah berbeza. Tetapi sebagai panduan 6 hingga 8 minggu di saat terakhir
peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk mengulangkaji. Ada yang berpendapat
selepas peperiksaan percubaan kerana kita telah menamatkan tempoh belajar untuk
menghadapi peperiksaan percubaan. Tetapi ada juga yang berpendapat mengulangkaji
secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi
peperiksaan.

Cara mengulangkaji

1. Perancangan yang rapi.

2. Tekanan dan gangguan perasaan semakin terasa apabila menjelang hari


peperiksaan. Tekanan akan dapat dikurangkan dengan berehat dan yang penting
kita mempunyai perancangan yang ketat menjelang peperiksaan.

3. Tumpukan pada topik utama sahaja. Bertanyalah kepada guru anda bagi
mendapatkan sedikit sebanyak "hint" (bayangan) perkara yang akan keluar di
dalam peperiksaan. Cikgu yang baik akan membantu anda.

4. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya untuk topik yang dijangka keluar.


Namun begitu, jangan terlalu berharap, anda juga perlu mengkaji topik lain yang
MUNGKIN akan keluar?

5. Merangka jawapan dan berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas


mengikut waktu yang telah ditetapkan.

6. Musuh utama ketika mengulangkaji ialah jemu. Keadaan ini dapat dielakkan
dengan menukar rutin yang akan menyebabkan anda segar semula. Caranya
ialah:-

i.Anda boleh mendapatkan khidmat tuisyen dimana anda boleh berbincang mengenai
subjek yang sukar.

ii.Mengulangkaji secara berkumpulan. Walau bagaimanapun terdapat unsur


yang merbahaya apabila belajar secara berkumpulan kerana terdapat
kecenderungan untuk berbual kosong. Fikir sedalam-dalamnya tentang
personaliti rakan-rakan kita untuk sama-sama berbincang. Jika kita merasakan
tindakan kita untuk berbincang bersama-sama rakan-rakan lain tidak
membawa banyak manafaat, elakkan untuk melakukan perbincangan.

Hari Peperiksaan

Apabila hari peperiksaan menjelang tiba, tiada siapa yang akan menolong kita. Hanya
kita yang boleh membantu diri kita sendiri. Semuanya mesti berasa dalam ingatan kita.
Tiada lagi masa untuk mengulangkaji atau membaca buku. Doa-doa kita yang lepas
adalah pendorong dan meyakinkan kita untuk lulus peperiksaan. Jangan bimbang, kita
memang menantikan hari ini, menanti saat-saat menghadapi peperiksaan ini.

Apa yang perlu dilakukan

1. Menyediakan segala kelengkapan menghadapi peperiksaan seperti kad


pengenalan, pen, pensil, pembaris dan peralatan lain. Sediakan jam tangan
kerana bimbang jam di dalam dewan terlindung dari pandangan kita.

2. Persiapan terakhir - Perkara yang perlu diambilkira seterusnya ialah, "Patutkah aku
pergi ke sekolah bersendirian?". Ramai yang berpendapat tidak perlu berteman.
Ini kerana ada dikalangan pelajar yang bersama rakan-rakan sering bercakap
tentang kebimbangan dan ketakutan mereka tentang peperiksaan. Jika bersama-
sama rakan pun biarlah rakan yang memberi ketenangan kepada kita. Bagi pelajar
yang percaya, pen biru akan membawa tuah, teruslah menggunakannya. Bagi
pelajar Muslim tentulah doa yang mengiringi keyakinan mereka ke dewan
peperiksaan. Kita perlu berpegang kepada sesuatu untuk memberi harmoni
kepada minda kita.

3. Jika waktu peperiksaan bermula pada pukul 9.00 pagi, peruntukkan sedikit masa
untuk sampai sebelum waktunya. Makanlah sebelum menghadapi peperiksaan.
Jangan membiarkan diri terasa lapar kerana kita memerlukan tenaga untuk
menghadapi peperiksaan.

4. Perlu diingatkan kepada calon supaya pergi ke tandas terlebih dahulu untuk
mengelakkan calon dari keluar semasa peperiksaan sedang dijalankan. Gangguan
ini hanya mengganggu konsentrasi.

