Anda di halaman 1dari 1

1) Menjelaskan pemilihan media pengajaran berdasarkan model ASSURE

Saya perlu memastikan kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian


dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta
objektif. Kedua, saya juga mesti melihat format media yang bersesuaian
seperti gambar, foto, slad, audio serta video interaktif. Saya perlu
mengambil kira kumpulan murid, keupayaan, objektif serta maklum balas
dalam memilih format media yang bersesuaian. Ketiga, saya juga perlu
melilih, mengubahsuai atau menghasilkan sumber pengajaran dan
pembelajaran di mana bahan sumber adalah merujuk kepada isi muridan
yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi murid pemulihan, saya memilih kaedah pembelajaran masteri.


Kaedah pengajaran ini memang sesuai dengan murid pemulihan. Melalui
kaedah ini, saya akan memastikan murid saya telah menguasai satu
kemahiran, kemudian barulah saya akan memperkenalkan dengan
kemahiran yang lain. Bagi murid yang tidak menguasai kemahiran kata
adjektif, mereka akan mempelajari kemahiran tersebut sehingga berjaya
menguasai. Sepanjang proses pengajaran, teknik latih tubi akan sentiasa
diterapkan.

Kebiasanya, saya akan memilih media yang interaktif untuk murid


pemulihan. Ini kerana murid pemulihan kurang berminat terhadap
pelajaran kerana mereka tidak boleh menaakul. Oleh itu, saya biasa
memilih media yang boleh merangsangkan pembelajaran seperti video,
permainan atau aktiviti berasaskan teknologi.

Saya memilih bahan-bahan bantu belajar yang mudah digunakan oleh


murid pemulihan seperti kad imbasan perkataan, kad cantuman kata
adjektif. Kad tersebut disediakan berwarna warni dalam saiz yang berbeza
serta tahan lama. Warna amat penting dalam menarik minat murid
pemulihan untuk belajar dan warna yang terang akan dapat merangsan
minda mereka. Saya menyediakan kad tersebut dalam kuantiti yang
banyak supaya murid dapat mempelajari perkataan baru setiap hari
sehingga mereka menguasai kemahiran tersebut.

2) bincangkan faktor asas dlm pemilihan media

Anda mungkin juga menyukai