Anda di halaman 1dari 1

Makan Gaji Buta

Minta kerja pada mulanya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab. Nak cari
rezeki nak sara keluarga dan sebagainya.Semua yang di janjikan baik belaka tiada satu pun yang buruk.
Tetapi apabila kerja perangai macam dengan apa lagi, ponteng, mengulat, tidur, dan bermacam-macam lagi.
Kononnya nak makan gaji secara elok tetapi makan gaji buta.
Saya cukup tak suka dan sangat-sangat benci kepada orang yang makan gaji buta. Bukannya mereka tak
sedar perbuatan mereka, tetapi kadang-kadang di lihat mereka lebih bermegah-megah dengan tindakan
mereka tersebut. Kalau kita lihat di tempat kerja kita, terutama sekali dalam sesuatu tempat yang
mempunyai ramai pekerja, dapat di lihat dengan mudah wujudnya golongan-golongan ini. Masuk kerja
punch kad kemudian hilang entah kemana, sarapan pagi berjam-jam. Minum sehari berapa kali, lepak
sembang berjam-jam kat tempat minum.
Kadang-kadang sebarang kerja langsung tidak dilakukan, orang lain pula yang tolong bereskan. Kalau kita
sebagai bos kepada syarikat baik buang terus pekerja yang suka berkelakuan begini. Kerja makan gaji tapi
kerja tak nak buat, tetapi duit nak pula. Pekerja yang baik akan faham tujuan dia bekerja, membuat kerja
dengan tekun untuk syarikat di mana tempat mereka mencari kerja.
Kadang-kadang kalau kita perhatikan golongan yang suka makan gaji buta ini, bercakap pandai tetapi kerja
apa pon tak jalan. Habuk pun tarak...Kadang-kadang sakit hati dengan orang yang perangai macam tu.
Mereka inilah golongan yang perlu di buang kerana sangat-sangat merugikan syarikat. Itulah pengajaran
terbaik kalau mereka tak makan nasihat.
Kepada bos-bos pula, kena la bersikap tegas terhadap pekerja seliaan di bawah mereka. Tambah-tambah lagi
jika mereka sebaya dengan kita. Susah sebenarnya untuk menegur orang sebaya dengan kita dan yang lebih
tua daripada kita dalam menjalankan sesuatu kerja. Tetapi sebagai tanggungjawab bos kena bertindak
supaya golongan ini tak menjadi reba dalam dalam urusan syarikat.
Siapa yang terasa makan gaji buta tu elok la berubah, rezeki yang baik adalah daripada kerja yang baik. Satu
lagi tambahan, perangai orang yang makan gaji buta ini suka minta orang tolong punchkan kad diaorang.
Sekarang mereka lagi hebat, kerja main facebook ja. Sakit hati betul la.
cara menghilangkan jerawat
cara menghilangkan jerawat

Anda mungkin juga menyukai