5. Pelajar yang tenang ialah mereka yang siap sedia menghadapi peperiksaan.
Seseorang akan tenang jika dapat awal ke tempat peperiksaan. Jika kita merasa
tidak selesa semua ini akan ditunjukkan dalam kertas peperiksaan kita. Jika kita
bersistematik dan tenang adalah tidak menghairankan jika kerja kita mudah
dibaca dan kemas. Begitu juga dengan peralatan atau perkakas peperiksaan
biarlah tidak menimbulkan masalah kepada kita seperti hilang atau tersalah letak.

6. Perkara penting yang perlu kita ingat ialah menentukan tarikh dan waktu
peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Bayangkanlah bagaimana kecewanya
kita jika gagal dalam peperiksaan hanya kerana tersalah memastikan tarikh
peperiksaan.

Peperiksaan bermula

1. Jika ada topik ramalan yang keluar dalam soalan, tentulah kita merasa gembira.
Kegembiraan itu janganlah disusuli dengan sifat tergopoh gapah. Keghairahan
menjawab hanya akan menyebabkan kita terburu-buru mengejar fakta-fakta yang
tersimpan dalam ingatan. Salah satu kesilapan calon ialah menjawab soalan
dengan tergesa-gesa. Ini merupakan satu bentuk panik.

2. Kebanyakan calon ingin menulis dengan cepat kerana calon merasakan mereka
mempunyai masa yang singkat untuk ditulis kepada pemeriksa. Mereka ingin
memberitahu kepada pemeriksa mereka tahu menjawab dan telah bersedia
dengan peperiksaan. Mereka hanya melihat soalan sepintas lalu dan mula menulis
apa yang mereka ketahui tentang topik itu. Jika kita mengamalkan sikap sebegini,
kita sebenarnya berada dalam keadaan yang merbahaya.

3. Kita tidak dapat mempengaruhi pemeriksa jika mendekati soalan dengan cara
yang tidak tersusun kerana jawapan begitu selalu tidak mengikut kehendak
soalan.

4. Pastikan kita ada semua muka surat kertas peperiksaan. Kemudian bacalah
arahan di dalam kertas peperiksaan. Cara yang baik ialah memulakan dengan
tenang dan membaca soalan dengan berhati-hati sebanyak dua kali. Walaupun
nampak tidak berfaedah tetapi ia merupakan disiplin yang berguna.

5. Kelemahan calon semasa menjawab soalan.

a.Ramai calon yang memberikan jawapan-jawapan yang ringkas atau


sebaliknya memberikan jawapan yang panjang tetapi tidak mengandungi isi.
Calon seperti ini belum lagi mencapai tahap kematangan dan pengetahuan
berfikir serta tidak tahu berhujah.
b.Masalah dari segi bahasa dan istilah. Penggunaan istilah atau perkataan
tidak sesuai atau kurang tepat telah mengakibatkan sesuatu jawapan lain
maksudnya.
c.Menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit. Keadaan ini
menimbulkan kekaburan dan kekeliruan tentang idea dan hujah yang
dikemukan oleh calon.
d.Calon tidak menguasai fakta dan tidak dapat menghubungkait sesuatu fakta
atau konsep yang kerapkali dipisahkan sehingga menyebabkan kesatuan isi
jawapan menjadi lemah. .
e.Tidak mematuhi arahan yang terdapat dalam kertas soalan. Misalnya mereka
tidak mematuhi jumlah perkataan yang ditetapkan. Ini menyebabkan markah
calon boleh dipotong.
f.Mutu jawapan tidak seperti yang diharapkan sehingga tidak mencapai tahap
yang dikehendaki. Pengolahan jawapan kebanyakannya tidak baik disebabkan
oleh dangkalnya kefahaman tentang isu yang ditimbulkan.
g.Kerapkali memberikan apa yang mereka tahu dan bukannya apa yang
ditanya.
h.Memberikan jawapan secara umum sahaja. Ini kerana pengetahuan pelajar
juga secara umum dan ditambah dengan kurang minat membaca. Banyak
membaca buku rujukan yang diperaku di dalam sukatan pelajaran dapat
membantu calon menjawab dengan matang dan jelas.
i.Tulisan tangan yang buruk.

