Anda di halaman 1dari 6

Refleksi guru cemerlang

hubungi EN. FAUZI o12-6565219

Friday, May 07, 2010


REFLEKSI BINA INSAN GURU
ini hasil cernaan aku. jika salah fakta kerana aku berikan auta, sila
tegur, jangan malu.
REFLEKSI 1
Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,
memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu
pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang
guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam
menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri.
Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk
ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan
sentiasa memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung
itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara
tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang
guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan
mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi
contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan
di kalangan masyarakat
Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman
memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri
guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak
keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang
penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah
memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang
dinyatakan

dalam

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan,

memahami

konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang

insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi
terhadap profesion keguruan itu sendiri.
Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami
konsep akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina
komitmen

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,

dalam

pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan


pembina akhlak anak-anak muridnya.
Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini
dan betapa pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses
melahirkan tenaga sumber manusia yang akan menggatikan generasi
sekarang

ini.

Juga

betapa

pentingnya

kesedaran

sosial

dan

perkhidmatan guru itu sendiri.


REFLEKSI 2
Seorang guru akan pastinya akan sentiasa berdiri dikhalayak ramai,
hadapan para guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri.
Dalam

proses

mengajar

dan

memahami

murid,

guru

hendaklah

menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah difahami oleh mereka.


Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran anak-anak murid
meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat
aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat.
Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru
yang cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam
ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa
dalam menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara efektif. Selain
itu, guru juga hendaklah tidak boleh melupakan tertib di meja makan,
terutamanya semasa majlis-majlis formal dan rasmi, dan juga etika
pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut tertib dan pakaian yang
betul mengikut tema majlis.

Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan


diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri
dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke
tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri
sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari
jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional.
Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri
dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan
agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga
dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat
merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik
dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini
secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang
dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada
anak-anak murid mereka.
Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan
mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan
memberikan tidak balas yang rasional. Juga, menunjukkan kemahiran yang
baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat
sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti
pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah,
mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen yang penting semasa
menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugas-tugas lain seperti
jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan dengan
baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan
ikhlas.

REFLEKSI 3

Pengurusan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang penting


dan sangat perlu dititik beratkan, bukan sahaja pada pihak pentadbiran,
tetapi juga kepada guru-guru. Ini kerana ia merupakan satu tugas yang pelu
dilaksanakan oleh guru-guru juga.
Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai
hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat
awam, kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat
memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru
juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika,
profesion, dan tatatertib.
Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti
Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang
guru-guru lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri.
Selain itu, pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah
sebagai salah satu cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan
perkara-perkara yang baru, juga sebagai garis panduan atau pemudahcara
untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun menyelesaikan sesuatu perkara.
JPN, ataupun nama panjangnya Jabatan Pendidikan Negeri adalah sangat
penting. Antara tugas yang perlu mereka lakukan ialah memantau
pergerakan pendidikan yang dilakukan disekolah, memberi batuan kepada
sekolah yang memerlukan, dan memudahkan perhubugan dengan sekolahsekolah lain juga dalam bidang pengurusan pendidikan, kurikulum, dan
juga ko-kurikulum.
Guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan
tugas. Ini kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan
sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan
yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan

sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan
diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada disekolah dalam
bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan
itu sendiri.
Guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta
dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru
hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas
semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep
kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.
REFLEKSI 4
Dalam proses menjadi seorang guru, terdapat pelabagai ilmu pengetahuan
yang baru, yang diperolehi. Semua itu diperolehi memlalui pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan
juga ketika menjadi guru pelatih semasa waktu pratikum.
Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana
kerjaya guru yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan
membimbing anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna kelak.
Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam proses melahirkan
generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada
masa akan datang.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat
berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar
kelak. Potensi yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan
cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan
dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya
menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang

guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang
keguruan itu khasnya.
Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung
hendaklah digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan
para pensyarah untuk proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai
seorang guru kelak adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri
sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada, sebailiknya
orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahankelemahan yang ada.
Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang
dengan mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup
kelemahan saya dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila
melakukan perbincangan, kita dapat memperolehi lebih banyak nasihat dan
pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat memberikan pelbagai
jalan penyelesaian yang baik.
Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu
mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada
pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran
positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri.
Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika,
tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai