Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SEJARAH
TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan
warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan
kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1
OM 2
OM 3
OM 4
OM 5
OM 6
OM 7
OM 8
OM 9

Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat
serta mampu berdikari.
Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan
mempertahankan maruah bangsa.
Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa.
Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
Mengamalkan nilai-nilai murni.
Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

SEJARAH TINGKATAN 3

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mempunyai pengetahuan yang terhad tentang fakta sejarah .

Memahami dan berupaya menjelaskan fakta sejarah.

Menghuraikan fakta sejarah dan serta berupaya membuat rumusan yang mudah.

Menunjukkan penguasaan yang menyeluruh terhadap fakta sejarah serta berupaya menganalisis fakta sejarah.
Mengaplikasi kemahiran sejarah dan berupaya membuat rumusan yang bersesuaian dengan peristiwa sejarah.

Membuat penilaian terhadap fakta sejarah negara dan dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

Berupaya mengemukakan idea yang bernas dan rasional untuk menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan
kepentingan negara.

SEJARAH TINGKATAN 3

TEMA

BAND

PERJUANGAN
RAKYAT
KE ARAH
KEMERDEKAAN
TANAH AIR

DESKRIPTOR
Menyatakan maklumat secara ringkas berkaitan dengan:
faktor British memperkenalkan Malayan Union
keganasan Komunis di Tanah Melayu
usaha ke arah mencapai perpaduan kaum
faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British
Menerangkan dengan jelas tentang:
dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.
sebab orang Melayu menentang Malayan Union
langkah British membanteras ancaman komunis pada zaman darurat
usaha kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri di Tanah Melayu
Menghurai dan membuat rumusan mudah berserta contoh yang sesuai:
kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan sosial
kesan zaman darurat dari aspek politik, ekonomi dan sosial
usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air secara kronologi
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan secara sistematik serta membuat rumusan yang sesuai
berkaitan dengan cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dengan gerakan anti
penyerahan Sarawak.
Menganalisis kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu serta
membuat rumusan yang sesuai.

Membuat penilaian yang berkaitan cara pemimpin Tanah Melayu mendapat kemerdekaan negara
daripada British berdasarkan pelbagai sumber.
Menganalisis iktibar yang diperoleh daripada peristiwa darurat daripada pelbagai aspek.

SEJARAH TINGKATAN 3

Memberi pendapat yang bernas dan rasional tentang peranan warganegara untuk mengisi
kemerdekaan agar negara gah di persada dunia.

TEMA

PEMBENTUKAN
PERSEKUTUAN
MALAYSIA

BAND

DESKRIPTOR
Menyatakan beberapa tokoh yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

Menerangkan dengan jelas tentang matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia.

Menghurai dan membuat rumusan mudah berserta contoh yang sesuai berkaitan langkah ke arah
pembentukan Persekutuan Malaysia.

Menganalisis reaksi terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia serta membuat rumusan yang
sesuai.

Membuat penilaian berkaitan tindakan pemimpin negara dalam menghadapi cabaran


pembentukan Malaysia berdasarkan pelbagai sumber.

Memberi pendapat yang bernas dan rasional untuk menjadi warganegara Malaysia yang boleh hidup
bersama dengan aman dan harmoni.

SEJARAH TINGKATAN 3

Anda mungkin juga menyukai