2. Apabila kita telah membaca soalan sebanyak dua kali secara berhati-hati,
beralihlah kepada soalan seterusnya. Periksalah jumlah soalan yang perlu dijawab
dan soalan-soalan yang wajib dijawab. Tidak kira berapa kali telah diberitahu atau
berapa kali kita telah melihat sendiri soalan-soalan tahun lepas, tetapi kita masih
mesti memastikan pada hari peperiksaan kalau-kalau bentuk soalannya telah
berubah. Kemudian bahagikan masa bagi setiap soalan dengan seimbang untuk
dijawab dengan lancar. Kita juga perlu menyediakan masa untuk membaca
semula jawapan yang telah ditulis. Adalah tidak bijak jika kita mengatakan adalah
lebih berfaedah dalam masa 7 minit ini digunakan untuk menjawab soalan dari
membaca semula semua jawapan. Melalui pembacaan semula kita dapat
memperbetulkan ejaan, tulisan yang tidak jelas, tanda baca, imbuhan,
penggunaan kata jamak, permulaan ayat atau fakta yang tertinggal. Pembetulan
ini sedikit sebanyak membantu kita untuk memperolehi markah yang lebih.

Panik semasa peperiksaan

Mula-mula berhenti menulis, luangkan sedikit masa. Letak pen atau pensil,
genggamkan tangan dan lembutkan anggota badan. Jangan silangkan kaki. Tarik
nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. Dapatkan sebanyak mana oksigen.
Sekiranya perlu ke bilik air minta kebenaran. Jangan fikir tentang kertas
peperiksaan sehingga kembali ke dewan. Buat semula senaman tarik nafas.
Setelah lega, mulalah dengan membaca/menyemak jawapan yang dibuat dan
mula menjawab.

TIPS CEPAT PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

3. Bersedialah dengan nota poket yang lengkap, sekurang- kurangnya 2 bulan


sebelum peperiksaan.

4. Jadikan buku- buku teks sebagai rujukan sahaja.

5. Elakkan dari mengamalkan belajar pada saat- saat akhir.

6. Bagi pelajar yang lemah hendaklah mengambil masa yang lebih lama untuk
mengulangkaji pelajaran.

7. Rujuklah kepada guru apabila menghadapi masalah berhubungan dengan


pelajaran.

8. Dalam mengulangkaji pelajaran, pelajar hendaklah berehat setiap 20 hingga 30


minit. Waktu rehat sekurang- kurangnya 10 minit.

9. Berdoa kepada Allah sebelum dan selepas mengulangkaji.

10. Luangkan masa untuk mengerjakan solat hajat dan membaca Al- Quran.

11. Pelajar juga hendaklah menjaga kesihatan diri.

Di dewan peperiksaan

12. Jangan berbincang atau menghafal di luar dewan.

13. Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan.

14. Patuhi semua arahan dan peraturan.

15. Mulakan peperiksaan dengan bismillah dan doa seperti doa memulakan pelajaran.

16. Baca soalan dengan teliti.

17. Gariskan arahan yang penting dalam soalan.

18. Untuk soalan esei, catatkan isi jawapan atau rangka jawapan terlebih dahulu
untuk mengelakkan pelajar terlupa fakta.

Topik 8: TEMPAT MEMBACA YANG SESUAI


Tempat membaca sedikit sebanyak menentukan penerimaan dan pemahaman terhadap
bahan-bahan yang dibaca. Jika tempat membaca tidak begitu selesa, maka pelajar tidak
akan dapat ilmu dan maklumat secara terperinci. Seharusnya pelajar-pelajar membaca di
tempat yang sunyi dan gangguan seperti bunyi televisyen, radio dan lain-lain lagi.
Gangguan tersebut akan mengganggu kelancaran pemahaman pelajar terhadap bahan
yang dibaca.

Bagi pelajar yang memiliki rumah yang besar, ada baiknya pelajar mengambil ruangan
tersebut untuk mengkhaskan sebuah bilik untuk membaca. Sebaiknya bilik tersebut
dilengkapkan dengan meja dan buku di samping rak-rak buku. Bilik khas di dalam rumah
ini akan menjadi bilik pelajar sekeluarga membaca buku.

Sekiranya pelajar tidak mampu menyediakan sebuah bilik membaca di rumah, pelajar
boleh menggunakan tempat lain seperti perpustakaan. Di perpustakaan terdapat banyak
bahan bacaan yang berilmiah. Pelajar mesti pandai memperuntukkan masa yang khas
untuk berkunjung ke perpustakaan. Di perpustakaan pelajar bukan sahaja selesa untuk
membaca buku tetapi pelajar juga dapat meminjam buku, majalah dan seumpamanya.

