Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SEJARAH
TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan
warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan
kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1
OM 2
OM 3
OM 4
OM 5
OM 6
OM 7
OM 8
OM 9

Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat
serta mampu berdikari.
Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan
mempertahankan maruah bangsa.
Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa.
Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
Mengamalkan nilai-nilai murni.
Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

SEJARAH TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mempunyai pengetahuan yang terhad tentang fakta sejarah.

Memahami dan berupaya menjelaskan fakta sejarah.

Menghuraikan fakta sejarah dan serta berupaya membuat rumusan yang mudah.

Menunjukkan penguasaan yang menyeluruh terhadap fakta sejarah serta berupaya menganalisis fakta sejarah.
Mengaplikasi kemahiran sejarah dan berupaya membuat rumusan yang bersesuaian dengan peristiwa sejarah.

Membuat penilaian terhadap fakta sejarah negara dan dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa
sejarah.

Berupaya mengemukakan idea yang bernas dan rasional untuk menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan
kepentingan negara.

SEJARAH TINGKATAN 2

TEMA

BAND

KEMAKMURAN
DAN KEKAYAAN
NEGARA KITA
MENARIK
KUASA LUAR
UNTUK
MENJAJAH

DESKRIPTOR

Menyatakan maklumat berkaitan dengan faktor yang mendorong pertapakan dan peluasan pengaruh
kuasa Barat di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah secara ringkas.

Menerangkan dengan jelas:


cara pertapakan kuasa Barat di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
kekayaan hasil bumi Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

Menghurai dan membuat rumusan yang mudah berserta contoh yang sesuai berkaitan dengan:
cara kuasa Barat mengukuhkan pengaruh
cara pemimpin tempatan menghalang pertapakan dan peluasan pengaruh kuasa Barat
kegiatan ekonomi British di Tanah Melayu
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan secara sistematik serta membuat rumusan yang sesuai
berkaitan dengan cara pemimpin tempatan menghalang pengukuhan kuasa Barat.

4
Menganalisis serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan cara British mengeksploitasi hasil
bumi.
Membuat penilaian berkaitan dengan kesan penguasaan kuasa Barat terhadap Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah berdasarkan pelbagai sumber.
5
Menghuraikan iktibar yang diperoleh daripada pertapakan kuasa Barat di Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah daripada pelbagai aspek.
6

SEJARAH TINGKATAN 2

Memberi pendapat yang bernas dan rasional untuk manfaatkan kekayaan demi kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara.

TEMA

BAND

DESKRIPTOR
Menyatakan beberapa orang tokoh pemimpin tempatan yang berjuang menentang penjajah British.

TINDAK BALAS
MASYARAKAT
TEMPATAN
TERHADAP
PENJAJAH
BRITISH

1
Menerangkan secara ringkas maksud semangat kebangsaan.
2

Menerangkan dengan jelas tentang:


faktor-faktor pemimpin setempat menentang penjajah British
faktor-faktor kebangkitan semangat kebangsaan

Menghuraikan serta membuat rumusan yang mudah tentang:


peristiwa penentangan pemimpin setempat terhadap penjajah British
cara golongan nasionalis membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat
tempatan

Menganalisis serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan strategi pemimpin setempat
berjuang menentang penjajah British.

SEJARAH TINGKATAN 2

Membuat penilaian berdasarkan pelbagai sumber berkaitan dengan:


keberkesanan perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah British
keberkesanan perjuangan golongan nasionalis dalam gerakan kebangsaan
Memberikan pendapat dan idea yang bernas dan rasional untuk mempertahan kedaulatan negara
daripada sebarang bentuk ancaman.

Anda mungkin juga menyukai