Selain itu, tempat menunggu juga dapat digunakan untuk membaca sekiranya mahu
mempertingkatkan kemahiran membaca. Bagi pelajar yang tinggal di kawasan
pedalaman, peluang untuk mendapat pemahaman yang tinggi adalah lebih baik kerana
jauh daripada gangguan-gangguan lain yang terdapat di kawasan bandar.

Topik 9: PENGGUNAAN MASA DALAM MEMBACA


Tabiat membaca mestilah dituruti dengan masa yang sesuai dalam membaca selain
memahaminya. Jika sesuatu bahan bacaan itu tidak penting dan sekadar untuk hiburan
sahaja, pelajar tidak seharusnya menggunakan pada masa utama. Masa utama adalah
masa yang paling strategik untuk pelajar melakukan sesuatu tugas dalam keadaan diri
yang segar dan suasana yang mendorong minat membaca.

Awal pagi adalah masa yang paling sunyi dan menenangkan fikiran semua individu. Pada
waktu begini, jiwa dan fikiran pelajar lebih aman dan segar. Pada awal pagi pelajar mesti
membaca dengan dua objektif sahaja iaitu:

1. Mendapatkan maklumat dan ilmu. Seorang pelajar mestilah membaca buku teks,
buku panduan dan nota pelajaran kerana pada waktu sebegini, daya ingatan kita
sangat kuat. Maklumat dan ilmu pengetahuan yang dibaca senang diterima dan
difahami.

2. Mengulangkaji mata pelajaran pada awal pagi merupakan masa yang paling
sesuai untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran. Fikiran yang masih segar itu
mudah menyerap apa sahaja bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, pelajar
dinasihatkan mengoptimumkan pembacaan pada waktu ini.

3. Atas dasar waktu pagi adalah masa bermula kita membuka mata dan menghadapi
dunia tersendiri, maka ianya akan bersifat "selesa, lega dan segar". Pada waktu
sebegini banyak maklumat yang boleh diserap oleh perkara atau isi yang agak
sukar dan kompleks. Contohnya, masa ini amat sesuai untuk meninjau dan
meneroka isi matapelajaran sains atau matematik yang agak kompleks. Kalau kita
cuba melakukan perkara yang kompleks ini di waktu petang atau malam, tatkala
otak dan badan kita sudah penat, maka ianya akan menyusahkan dan
memenatkan diri kita lagi.

Biasanya, waktu selepas solat maghrib masa utama yang sering digunakan untuk
menelaah buku-buku pelajaran. Waktu sedemikian digunakan oleh pelajar dengan
sempurna agar apa yang dibaca pada malam itu dapat pemahaman yang optimum.
Kebanyakan pelajar pada waktu begini suka menonton televisyen daripada
mengulangkaji pelajaran. Oleh yang demikian, kaedah membaca yang optimum tidak
akan tercapai.

Topik 10: KAEDAH-KAEDAH DALAM PEMBACAAN (bahagian


pertama)

Membaca adalah kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran seseorang. Jika dibuat
perumpamaan, membaca adalah tiang kepada pembelajaran. Kaedah membaca adalah
penting kepada setiap pelajar. Kaedah membaca adalah seolah-olah alat bagi
membolehkan seseorang itu membaca dengan sempurna.

Oleh itu sebagai pembaca yang baik, pelajar mestilah mengetahui dan menggunakan
kaedah-kaedah dalam membaca. Menurut Francis Bacon, "Ada buku untuk dinikmati yang
lainnya untuk dicernakan". Kenyataan Bacon itu menunjukkan kepelbagaian bahan
bacaan harus dibaca dengan kepelbagaian kaedah.

Umumnya terdapat enam jenis kaedah pembacaan iaitu pra-pembacaan, pembacaan


luncuran, pembacaan imbasan, pembacaan teliti, pembacaan kritis dan pembacaan
kreatif.

a) Pra-Pembacaan

Kaedah pra-pembacaan membolehkan pelajar mengetahui sepintas lalu tentang rangka


isi kandungan sesuatu bahan bacaan. Isi kandungan tersebut mestilah mengandungi
aspek-aspek seperti berikut:

1. Idea utama
2. Penaakulan
3. Kesimpulan pengarang

Dengan menggunakan kaedah pra-pembacaan ini, pelajar dapat memahami sesuatu isi
dengan cepat. Antara kaedah pra-pembacaan adalah seperti berikut:

1. Mengetahui idea utama sebelum menghabiskan bahan bacaan tersebut

2. Membantu pelajar untuk memahami dengan mudah dan cepat bahan bacaan
tersebut.

3. Menjimatkan masa pelajar kerana hanya membaca bahagian yang penting sahaja.

4. Membantu pelajar untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan bahan
bacaan tersebut atau sebaliknya.

b) Pembacaan Luncuran

Seseorang pelajar yang mahir membaca tidak perlu memahami keseluruhan isi
kandungan bahan bacaan tersebut. Pelajar boleh dianggap membuang masa sekiranya
berusaha memahami perkara-perkara yang tidak penting dalam sesuatu subjek
pelajaran. Oleh yang demikian, kaedah membaca secara luncuran digunakan bagi
mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dengan cara yang cepat.

Semasa membaca, pelajar akan membaca secara cepat dan akan berhenti untuk
menangkap idea-idea utama yang difokuskan oleh pengarang. Kaedah ini juga disebut
sebagai kaedah lompatan kerana ianya hanya mencari bahagian yang terpenting sahaja
dalam bahan bacaan tersebut. Di antara kebaikan membaca secara luncuran adalah
seperti berikut:
1. Meningkatkan kepantasan membaca dan pemahaman pelajar.

2. Menjimatkan masa dan tenaga pelajar.

3. Membantu proses mengulangkaji secara pantas, beberapa jam sebelum sesuatu


ujian atau peperiksaan.

Ramai pakar-pakar pembacaan mengatakan bahawa secara umumnya, kaedah luncuran


merangkumi pembacaan secara Overview, Preview, Inview dan Review. Di bawah ini
disediakan satu jadual kepada pelajar bagaimana yang dimaksudkan dengan kaedah
luncuran itu.

• Overview
• Preview
• Inview
• Review
• Baca kulit buku
• Baca ringkasan bab atau kesimpulan
• Baca bahagian yang masih belum dibaca
• Kaji semula bahagian yang penting
• Baca halaman isi kandungan
• Baca ringkasan bab
• Elakkan bahagian yang susah
• Ambil nota
• Baca tajuk bab, tajuk kecil, nota kaki dan graf
• Baca permulaan dan akhir bab
• Bersedia ambil nota
• Baca bahagian yang belum dibaca
• Lihat ilustrasi dan foto
• Lihat kata kunci dan frasa
• Semak nota untuk pemahaman
• Hendak terus membaca

Topik 11: KAEDAH-KAEDAH DALAM PEMBACAAN (bahagian


kedua)

b) Pembacaan Imbasan

Pembacaan imbasan bertujuan untuk mencari sesuatu dan fakta-fakta khusus dalam
halaman bacaan. Pengkelasan bacaan secara imbasan terbahagi kepada 3 bahagian:

1. Mencari maklumat yang mudah ditemui, misalnya tarikh sesuatu kejadian itu
berlaku.

2. Mencari jawapan yang memerlukan huraian yang panjang terhadap sesuatu


persoalan.

3. Menjawab soalan melalui pembelajaran dan pengalaman yang telah dilalui.

d) Pembacaan Secara Teliti

Pelajar sering menggunakan kemahiran membaca secara teliti semasa mengulangkaji


pelajaran. Tujuan pembacaan teliti ialah untuk mengarap seluruh idea, ayat dan makna
sesebuah bahan bacaan. Pembacaan teliti merangkumi tempat membaca, peralatan
membaca dan teknik dalam membaca. Membaca dengan teliti sering dikaitkan dengan
konsep ingatan yang kuat. Hal ini adalah kerana pembacaan teliti melibatkan daya
pemahaman yang tinggi.

e) Pembacaan Secara Kritis

Pembacaan secara kritis bertujuan untuk menilai dan menganalisis sesuatu tulisan.
Pelajar yang memiliki pemikiran dan pembacaan kritis boleh dikategorikan sebagai
pelajar yang cemerlang dalam pembacaan. Pembacaan kritis mempunyai 4 kebaikan
iaitu:

1. Dapat memahami isi kandungan bahan bacaan secara tepat.

2. Pelajar dapat memahami sesuatu topik secara menyeluruh dan mampu membuat
rumusan mengenainya.

3. Boleh mendapat data yang tepat melalui berbagai bahan bacaan yang dibuat
rujukan.

4. Pelajar dapat mengolah kembali secara mengemukan ayat dan pemahaman


sendiri.

f) Pembacaan Secara Kreatif

Pembacaan secara kreatif melibatkan kemampuan pelajar untuk menjangkau aspek-


aspek yang tidak tercetak di dalam bahan bacaan yang dibaca. Ia membabitkan proses-
proses mental dan intelektual yang tinggi. Pemahaman yang disebutkan dalam
pembacaan kreatif ialah dapat membuat tanggapan dan pemikiran sendiri oleh setiap
pelajar yang berpotensi.

Kemahiran membaca secara kreatif tidak akan terjebak dalam pemikiran, idea,
persembahan dan pendekatan yang rutin. Pelajar yang mempunyai kreativiti yang bagus
biasanya dapat menguasai kemahiran membaca secara kreatif dengan sepenuhnya.

Melalui teknik-teknik pembacaan yang dinyatakan itu, pelajar dapat menggunakan


sebagai panduan untuk menjadi seorang yang dapat membaca secara optimum mengikut
kemampuannya. Hal ini adalah kerana tahap kecerdasan diantara satu sama lain adalah
berbeza. Walau bagaimanapun keunikan manusia itu sendiri dapat membantu dirinya
untuk mencapai tahap pembacaan paling optimum.

Topik 12: MEMBACA DENGAN PANTAS


Selalunya, pembaca yang mahir mampu membaca dengan kadar yang lebih cepat
daripada pembaca-pembaca yang lain. Pelajar yang dapat membaca dengan pantas,
dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Dengan
pembacaan yang pantas, pelajar dapat mengikuti sesuatu bahan bacaan itu dengan
cepat disamping turut memahami perkara yang hendak disampaikan.

Sekiranya pelajar menguasai kemahiran membaca dengan pantas, pelajar dapat


menangani pelbagai tugas harian lain dengan efisyen dan lebih meyakinkan. Pelajar
dapat menyempurnakan sesuatu tugas dengan baik mengiku masa yang telah
ditetapkan. Pelajar mesti mendahului masa bukan sering kehilangan masa.

Membaca secara pantas juga boleh menyegarkan minda para pelajar. Semasa membaca,
minda pelajar akan bergerak aktif untuk mentafsir makna demi makna, data demi data,
maklumat demi maklumat dan hujah demi hujah. Pengaktifan minda ini akan menjadikan
seorang pembaca itu tahap pemikiran mantap dan segar.
Sebelum membaca, pelajar terlebih dahulu menguasai perbendaharaan kata dalam
sesuatu bahasa. Dengan ini, pembaca akan menjadi lancar tanpa diganggu oleh istilah
yang baru. Pelajar yang menguasai perbendaharaan kata akan lebih cepat memahami
bacaan tersebut berbanding dengan pelajar-pelajar kurang perbendaharaan kata. Hal ini
kerana pelajar tidak perlu lagi melihat kamus apabila terjumpa perkataan baru.

Topik 13: MEMBENTUK KUMPULAN MEMBACA


Tabiat membaca perlu menghayati bersama-sama oleh sekumpulan masyarakat. Tabiat
tersebut tidak akan bertahan dan berkembang jika ia hanya dihayati oleh beberapa
individu sahaja. Kumpulan membaca kerana ia dapat memotivasikan pelajar untuk terus
menghayati tabiat membaca.

Minat merupakan satu motivasi secara langsung untuk mempertingkatkan lagi


kesungguhan membaca. Tanpa motivasi, pelajar akan kehilangan minat. Apatah lagi
untuk membaca bahan yang bersifat ilmiah dan teoritikal.

Sekiranya anda bersendirian, barangkali agak sukar bagi anda untuk mengikuti
perkembangan buku kerana kekurangan sumber maklumat. Tetapi jika anda
menganggotai kumpulan membaca yang aktif, sumber maklumat itu akan tersebar
dengan mudah melalui perbincnagan dan pertukaran ide. Pelajar yang gemar membaca
biasanya peka kepada perkembangan semasa di dunia.

Kumpulan belajar sangat penting kerana ia akan meningkatkan daya bacaan pelajar
secara berperingkat peringkat. Kumpulan belajar menekankan aspek membaca dan
seterusnya memahami bahan bacaan yang dibaca. Oleh sebab yang demikian, kumpulan
belajar dianggap sebagai motivasi untuk mendorong kepada minat membaca.

Anda mungkin juga menyukai